WELCOME

...inilah kehidupan

Wednesday, September 29, 2010

PENIPU

semalam, hari yang berat buat aku...segalanya berat...tanggungjawab dan segalanya, semalam juga hari yang sedih untuk aku, setiap kali aku ingat kata2 yang keluar dari mulut orang yang paling aku sayang tu aku jadi sedih...hiba...dan yang paling pedih bila aku dituduh menipu...aku sakit dalam hati...sangat sakit...kalau dia tahu kenapa aku buat semua ni...tergamak kah dia gelar aku sebagai "PENIPU"?? aku buat semua ni sebab aku t5ak nak kau malu..aku tak nak orang kutuk kau..kalau sbb ni aku digelar begitu...aku tarik diri..buatlah..aku tak halang...susah jadi penagih kasih orang ni...aku ingat segalanya akan baik...sebenarnya dalam hidup aku..aku terlalu banyak jaga hati orang dari fikirkan hati dan perasaan sendiri...bila aku diam korang cari...bila aku ada korang buat aku macam ni...

Sunday, September 26, 2010

liku kehidupan....

"hidup ini tidak seindah hari2 berlalu, ada panas selepas hujan, ada ribut selepas redup, segalanya adalah ketentuan yang maha esa"

selepas aku buat keputusan untuk tinggal sedikit masa lagi di daerah ini, hanya satu yang aku harapkan, biarlah tiada kekecewaan yang melanda hati sehingga aku rasa keputusan yang aku buat adalah silap, dan aku menyesali keputusan itu...siddiq kata "tak baik cakap mcm tu, segalah yang berlaku adalah ketentuan ilahi, dia tahu mana baik dan buruknya"...penuh pengertian...dan untuk kesekian kalinya aku menangis hanya kerana desakan perasaan hati dan naluri cinta kepada seorang wanita yang aku angkat sebagai antara insan yang istimewa dalam hidup aku...dia pergi...setelah menyemai bunga2 cintanya...dan setelah ia membuai hati dan perasaan ini dia pergi berdampingan dengan insan lain...seorang lelaki yang faham benar perasaan aku pada wanita itu...wah..dunia ini membawa aku ke alam kepedihan realiti cinta insan...pertamanya aku pilu....namun hari ini aku pasrah...kadang2 aku tidak pasti samada air mata ini mengalir kerana kecewa atau kerana apa...ye..benar..ramai yang memahami hati dan perasaan aku, bersama memimpin tgn atau memberikan telinga untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan aku...namun apa yang ditanggung hanya hati dan diri ini yang tahu pedih dan sakitnya...aku berjanji aku takkan letakkan lagi cinta dalam hati ini sehingga satu masa aku benar2 bersedia...terlalu banyak kecewa sampai takut untuk berlaku lagi...kini aku hidup untuk diri aku...untuk mak dan abh..untuk adik2 aku...dan untuk semua yang ikhlas sayang aku...aku harap hari esok yang hadir adalah lebih baik dari hari ini...

Thursday, September 16, 2010

SALAM LEBARAN

Assalamualaikum~
hai semua, salam aidilfitri untuk semua yang terbaca tentang post aku ni, dah lama tidak menulis dengan tenang di sini, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam 3 bulan kebelakangan ini...macam2 masalah...family, diri sendiri, kawan-kawan dan segalanya.

pertama sekali aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin pada semua yang kenal aku, maaf salah silap aku yer, termakan dan terminum minta halal, terlaser dan terumpat mohon maaf bnyk2...kalau ada sesapa terbaca tentang perpisahan dan bnda sedih2 dalam blog ni, ok sekarang aku akan jelaskan semuanya, sebenarnya aku memang akan pindah dari UKM ni dan letakan jawatan, itu pasti, dan sepatutnya ia dah berlaku 2 bulan lepas...namun aku masih juga disini..kenapa yer?? sebab aku sayang sgt tempat ni ke?? memang sayang pun..tapi ada sebab lain..budak2 blok aku siap dah beli kan kek perpisahan untuk aku dah..haha..terima kasih dan minta maaf lambt lagi nk kuar ni..heheh...sebenarnya kalau nk ikutkan aku memang dah keluar sebab aku dah tak ada apa2 kaitan lagi dengan UKM bermula 31 ogos 2010, tapi mungkin allah dengan doa aku, seminggu selepas tarikh tu aku dapat satu lagi tawaran kerja di UKM, aku bincang dengan pihak pengurusan samada aku boleh terusa dilanjutkan d sini atau tidak, pihak pengurusan melebarkan tangan tanda merestui aku disini..dan aku juga masih ada tangungjawab perlu aku lunaskan, janji aku pada shahdan, pada aqim, pada rooza...hahaha...aku tak mahu jadi pemungkir janji..

pada yang tak suka aku terus kat sini, sabarlah yer..aku ada janji dengan adik2 aku..kalau tak suka diam jer..kalau aku tnya jangan cakap..hahah...pada yg pernah menitiskan air mata untuk insan yang tak seberapa ini...aku minta maaf..abg ijan minta maaf...ini adalah takdir...aku nk ucapkan terima kasih pada memet saiful kawan di FB bf kpd Rooza...dia bnyak sedarkan aku, masa kami balas2 komen kat fb dulu2..haha..masa tu aku dah siap kemas barang dah...mungkin ada setahun lagi, atau mungkin lebih atau mungkin juga kurang..apa pun aku tidak akan selamanya di sini, satu masa aku akan pergi..heheh...