WELCOME

...inilah kehidupan

Wednesday, December 29, 2010

'cari gaduh' dan di penghujung 2010

penghujung 2010, masih lagi ada cerita yang membuatkan aku terkenang 2010 adalah tahun paling teruk untuk aku, melalui bermacam dugaan dan halangan...ujian paling hebat untuk aku dah keluarga...perhubungan yang putus ditengah jalan dan juga kasih sayang yang dipersiakan...hmmm...kisah 2010 mahu kututp dengan senyuman nmpaknya menemui jalan buntu...tinggal beberapa hari saja lagi menuju gerbang 2011, namun semalam masih lagi terpalit kisah duka...

paling hebat, kisah cari gaduh...haish..kamu orang berpelajaran tinggi, berpangkat akademik, sepatutnya kamu fikir baik2 sebelum cakap, takkan nak naik angin hanya kerana aku delete post kau kat wall aku? aduh...matang lah sikit...pada usia kau perkataan itu tidak sepatutnya keluar...kalaulah aku blah dari dulu, ha apa yang kau rasa, padan muka!! buatlah kau semuanya sorang2...mcm yang semua orang buat sekarang, pas hbs gaji blah, nasib aku masih ada kat sini, tapi itu tak bermakna kau boleh maki hamun aku sesuka hati, mempertikaikan apa yang aku buat dan mana aku pergi...kau kena ingat tu ok!~ aku akan balas perbuatan kau samada dengan cara normal atau tidak, ingat tu. aku dah penat nak bersedih, mengenang nasib, segalanya aku akan bangkit perlahan-lahan. dan mulai saat dan ketika ini kau tak perlu kacau hidup aku lagi, segalanya dah selesai...

azam 2011 aku, aku mahu jd sesuatu, aku mahu bina hidup aku...aku mahu balas semua yang orang buat pada aku! yeah agak kasar aku kira azam 2011 ni, tp oklah kan, cukup2lah menagis...aduh..lembik! pondan!

Saturday, December 18, 2010

Perkampungan IZISH ~ Family, air mata dan ketawa



perkampungan mega IZISH dah berakhir, dengan pelbagai cerita, jujur aku akui ini adalah perkampungan paling hebat selama aku disini, perkampungan paling best dan mantap...hahahah...disini juga kami team MATK-15 berjanji akan jadi family MATK-15...kami semakin rapat, dari tak kenal dah jadi kenal dan mesra... dan apa yang paling menyentuh hati, nyanyian lagu JANGAN DI UCAP SELAMAT TINGGAL dari adik2 MEP aku...sangat menyentuh hati....air mata yang mengalir juga membuatkan aku redha dengan apa yang aku lakukan untuk mereka...kalau mereka terbaca tulisan ini... "abg ijan sayang korang, dan abg ijan tak pernah menyesal melakukan semua ini untuk korang..." selamat tinggal jabatan tanah dan ukur, selamat tinggal kuantan, selamat tinggal semuanya...beri aku peluang bersama adik2 aku untuk beberapa ketika lagi... untuk shahdan dan azrin (Team Lelaki ini dan Team angkat sampah) nanti kita kuar lagi yer..heheh...kalau jadi kita akan kuar bercuti tahun baru cina nanti!!! heheh

ZOO NEGARA...BEST!!





semalam 18 Disember 2010, aku, hidir, aryma, nabilah, dayah, aimi, ummi, dijah dan syana, rooza, pergi zoo negara, wah best giler...kitorang pusingsatu zoo, masuk pukul 2p tg kuar dari zoo masa pagar nak tutup dah...hahah...zirafah, gajah, burung, harimau, beruang, babi janggut, dolphin, ikan besar...wah seronok...mereka semua layan jer karenah aku..hahaha...1st time sepanjang hidup aku pergi zoo...hahah...mana tak rasa gilernyer...dari awal pagi semamngat jer semua, gelak ketawa, makan mc'd...dan semuanya...thanx untuk semua yang sudi bawak saya g zoo negara...

Tuesday, December 14, 2010

Khas : Mohd Shah Mokhtar

shah,
seorang lelaki periang,
bijak, dan agak tampan (hahaha)
petah berbicara,
tentang kehidupan dan masa depan...

shah,
orangnya kelakar,
sangat faham aku,
sbb itu kami selalu katA...
"kami adik beradik"

Shah,
semoga shah bahagia,
mencapai apa yang ahah citakan,
rahsia biarlah rahsia,
masa depan masih panjang yg perlu diharungi...

hehehe....

....kerja

yess!! hari peniuh makna perlu dihadapi dengan senyuman...dapat kerja baru yang best...hyahhah...Alhamdulillah...semoga apa yang aku impikan akan jadi kenyataan...

Thanx untuk KFC



thanx a lot untuk budak2 Festkib yang belanjan makan KFC arini...hehehe...wah dapat jemputan spesel lagi kan...hahaha....

...aku mahu hati ini di gantikan...

sekarang sudah menunjukkan 2.30 pagi, mata yang letih ni masih belum mampu untuk aku lelapkan, hari ini banyak pekara yang berlaku, budak-budak buat Shop to Shop, macam-macam cerita namun harus di puji semangat yang mereka tunjukkan. Walaupun ada yang balik dengan tangan kosong, namun semangat mereka untuk memberikan yang terbaik kepada program harus dipuji...sekurang-kurangnya mereka mencuba...kan ini juga adalah ilmu untuk kepentingan semua kan...dalam keseronokan tawa pasti ada kekecewaan yang muncul, kecewa dengan diri sendiri dan orang lain.

haish...apa nak buat, kalau aku ada kuasa aku mahu kembali ke masa lalu, membetulkan kesilapan yang berlaku dalam apa jua keadaan pun, tak mahu di tipu dan menipu, tak mahu cinta palsu, tak mahu sayang yang ibarat melepas batuk ditangga sahaja...dan semuanyalah...tapi kalau hidup boleh diputar semula...tapi sayangnya ia tidak akan berlaku...apa yang dah berlalu perlu jadi pengajaran di masa depan...semalam adalah sejarah, esok adalah misteri yang terlalu payah untuk dirungkai...kalau hari ini kita ketawa belum tentu lagi esok masih akan ketawa...

hari terus berlalu, meninggalkan semalam yang penuh cerita, membuka lembaran baru penuh tanda tanya...kalau semalam tersenyum bahagia, mungkinkah esok juga masih sama??bermain dalam minda...ahh...persetankan perasaan ni, tak ada yang kisah sekarang, biarkan yang berlaku ini berlaku, jangan disesali...tak tahu mana silapnya, kadangkala air mata ini gugur juga...laju...tanda hati ini disakiti...mengimbau kenangan lama, kadang2 buatkan kita tersenyum, dulu sentiasa bersama, makan bersama, kemana saja bersama...tapi hari ini, tiada salam yang dihulur, tiada mesej2 yang dikirim, ucapan selamat malam?? kadang ada kadang tiada...hmmm..ikut mood lah...kadang2 aku macam tahu aku akan ditinggalkan...tapi otak menafikan, hati mengiyakan...hahah...aku pun tak faham, keduanya berada dalam aliran tubuh yang sama tapi ada dua jawapan yang berbeza...

pokok ceritanya ini aku rasa akan berakhir dengan perpisahan, hmm...mungkin jalan terbaik terima apa yang dah Allah tentukan untuk aku...berjalan terus kehadapan tanpa melihat lagi kebelakang, aku kan ada otak...boleh fikir dengan baik...siapa dia yang perlu aku tuntut janjinya...dia mungkir dengan aku, dia perlu berhadapan dengan Allah...aku tak mahu lagi menuntut sumpah dan janji, aku juga malas mahu mengungkit apa yang aku lakukan untuknya, namun kalau dia mahu tahu aku boleh ceritakan semuanya kesakitan dan kesengsaraan hati aku saat aku ditipu, ditinggal, dan dipergunakan...ada lagi kasih sayang yg perlu aku hargai, orang yang mengingatkan aku tentang perjalanan kehidupan...bukan kau yang menyonsang arah hidup itu...

kita pernah mengukir kenangan bersama, aku hargai, mahu saja aku rakamkan ucapan terima kasih untuk kau yang pernah hadir dalam hidup dan pergi setelah berjumpa apa yang kau mahu...aku akan terus ketawa, dan kau juga aku pasti, satu masa aku akan pergi...senyap tnpa cerita dan air mata...aku pasti kau tak akan menangis untuk perpisahan kali ini..sangat pasti..hahaha....andai aku masih di sini bukan kerana kau..tapi kerana mereka yang tahu menghargai apa itu persahabatan, kasih sayang dan segalanya....

SALAM SAYANG,
NOR ADLYIZAN BIN THEIS
IZISH, UKM
15 DISEMBER 2010
2.52 A.M

Thursday, December 9, 2010

SALAM

Assalamualaikum dan salam Sejahtera....
hari yang indah, dimulakan dengan mengucapkan syukur pada allah kerana diberi peluang untuk terus menikmati udara yang nyaman dan berjumpa dengan orang-orang yang tersayang...hehehe...sesungguhnya hidup yang penuh kejutan ini perlu dinikmati dengan baik...banyak yang berlaku dalam beberapa minggu ni, semuanya dapat ku hadapi dengan baik dan dengan senyuman...aku tak tahu kenapa...namun hati aku cukup tenang, aku tak mahu menyakiti sesiapa lagi, atas usia yang semakin lanjut dan yang tinggal tak berapa hari ni kita perlu menikmati kehidupan yang maha hebat ni...hahaha...aku kini jadi penyimpan rahsia...rahsia sendiri dan rahsia mereka2 yang perlu aku simpan...berat juga tangungjawab ni...huhu....aku dah jumpa adik aku, dah peluk, dah cium, hahah...happy...kenapa? ntah tak tahu...semalam memeluk mereka saat mereka sedang berduka mungkin akan jadi kenangan paling hebat untuk mereka dan aku....agaknyalah..hahah...aku tahu aku sangat sayangkan mereka...sangat sayang...tapi malu lah nak cakap...hahah...ada beberapa gembira dan sedih juga aku terima dalam minggu2 ni...pekara yang bakal merubah masa depan aku....dan menentukan tempoh jangka hayat ni...hahaha...mengarutlah tu kan....aku mahu terus bagini...menikmati hidup ini dengan penuh senyuman dan keikhlasan, menyayangi mereka hingga saat akhir aku disini, biar jauh atau dekat aku akan pasti mengingatkan mereka...kerana mereka pernah membuatkan aku tersenyum, menangis dan kecewa...akan datang masihkah aku akan terus dapat menggenggam tangan mereka...memeluk mereka saat mereka menitiskan air mata, memberi galakan dan sokongan, bercerita tentang kehidupan...dan segalanya....haha...aku bahagia....dengan hidup sekarang...kasih sayang ada di awang-awangan....aku berhak memilih, merngambil atau melepasknya pergi di bawa bayu....tiada rezeki...haha

Saturday, December 4, 2010

PERIHAL MEREKA

"Rindu bertandang lagi kekasih....seperti musim-musim lalu bersamamu..."hehehe...lagu ini mengetuk gegendang telinga saat hati aku benar2 dipagut rindu yang teramat sangat dengan mereka...tak perlu lah nak disembunyikan lagi...rindu sangat pada :

AQIM : adik aku yang sorang ni...sangat2 menguji kesabaran aku.

SHAHDAN : adik aku yang ni sgt penyabar dengan karenah abgnya ni...ditegur tak melawan sentiasa ada untuk aku...

ARYMA : wanita ini adalah senyuman untuk aku...dia penguat semangt aku...

ICA & MONA : rindu kamu seluruh hatiku...rindu makan daging...memburuk2kan orang...duduk tepi jalan...kamu belanja MC'D..oppsss..hahaha

ROOZA : adik yang lembut, penuh sopan tutr katanya, tak pernah tgk dia marah, sentiasa ada dengan aku saat aku kecewa dan sedih.

NABILAH : Yeah...aku akan bekerja dengan nya...wanita besi...

NEA : orang yang selalu mesej2 kata2 semangat...(sepanjang cuti ni tak de plak aku dapat mesej dari dia)

NIK : adik aku yang ajar mcmana nk buat solat istikharah..heheh...terima kasih...

SYAKIR : adik yang aku paling rindu ni...suapkan aku makan...hahah...

AZRIN : Rinrin...rindu kamu sangat2...

HIDIR : adik yang selalu nk gaduh dengan aku ni...hahaha...tapi sentiasa ada kata2 semangt untuk aku terus melangkah menempuh hidup...kembali bangkit dari jatuh..thnx..

HELMI & SIDDIQ : kami "LADY GAGA" heheh...tak mungkin aku tak rindu diorang...

SYANA & DIJAH : Tetamu segmen dari hati ke hati paling setia...simpan semua rahsia kita k..heheh...rindu bersiaran bersama kamu berdua..."perempuan gemuk..!!" hahaha...

LUQMAL HADI : ketua blok aku yang shengal..tp baik...baik ke?? hahahah... sentiasa ada kata2 semangt untuk aku...dan dia tahu bila aku tak de mood..haha

AIN : Rindu ain yang dulu....

dan mereka2 yang mengenali diri ini...hahaa...tapi kali ni korang balik tanpa saya menyambut mesra...lambat sikit kita jumpa k...melihat kamu berkampung...jgn nakal2 tanpa a.ijan...xmau rindu2 yer...hehehe...and minta maaf pada semua yang mesejnya tidak saya balas...rindu saya bnyak2 dulu kemudian baru leraikan satu2 masa jumpa nanti...ok..selamat tinggal UKM~ IZISH yang terhebat dihatiku...

Salam Sayang,
Eimann Danial
5 December 2010

Friday, December 3, 2010

lalala kerja....

2 tahun menimba pengalaman di bumi UKM dari seorang pelajar kepada mereka yang digelar tenaga kerja, pengalaman kerja aku yang pertama, cukup memuskan, tidak dapat aku bayangkan saat pertama kali aku diterima sebagai pembantu penyelidik di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) owh sangat2 teruja...setelah 2 tahun aku meninggalkan tempat itu dengan penuh kenangan persahabatan dan pengalaman hidup bekerja dengan mereka yang sangat kita kenali...dari LESTARI aku kini menjadi warga Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, seronok bekerja di sini, aku happy walaupun boss aku agak garang tapi dia mengajar aku banyak benda, tentang kerja dan kehidupan, galakan dan semangat untuk terus menggengam ijazah sarjana ditiupkan dengan marak kedalam jiwa aku...aku akan berusaha!
hari ini hari yang indah, aku laluinya penuh ketenangan, panggilan telefon memangil aku untuk ditemuduga membuatkan aku sekali lagi teruja...yess!! dah lama tak g temuduga nih...hehehe...sebuah syarikat perkapalan terhebat...inilah cita2 aku...kali ini peluang ini takkan ku biarkan pergi...usah dirayu lagi aku...usah dirintih kalau aku pergi...biarkan aku melangkah penuh yakin...menuju masa depan...kasih sayang?? pengorbanan?? aku dah terlalu bekorban, sehingga hati aku dah tak ada tempat untuk diguris, semuanya penuh dengan bekas2 luka...aku hipokrit?? yess aku hipokrit, aku jadi begini kerana manusia disekelilingku yg mengajar aku jadi begini...hahahaha....aku akan rebut peluang yang ada...takkan kutolak lagi seperti kisah semalam yang hanya mengundang penyesalan, mereka ibarat menanam tebu dipinggir bibir...

Tuesday, November 30, 2010

R.I.N.D.U

30 November 2010,
hampir sebulan adik tinggalkan angah, mak dan abah,
angah rindu sangat kat adik,
menitis air mata ini,
al-fatihah untuk adik,
semoga adik tenang di sana,
di sisi pencipta adik dan seluruh umat manusia.

hari ni juga,
tergerak hati nak menulis,meluahkan segenap rasa dalam hati,kalau mahu menangis, aku mahu menagis semahunya, biar keluar segala kesedihan yang bersarang dalam hati aku ni, dikesempatan ini juga, kalau ada sesapa yang terbaca dan terasa aku minta maaf sangat2...minta maaf pada mereka yang mesejnya tidak aku balas, mesej selamat malam, mesej rindu dan segalanya...aku minta maaf sangat2...bukan mahu lari dari kalian, namun aku tidak punya jawapan semuanya...aku tak reti...tak faham...aku jadi bodoh... aku delete facebook aku, biar tiada yang tahu apa yang berlaku pada aku, biar tiada mereka tahu aku ketawa atau menangis, biar mereka tak tahu hidup atau mati aku ni....juga aku lakukan tanpa sebab yang pasti dan alasan...keliru dengan kehidupan kot..ahahah....saat mereka akan pulang, aku tidak akan menyambut mereka kali ini, kalau kalian terbaca...sesungguhnya aku amat merindui kalian...sangat2 merindui kalian...aku minta maaf...semua yang berlaku ada alasanya yang tersendiri kan... aku mahu memeluk kalian erat, mengucup dahi dan pipi penuh kerinduan abang kepada adik2nya...aku tak pasti masihkan ia akan berlaku...

Wednesday, November 17, 2010

Andai saya kuat

kehidupan penuh dengan cabaran, saat kita diperlukan kita akan disanjung bagai perwira, saat ada yang menggantikan tempat kita, kita dibuang elok sikit dari sampah...inilah lumrah kehidupan, perhubungan, kasih sayang dan segalanya... ada cerita seorang teman, sayang sesorang ibarat saudara sendiri, namun dia ditinggalkan akhirnya kerana ada lagi orang yang mampu membuatkan saudaranya itu gembira...owh...aku rasa ianya tidak adil...takutnya kalau aku mengalami nasib yang sama seperti sahabat itu...kelemahan aku yang palingn yata adalah : MUDAH SANGAT SAYANG ORANG! itu paling aku tak suka sebenarnya...kerana kelemahan itu ramai yang buat aku terguris hati~ meninggalkan aku tanpa bicara dan alasan. huhu...namun bila bercerita tentang kasih sayang, aku suka pada kolej ibu zain, kerana di sini terlalu banyak kasih sayang, tidak hairanlah kalau aku mampu berada disini hampir 6 tahun, ini kerana KELEMAHAN & KEBODOHAN diri..hahah...pertama bila ada yang sayang, aku terima tanpa banyak soal...menerima sayang orang tanpa aku fikir apa yang berlaku selepas ini...saat aku ditinggalkan aku luluh tanpa kata...terdiam...owh inilah kasih sayang rupanya...hahaha...menarik...lama kelamaan aku jadi positif, andai kau mahu pergi...pergilah aku lepaskan...jangan kembali lagi...ada juga manusia yang hanya hadir saat kesusahan atau kesunyian..selepas itu sekali lagi aku ditinggalkan..bagaikan aku tak pernah berbuat apa2...hahaha....aku ketawa memikirkan semua ini...saat kau bahagia...kau pergi...saat kau sunyi dan susah aku jadi tempat kau mengih kasih dan pertolongan...adilkah ini untuk aku??...tp hanya d sini...dihati tidak sampai kelubuk paling dalam untuk aku luahkan secara terang...aku juga sangat2 menghargai kasih sayang...INSYALLAH...aku janji aku akan sayang mereka yang ikhlas sayang aku..terima kasih sangat2...yang dah bosan/dah tak de lagi rasa sayang kat aku....pergilah..aku maafkan semua kesalahan kau...aku redha..aku doakan kau bahagia adikku/kekasihku/dan semuanya...

Monday, November 8, 2010

WARKAH UNTUK ADIK

adik,
masih segar dalam ingatan,
10 tahun lalu,
adik hadir dalam keluarga,
sangkanya angah takkan dapat adik lagi,
rupanya adik paling bongsu,
15 tahun jarak umur kita.

adik,
masa adik kecik2 dulu,
angah jaga adik,
masa tu angah baru lepas SPM,
buaikan adik tidur,
pakaikan adik baju,
ikatkan rambut adik.

masa umur 5 tahun,
adik sekolah tadika,
hari2 angah tunggu adik balik sekolah,
adik angah paling cantik,
kulit putih gebu,
rambut panjang hitam pekat,
cantik sangat.

adik budak pandai,
selalu dapat no.1 dalam kelas,
sekolah rendah mahupun sekolah agama,
bila masuk pertandingan,
adik mesti sunguh-sungguh,
angah ingat,
bila adik kalah adik demam,
sebab adik berusaha keras untuk menang.

adik teman abah dan mak,
saat kami along dah pindah JB,
angah plak kat Bangi,
uda kat KL,
dan acik di UTHM,
adik tolong kami jaga mak dan abah.

satu hari masa adik 10 tahun,
adik sakit perut,
adik kena bedah,
masa kat Hospital Kluang...
doktor kata adik appendix,
tapi bila di HKL,
Doktor kata ada ketumbuhan dalam ovari,
doktor nak bedah adik,
adik nangis tak mahu,
angah rayu pada doktor,
jangan bedah adik,
tak sanggup tengok adik sakit lagi,
doktor kata tak boleh,
nanti makin besar adik lagi sakit,
angah cakap dengan mak dan abah itu yang terbaik untuk adik,
abah tandatangan surat bedah,

lepas adik dibedah,
angah datang tengok adik,
tapi adik masih belum sedar masa tu,
esoknya angah datang lagi,
adik nangis...adik kata...
"kau suruh aku bedah tapi kau tak datang tgk aku"
angah datang dik,
tp adik belum sedar masa tu.

esoknya angah datang lagi,
angah belikan adik KFC,
angah doakan adik sihat mcm dulu,
raya aidilfitri dah dekat.

hari raya,
adik tak boleh jalan bnyak sangat,
angah bawa adik balik dari HKL ke rumah,
1 syawal adik baring jer atas kerusi,
tapi adik ceria,
mak pakaikan adik baju baru...baju raya warna purple...
adik baring jer...tengok TV.

5 Oktober 2010
doktor sahkan adik ada kanser ovari
angah tengok adik nangis peluk mak
mak kata..."selagi mak hidup mak akan jaga adik"
angah sedih tengok adik
Ya Allah dugaan apakah ini....
adik kena masuk hospital semula
doktor nak buat Kemoterapi untuk rawat sakit adik,
along tak bagi,
pagi tu angah telefon along suh cari ubat untuk adik
angah dengan along nak adik sehat...
angah menangis
tapi akhirnya abah tandatangan surat Kemoterapi
doktor yang suruh dik,
kami tak tahu...
masa adik buat kemoterapi angah datang HKL
mak kata adik tak nak makan
angah belikan adik KFC
kita bergurau...ketawa...
ingat lagi masa tu...
kalau lah angah tahu itu kali terakir angah bergurau dengan adik...
angah sedih...
itu kali terakhir angah jumpa adik....
ketawa dengan adik...

3 November 2010,
jam 3 pagi,
acik telefon,
acik menangis...
acik kata..."angah adik dah tak ada"
angah nangis semahunya
angah peluk shahdan erat,
dia pujuk angah,
angah peluk siddiq,
diorang teman angah balik tengok adik untuk kali terakhir,
diorang baik dik tolong angah masa susah,
kak ema dan kak aryma pun nangis masa tu,
masa sampai rumah,
adik baring tenang,
angah nangis peluk mak
mak nangis teruk,
angah pujuk mak
abah sedih
abah tak nangis
tapi abah kata
"sampai hati adik tinggalkan abah dengan mak"
kami sedih sangat
tapi kami redha
kami tak nak adik terus derita
tak nak adik terus sakit
biarlah adik pergi
adik budak baik
anak yang taat
pelajar pintar
cikgu pun cakap mcm tu....

adik maafkan angah yer...
angah tak jadi abang yang baik untuk adik
masa adik sakit angah jarang datang jenguk adik
mak kata adik selalu tanya kalau angah tak datang
uda pun menyesal panjang sebab marah adik
dia tak sangka tu kali terakhir dia cakap dengan adik...
angah hantar adik sampai kubur...
angah sedekahkah adik Al-Fatihah
angah doakan roh adik dicucuri rahmat
dan semoga adik tenang di sana
bersama pencipta adik....
mak dengan abah angah akan jaga baik2...
dan angah harap angah dapat sayang adik2 angah sepenuh hati
tak kisahlah adik kandung atau adik angkat
selagi ia angah rasa ia adik
angah akan sayang....
angah tak nak menyesali setelah ia pergi...

DEDIKASI UNTUK ADIK BONGSU SAYA ALLAHYARHAMAH NUR NATASYA NADHIRAH BT THEIS
YANG PULANG KERAHMATULLAH PADA 3 NOVEMBER 2010.

Monday, October 11, 2010

APA ITU CINTA

Semalam balik dari field-work yang penat~ dan lapar yang amat.. sampai sebelum maghrib, tak sabar rasanya untuk landing dirumah sendiri dan menikmati makanan dengan kepuasan sendiri, maklumlah ditempat orang, kena makan apa sahaja yang dihidangkan, rindu pada adik aku tidak tertahan, tp dia kata malam baru jumpa~ haish demam2 pun berjalan juga...maka aku jumpa adik2 yang lain dulu, shahdan dan yusri~online fb...maka segalanya pun bermula, sekali lagi aku tidak terkejut tp ada keluhan kecewa yang lahir dari bibir, dada rasa sesak, bergenang air mata dikelopak, aku takkan menagis! itu janji ku...akhirnya terlerai juga mutiara jernih dari mata seorang lelaki, hahah...zaki masuk aku berkata dengan kuat, jgn sebut apa2...nada bergurau tp penuh kecewa...aku menghadap skrin laptop shahdan dengan hati bercampur-baur, update segala status, aku keluar saat sudah 10 minit maghrib masuk, keluar mandi dan menunaikan suruhan Allah itu, usai solat maghrib aku berdoa, untuk adik syasya yang berada di HKL, dan untuk aqim supaya dia segera sembuh, air mata terus menitis saat aku menadah tgn memohon dipermudahkan urusan dan dilapangkan hati~ kenapa air mata ini perlu mengalir? kerana dia? hahaha..apa hubungan aku dengan dia? bf? blm lagi...namun jauh disudut hati aku terlalu kecewa dengan tindakan manusia...orang yang dekat dgn aku, yang tahu apa yang tersirat dihati dan perasaan ini sejak pertama kali kaki si dia melangkah masuk ke UKM ini dan orang itu yang merampas dengan kejam apa yang pernah aku mimpikan~ zalim atau tidak? tafsirkan lah sendiri... gaduh? hanya untuk seorang perempuan tidak mungkin.. aku hidupkan enjin kereta, ada juga yang menahan melalui mesej2 yang bersimpati dengan aku...aku biarkan semuanya tanpa balasan...aku memandu tanpa arah tuju...dengan hanya berkain pelikat dan baju melayu~ biarkan hati ini tenang!! aku hairan, aku melihat puluhan komen yg mengucapkan selamat berbahagia, gembira dan sebagainya...tapi bila melihat aku kecewa mereka mengalih simpati pada aku?? hipokritnya kamu manusia!! hahaha... aku ketawa melihat karenah insan2 kerdil ini...dan untuk pertama kalinya aku berkata~ untuk apa tangisan ketika menghalang aku pergi dulu, tangisan itu hanya untuk melihat aku lebih terseksa disini, melihat batinku derita dengan sandiwara manusia sekelilingku...hahaha..kalian masih muda adik2 ku~ satu hari kalian akan rasa apa yang aku rasa~ satu masa aku akan pergi tanpa melihat wajah kalian lagi...satu masa aku melangkah pergi tanpa kalian tahu bila aku pergi~ ketawa ini aku cipta untuk kamu semua..namun dalam hati ini Allah saja yang tahu~ aku akan jadi setabah mungkin~ namun aku juga sedang belajar menjadi seorang pendendam....apa yang aku ada orang ambil dengan kejam..terduduk aku menyaksikan kata2 sayang namun penuh pura2...kata2 rindu penuh kepalsuan...aku bosan dengan sandiwara dunia...aku cuba beri yang terbaik pada semua..namun ini adalah balasan terhebat yang kalian hadiahkan pada aku...aku hargainya..

Wednesday, September 29, 2010

PENIPU

semalam, hari yang berat buat aku...segalanya berat...tanggungjawab dan segalanya, semalam juga hari yang sedih untuk aku, setiap kali aku ingat kata2 yang keluar dari mulut orang yang paling aku sayang tu aku jadi sedih...hiba...dan yang paling pedih bila aku dituduh menipu...aku sakit dalam hati...sangat sakit...kalau dia tahu kenapa aku buat semua ni...tergamak kah dia gelar aku sebagai "PENIPU"?? aku buat semua ni sebab aku t5ak nak kau malu..aku tak nak orang kutuk kau..kalau sbb ni aku digelar begitu...aku tarik diri..buatlah..aku tak halang...susah jadi penagih kasih orang ni...aku ingat segalanya akan baik...sebenarnya dalam hidup aku..aku terlalu banyak jaga hati orang dari fikirkan hati dan perasaan sendiri...bila aku diam korang cari...bila aku ada korang buat aku macam ni...

Sunday, September 26, 2010

liku kehidupan....

"hidup ini tidak seindah hari2 berlalu, ada panas selepas hujan, ada ribut selepas redup, segalanya adalah ketentuan yang maha esa"

selepas aku buat keputusan untuk tinggal sedikit masa lagi di daerah ini, hanya satu yang aku harapkan, biarlah tiada kekecewaan yang melanda hati sehingga aku rasa keputusan yang aku buat adalah silap, dan aku menyesali keputusan itu...siddiq kata "tak baik cakap mcm tu, segalah yang berlaku adalah ketentuan ilahi, dia tahu mana baik dan buruknya"...penuh pengertian...dan untuk kesekian kalinya aku menangis hanya kerana desakan perasaan hati dan naluri cinta kepada seorang wanita yang aku angkat sebagai antara insan yang istimewa dalam hidup aku...dia pergi...setelah menyemai bunga2 cintanya...dan setelah ia membuai hati dan perasaan ini dia pergi berdampingan dengan insan lain...seorang lelaki yang faham benar perasaan aku pada wanita itu...wah..dunia ini membawa aku ke alam kepedihan realiti cinta insan...pertamanya aku pilu....namun hari ini aku pasrah...kadang2 aku tidak pasti samada air mata ini mengalir kerana kecewa atau kerana apa...ye..benar..ramai yang memahami hati dan perasaan aku, bersama memimpin tgn atau memberikan telinga untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan aku...namun apa yang ditanggung hanya hati dan diri ini yang tahu pedih dan sakitnya...aku berjanji aku takkan letakkan lagi cinta dalam hati ini sehingga satu masa aku benar2 bersedia...terlalu banyak kecewa sampai takut untuk berlaku lagi...kini aku hidup untuk diri aku...untuk mak dan abh..untuk adik2 aku...dan untuk semua yang ikhlas sayang aku...aku harap hari esok yang hadir adalah lebih baik dari hari ini...

Thursday, September 16, 2010

SALAM LEBARAN

Assalamualaikum~
hai semua, salam aidilfitri untuk semua yang terbaca tentang post aku ni, dah lama tidak menulis dengan tenang di sini, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam 3 bulan kebelakangan ini...macam2 masalah...family, diri sendiri, kawan-kawan dan segalanya.

pertama sekali aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin pada semua yang kenal aku, maaf salah silap aku yer, termakan dan terminum minta halal, terlaser dan terumpat mohon maaf bnyk2...kalau ada sesapa terbaca tentang perpisahan dan bnda sedih2 dalam blog ni, ok sekarang aku akan jelaskan semuanya, sebenarnya aku memang akan pindah dari UKM ni dan letakan jawatan, itu pasti, dan sepatutnya ia dah berlaku 2 bulan lepas...namun aku masih juga disini..kenapa yer?? sebab aku sayang sgt tempat ni ke?? memang sayang pun..tapi ada sebab lain..budak2 blok aku siap dah beli kan kek perpisahan untuk aku dah..haha..terima kasih dan minta maaf lambt lagi nk kuar ni..heheh...sebenarnya kalau nk ikutkan aku memang dah keluar sebab aku dah tak ada apa2 kaitan lagi dengan UKM bermula 31 ogos 2010, tapi mungkin allah dengan doa aku, seminggu selepas tarikh tu aku dapat satu lagi tawaran kerja di UKM, aku bincang dengan pihak pengurusan samada aku boleh terusa dilanjutkan d sini atau tidak, pihak pengurusan melebarkan tangan tanda merestui aku disini..dan aku juga masih ada tangungjawab perlu aku lunaskan, janji aku pada shahdan, pada aqim, pada rooza...hahaha...aku tak mahu jadi pemungkir janji..

pada yang tak suka aku terus kat sini, sabarlah yer..aku ada janji dengan adik2 aku..kalau tak suka diam jer..kalau aku tnya jangan cakap..hahah...pada yg pernah menitiskan air mata untuk insan yang tak seberapa ini...aku minta maaf..abg ijan minta maaf...ini adalah takdir...aku nk ucapkan terima kasih pada memet saiful kawan di FB bf kpd Rooza...dia bnyak sedarkan aku, masa kami balas2 komen kat fb dulu2..haha..masa tu aku dah siap kemas barang dah...mungkin ada setahun lagi, atau mungkin lebih atau mungkin juga kurang..apa pun aku tidak akan selamanya di sini, satu masa aku akan pergi..heheh...

Wednesday, August 18, 2010

2 minggu lagi...

jika diikutkan pada kiraan kalendar aku 2 minggu saja lagi maka akan berakhirlah segala tugas ku disini...berakhirnya tugas bukan bererti aku menoktahkan kasih dan cinta aku pada warga dan tempat ini...perlahan-lahan aku belajar melepaskan segalanya yang aku pegang disini satu persatu...aku menutup satu persatu buku kenangan...panjang umur dan usia aku pasti kembali kesini..melihat apa yg akan berlaku di sini...pada insan-insan tersayang abg mu ini pasti kembali melihat kamu....segak bergaya memakai jubah konvokesyen...

junior pilihan hati : seorang junior tahun 1 dtg awal sehari melihat dimana bumi ilmu akan dipijak nanti...paginya dia hadir penuh bergaya lagak seorang wanita berjaya...terpesona pada keayuan dan lembut tutr katanya...aku simpan dalam hati andai dia milikku...hahaha...sehingga kini titik perkenalan ku biarkan antara felo dan pelajar tidak lebih dari itu...aku juga punya rasa tidak mahu ditolak cintanya...dan dia juga masih baru lagi bertatih disini....

adik yang pertama (firdaus) : aku hanya mahu melihat dia berjaya menjadi lelaki yang sempurna...biarpun rapatnya kami, pernah aku suarakan aku tidak mahu menjadi penghalang kepada hubungan dua hati...hahaha...biarpun hanya menumpang sedikit ruang dihatinya...aku cukup puas memberikan sepenuh kasih sayang seorang abg padanya...kalau nmpk kami sgt rapat itulah kasih sayang abg dan adiknya...

adik kedua (Shah) : pada penglihatanku..adik ku ini sempurna sudah sbgai seorang lelaki...beruntung mana2 wanita yng mendampinginya...ilmu agamanya ada, pekertinya elok, tuturnya juga hebat...kami juga rapat...sgt rapat...aku doakan dia berjaya dalam hidup...dan dapat wanita yg baik sebagai peneman hidupnya...sayang pada kamu tidak pernah susut...

adik ketiga (Mustaqim) : adik yang manja...saya tidak pernah tahu bila kami mulai rapat...apa yg aku tahu bila saja aku bgn dari tidur aku sudah ada adik ini... setiap malam tidak sepi tanpa mesej selamat malam...aku sayang dia sebnyak tarikan nafas ku...sama seperti yang lain...ketahuilah ketiga2 adik ku...abgmu ini terlalu cemburu...hahaha....

Sunday, August 1, 2010

JAMUAN BLOK D

hye2...heheh...30 julai 2010, seluruh blok D berkumpul dibawah pohonan rendang sebelah blok D lelaki meraikan kejayaan menjuarai hari keluarga izish 2010... seronok...teringat kenangan2 lama masa budak2 2nd yr sekarang ni tahun 1... kat bawah pokok tulah aku dan mereka main mercun sebelum balik raya...bawah pokok tulah kami buat jamuan blok lelaki...yang happening dan penuh kerinduan...mereka adalah keluarga aku... aku sayang blok D...sayang seluruh warganya...2 tahun membenih kasih disini...bersam warga blok ini...kini kalau senior2 aku datang ibu zain, mereka mesti tak percaya blok D jadi segah ini...ini kenangan aku dan seluruh warga blok D...
malam itu juga...kek untuk aku...?? owh...gugur air mata mereka....gugur air mata aku juga....aku peluk semua adik aku...aku sayang mereka...azrin dan syakir pun ada...dimana pun mereka..mereka adalah adik aku...aku yang sambut diorang..jaga diorang...maaf yer adik2...abg ijan pergi dulu sebelum sempat melihat korang berjaya... tapi abg ijan percaya korang pasti berjaya...untuk siddiq, helmi, mamat.. jaga adik2 abg ijan baik2...kalau diorang leka tegur2kan...ain, dani, sue...tlg nasihtkan adik2 di blok perempuan tu yer...Luqman dan syana, abg ijan tak dapat sama2 meraikan kegemilangan blok D ni...jga blok kesayangan kita ni baik2 k...abg ijan akan lepaskan amanah ini....terima kasih untuk kenangan yg pernah tercipta antara kita semua....

Wednesday, July 21, 2010

JUNIOR

MMP sudah hampir sebulan melabuhkan tirai...hari keluarga juga sudah berlansung dengan meriahnya...junior2 tahun satu sudah mula belajar memegang jawatan, membuat banner dan sebagainya...ada yang mahu belajar dgn ikhlas..ada yang terpaksa belajar...dan ada yang lansung tak mahu belajar...hehehe....seronok tengok keletah dan perangai junior yang macam2 ni...kalau ikut perkiraan ini adalah junior ke-5 aku sepanjang berada di bumi ibu zain ni...masih baru dan masih dalam proses mengenali mereka...mungkin mereka belum mengenali aku sebenarnya...kalau ada junior yang terbaca post ni..abg ijan orang yang garang!~ hahah...dah tu je...sebelum2 ni junior2 adalah kawan aku...mereka ni mcm adik2 aku...makan, study, jalan, sembang kami buat sama2...dari aku student sampailah aku dah kerja ni dah jadi felo merekalah yg berada dekat dengan aku...shah, daus, aqim, cdiq, helmi antara junior yg paling dekat dengan aku...bila aku rapat dengan seseorang junior tu bukan bermakna aku "suka" mereka..tp aku rasakan mereka sama mcm adik aku...dan sebagai abg aku rasa aku perlu mendekati mereka dan sebagai felo aku juga perlu mesra dgn mereka supaya mereka boleh share masalah nanti...tidaklah timbul nanti isu tertekan dan tekanan perasaan...juga satu proses penilaian kepada mereka...kepada semua junior IZISH~ berseronoklah di kolej yang permai ini...anda tidak akan menemuinya dimana2 kolej lain seluruh dunia...hahaha....

Sunday, July 18, 2010

HARI KELUARGA IZISH 2010

18 Julai 2010, seluruh warga IZISH berkumpul di Padang Pavillion UKM untuk bersama memeriahkan Hari Keluarga IZISH 2010...memang meriah...meriah dengan lagu, sorakan, cheer blok...semua junior memberikan kerjasama yang baik...sedikit menyedihkan bila sambutan dari barisan senior sgt teruk...padahal dulu masa diorang jd pengarah, mep dan seumpamanya diorang paksa orang trn padang...apa pun hari keluarga ni aku kira dah berjaya...tahniah untuk semua warga kerjanya...MEP dan semua yang trlibat secara lansung dan tidak lansung...BLOK D sekali lagi menjadi JUARA...padahal awal2 rasa macam dah nak kalah dah..tp akhirnya berjaya juga membawa kegemilangan...melompat sakan aku depan semua student..apa punya felo lah ni...hahaha...over...semua kenangan ini membawa aku kepada kenangan terindah...siapa sangka ini adalah Family Day terakhir aku....hahahaha....

Friday, June 25, 2010

tangisan 25 Jun 2010

kamu tidak akan tahu betapa sukarnya menghadapi perpisahan sehingga kamu melihaT gugurnya air mata dari orang yg kamu sayang...owh..berat sungguh rasa dihati...melihat adik2 aku menitiskan air mata...tangisan dan esakan buat aku merasakan aku adalah manusia paling jahat sekali dalam hidup ni...melihat air mata mereka menitis sedih sangat...aku bukan nak pergi..tapi aku terpaksa melangkah pergi...kalau kalian boleh selami sedalamnya hati dan perasaan ini kamu akan faham betapa aku tidak pernah redha menghadapi perpisahan maha hebat ini...bukan meninggalkan seorang tapi berpuluh jiwa yang dah sebati dalam hati ini...setiap hari aku berfikir dan meratapi...takut menghadapi saat dan ketika aku harus melangkah pergi...aku minta pada Allah agar biarkan aku lama di sini..bersama kalian..meniti hidup..mengajar dan memberi ilmu... aku masih menanti saat dan ketikanya...sehingga hari ini..melihat kotak2 barang dan pakaian yg akan dibawa pulang nanti...hati diruntun sayu...aku harap tiada hari esok..supaya Allah panjangkan masa aku bersama mereka...agar terubat kerinduan... ingin sekalai aku memeluk mereka erat...andai satu hari nanti perpisahan berlaku redhakan pemergianku...kalain tetap dalam doaku...hapuskan air matamu...kita meniti hari2 bersama yg semakin sedikit ini penuh dengan senyuman...aku tidak sanggup melihat kalian menangis lagi...

Thursday, June 24, 2010

hehehe

dugaan dalam hidup adlah satu lagi warna dalam kehidupan...maha hebat...pada ketika ini kita akan belajar tentang sabar dan memikir cara terbaik untuk selesaikan masalah itu....sekuat manakah aku?? tidak pasti...apa yang aku tahu hati aku terlalu rapuh... ibu zain aku akan tinggalkan bumimu...ukm aku akan pergi jauh dari mu....terima kasih kerana memberikan aku peluang dan ruang untuk mendamba kasih disini...adik2 ku...selamat tinggal..kali ini ia akan benar2 terjadi..tiada lagi pengorbanan...tiada lagi dilema dalam hati...doa ku mengiringi langkah kalian...bagaiman nak suarakan pada mereka keadaan dan situasiku sekarang...setiap kali aku terfikirkan tentang perpisahan ini aku jadi tak seronok...tak gembira lansung...meningglkan bumi bangi dan semuanya... aku lemah tak berdaya...terduduk dalam linangan air mata...semuanya, maafkan setiap kesalahanku...setiap tingkahlaku ku yg mengguris hati kalian sama ada sedar atau tidak...halalkan yg termakan dan terminum...terima kasih untuk semuanya...

Monday, June 21, 2010

PUISI HATI

awal melangkah...
disini bermula...
sendiri tanpa insan yg mengenali...
mendamba ilmu di perbatasan ini...
penuh ranjau...
ketawa dan air mata...

bulan berganti bulan...
tahun berganti tahun...
terlalu banyak yang aku pelajari dan fahami..
erti kasih sayang dan kecurangan...
persahabatan dan permusuhan..
abadi dan hakiki...

masa terus membawa aku...
mengecap seribu satu memori demi memori...
aku kembali ke bumi ini...
bukan seperti yang lama...
tp insan baru...
tapi tujuan yang sama...
ditanah ini aku semaikan budi dan bakti...
di tanah ini aku taburkan kasih sayang...
supaya nanti ia mekar mengharum untuk semua isinya...

masa semakin hampir...
pada adik2 ku aku ingin sekali berpesan...
bumi ini bumi bertuah...
dalamnya ada kisah kita bersama...
kita ketawa dan menagis...
tangungjawab ini hampir terlerai...
keputusan dicipta pada hati yang maha tidak rela
maha berat...aku terseksa...
bila sampai waktu dan ketikanya...
bumi ini akan kutinggalkan...
namun kedamaian aku letak dihati...
supaya bila aku rindu aku mahu bisikan pada angin
biar dia sampaikan salam rinduku pada mereka...
aku mahu mengis dalam hujan...
supaya mereka tidak sedar aku menangis...

adik-adiku...
tuntutlah ilmu...
ini masa dan ketikanya...
kamu akan belajar dan diajar...
kasih sayang dan kerinduan...
ketawa dan air mata...
semoga kalian berjaya....
kita berjaya....

HARI2 TERAKHIR....

hari ini...tempah baju MEP bersama MEP..hahaha...haruslah bersama MEP kan uolzs...selepas 4 hari bersuka-ria di PD walaupun pada hakikatnya kami berkursus tapi tetap enjoy jugak..hahah...bersama mulut2 laha JU2 yang vogue...hahaha...banyak betul benda yang dibuat minggu ini...penat dan penuh warna-warni...

bersama MEP ini kami merangka minggu mesra pelajar (MMP) untuk pelajar2 baru...aduhai...sedih btl..kali ni tak dapat menghabiskan mmp bersama mereka...tidak dapat menikmati jamuan yang indah...(indah ker?) hahaha....8 Julai 2010 aku akn pulang ke kampung halaman....meninggalkan mereka sendiri...mentadbir kehidupan sendiri...bersama rakan2 dan adik2 baru mereka...semoga mereka berjaya mengharungi semuanya...akhirnya aku beritahu mereka tanpa air mata...tp sebak dalam dada tuhan saja yang tahu...hahaha...senyap seketika medan meeting...hahaah....

Tuesday, June 15, 2010

KASIH SAYANG DAN AIR MATA

semalam aku bukan marah...tapi sedikit kecewa...mereka main2...aku bukan marah diorang nak jalan atau apa...mereka ada hak dan aku tak nak sekat hak tu...tapi diorang kena tahu apa itu tangungjawab...hang-out dgn kawan2 memang best...tgk wayang...makan2... seronok...tapi kerja yang terbengkalai tu siapa nak siapkan??? balik lewat malam dan kepenatan...aku sendiri tak sampai hati tgk muka satu2...tp esok kalau diorang kena marah?? aku lagi kesian...sementara aku ada apa yg boleh aku tolong aku tlg...tp kalau main2 jer aku pun tak reti nak buat apa...kalau aku pergi lebih awal dari sini siapa nak tengok2 kan diorang...ada kah manusia yg setabah dan sesabar aku melayan karenah mereka...semalam juga keluar air mata...benar aku percaya kasih sayang paling banyak buat aku menangis...aku tak pernah nafikan....adik2 ku...masa kita bersama kian singkat...abg takut adik2 akan terbiar nanti...bukan aku meninggi diri aku jaga mereka dengan baik...tp aku tak nmpak lagi siapa yg boleh ambil alih jaga adik2 aku ni nanti masa aku dah pergi...sahabat aku pernah cakap..."hang tengok muka adik2 hang tu satu persatu...hang tgk muka shahdan...sampai ke hati nak pergi tingglkan mereka mcm tu jer??" dan semalam aku hampir buat keputusan dipengaruhi hati yang kecewa...

Monday, June 14, 2010

J.A.N.J.I

kamu pernah berjanji?? pernah dimungkiri?? atau pernah memungkiri?? janji ini senang untuk dilafaz tapi untuk tunaikannya?? belum tentu ada yang betul2 menjaga janjinya... ada pepatah berbunyi...kerbau diikat pada tali, manusia diikat pada janji...seketika aku terfikir...dulu pernah sekali janji yang dibina putus pertengahan jalan...5 tahun aku menyemai kasih..akhirnya dia pergi juga...bila cinta beralih arah...mana janji manismu?? cewahh..macam lirik lagu pulak...tapi tu kisah lama yang tak perlu nak diingat lagi..kerana ia hnya akan mengundang benci yang berpanjangan...hari ini...hari tulisan ini ku coret...bukan isu besar sebenarnya...tp ia sebuah janji...yang membuatkan aku menanti dan menanti...dalam kesabaran orang berpuasa..aku menanti janji..akhirnya ia berlalu...dan air kosong dan sekeping biskut menjadi habuan perut yang kosong hampir 2 hari...cukup buatkan aku kenyang...kenyang makan hati...aku tunaikan solat dan aku berdoa pada ilahi...agar tiada lagi janji yang akan dibuat untuk aku...aku bukan sensetif..tp aku teruji hari ini...sgt2...hanya Allah yang tahu...

Monday, June 7, 2010

di penghujung perjalanan ini...

hari ini tiada senda dalam bicara

deru air mata merupakan segalanya

sang hati bicara sendiri

bangunkan ummah bina generasi


dibumi yang bertuah ini

diriku mula mengenali

matlamat hidup sebagai abdi

kepada Allah...Allahu Rabbi...


diriku kini sebebas unggas

terbang riang diangkasa raya

menyanyi merdu irama kalbu

indahnya...indahnya oh indahnya...


wahai adik-adiku generasi hadapan

bumi ilmu ini bumi bertuah

suburnya,sesubur tanaman dilembah

melahirkan insan berjiwa tabah


kutiplah mutiara-mutiara indah

untuk bekalan diri berpindah

sebelum jejak kaki melangkah

sebelum penyesalan membawa padah


tempat ini menjadi sejarah

pertemuan, dan perpisahan sebuah jiwa

jauh dimata dihati bertakhta

sekali sayang biarlah sampai syurga...