WELCOME

...inilah kehidupan

Tuesday, December 14, 2010

...aku mahu hati ini di gantikan...

sekarang sudah menunjukkan 2.30 pagi, mata yang letih ni masih belum mampu untuk aku lelapkan, hari ini banyak pekara yang berlaku, budak-budak buat Shop to Shop, macam-macam cerita namun harus di puji semangat yang mereka tunjukkan. Walaupun ada yang balik dengan tangan kosong, namun semangat mereka untuk memberikan yang terbaik kepada program harus dipuji...sekurang-kurangnya mereka mencuba...kan ini juga adalah ilmu untuk kepentingan semua kan...dalam keseronokan tawa pasti ada kekecewaan yang muncul, kecewa dengan diri sendiri dan orang lain.

haish...apa nak buat, kalau aku ada kuasa aku mahu kembali ke masa lalu, membetulkan kesilapan yang berlaku dalam apa jua keadaan pun, tak mahu di tipu dan menipu, tak mahu cinta palsu, tak mahu sayang yang ibarat melepas batuk ditangga sahaja...dan semuanyalah...tapi kalau hidup boleh diputar semula...tapi sayangnya ia tidak akan berlaku...apa yang dah berlalu perlu jadi pengajaran di masa depan...semalam adalah sejarah, esok adalah misteri yang terlalu payah untuk dirungkai...kalau hari ini kita ketawa belum tentu lagi esok masih akan ketawa...

hari terus berlalu, meninggalkan semalam yang penuh cerita, membuka lembaran baru penuh tanda tanya...kalau semalam tersenyum bahagia, mungkinkah esok juga masih sama??bermain dalam minda...ahh...persetankan perasaan ni, tak ada yang kisah sekarang, biarkan yang berlaku ini berlaku, jangan disesali...tak tahu mana silapnya, kadangkala air mata ini gugur juga...laju...tanda hati ini disakiti...mengimbau kenangan lama, kadang2 buatkan kita tersenyum, dulu sentiasa bersama, makan bersama, kemana saja bersama...tapi hari ini, tiada salam yang dihulur, tiada mesej2 yang dikirim, ucapan selamat malam?? kadang ada kadang tiada...hmmm..ikut mood lah...kadang2 aku macam tahu aku akan ditinggalkan...tapi otak menafikan, hati mengiyakan...hahah...aku pun tak faham, keduanya berada dalam aliran tubuh yang sama tapi ada dua jawapan yang berbeza...

pokok ceritanya ini aku rasa akan berakhir dengan perpisahan, hmm...mungkin jalan terbaik terima apa yang dah Allah tentukan untuk aku...berjalan terus kehadapan tanpa melihat lagi kebelakang, aku kan ada otak...boleh fikir dengan baik...siapa dia yang perlu aku tuntut janjinya...dia mungkir dengan aku, dia perlu berhadapan dengan Allah...aku tak mahu lagi menuntut sumpah dan janji, aku juga malas mahu mengungkit apa yang aku lakukan untuknya, namun kalau dia mahu tahu aku boleh ceritakan semuanya kesakitan dan kesengsaraan hati aku saat aku ditipu, ditinggal, dan dipergunakan...ada lagi kasih sayang yg perlu aku hargai, orang yang mengingatkan aku tentang perjalanan kehidupan...bukan kau yang menyonsang arah hidup itu...

kita pernah mengukir kenangan bersama, aku hargai, mahu saja aku rakamkan ucapan terima kasih untuk kau yang pernah hadir dalam hidup dan pergi setelah berjumpa apa yang kau mahu...aku akan terus ketawa, dan kau juga aku pasti, satu masa aku akan pergi...senyap tnpa cerita dan air mata...aku pasti kau tak akan menangis untuk perpisahan kali ini..sangat pasti..hahaha....andai aku masih di sini bukan kerana kau..tapi kerana mereka yang tahu menghargai apa itu persahabatan, kasih sayang dan segalanya....

SALAM SAYANG,
NOR ADLYIZAN BIN THEIS
IZISH, UKM
15 DISEMBER 2010
2.52 A.M

No comments:

Post a Comment