WELCOME

...inilah kehidupan

Sunday, December 30, 2012

Bye 2012....Welcome 2013


Assalamualaikum....
sebelum menjelang tahun baru ni rasanya mahu aku coretkan kenangan pahit manis sepanjang 2012, beberapa hari lagi 2012 akan melabuhkan tirainya...dan mentari 2013 akan mula menunjukan diri, bersediakan aku menghadapi tahun baru ini? hmmm.... In Shaa Allah... sebagaimana aku tabah menempuh 2012 begitu juga dengan tahun baru ini....

AZAM?!

hmmm.... 2012 punya azam pun aku dah lupa...so azam aku 2013 nk ingat semula azam 2012 yang aku x ingat satu apa pun...hahaha... setiap tahun aku pasti ramai antara kita yang akan mula mencipta azam tahun baru, tp berapa peratus pulak yang akan merealisasikan azam yang dicipta dengan tabah dan confident? dan aku adalah salah seorang manusia yang tidak pernah menunaikan azam...hahaha... tapi 2013 ni umur aku naik 1 tahun lagi.... 28 tahun...arrgghhh tuanya....pttlah kot...dah ada anak...hahaha... dan aku berazam untuk jadi ayah yang baik untuk Muzz Haqeemi Syaqiq... Buah hati aku sekarang... dan 2013 ni juga aku akan menamatkan pengajian sarjana aku...dan mungkinkah 2013 adalah tahun terakhir aku di UKM? hmmm... sedih nak fikir... lupakan lah kejap...hehe... kalau jadi betul...terima jelah hakikat, dan aku kena yakin satu hari nanti aku akan tetap tinggalkan tempat ni... ada jugak plan nk sambung PhD...wow!! mampu ke? Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Bermakna! cewahhh!!! hehehe..tp itulah sumber kekuatan aku dari dulu sampai sekarang....tu je kot untuk sekarang ni yang aku terfikir...

DOA DAN HARAPAN?!

Sama macam orang lain jugaklah....aku juga ada impian, nk berjaya nk kahwin....hahaha... harapan aku tak setinggi mana, apa yang aku harapkan adalah semua orang yang berada disekeliling aku happy dan gembira ada dengan aku... aku putus harapan? tak lah...aku ada impian cuma impian aku hadir bersama kasih sayang...hahaha...patutlah kawan-kawan aku marah bila aku selalu fikirkan orang lain...sorry beb aku dah memang sejak dulu mamcam ni...hahaha.... harapan aku semoga aku kuat dan tabah...semoga aku sentiasa bersemangat...semoga aku terus sihat...semoga aku terus boleh berbakti pada kolej dan pada semua adik2 aku...semoga mak dengan abah aku sihat, dipanjangkan usia, dan datang konvo aku masa aku dapat PhD nanti...

CABARAN?!

Huahhh~! ni paling aku tak sanggup...aku risau aku lemah sebelum tamat, aku takut aku kalah sebelum berjuang... memikirkan tanggungjawab aku untuk separuh bulan pertama 2013 aku sendiri takut...

1. Felo Penasihat untuk 3 Projek MEGA Kolej : MATK-17, FestKIB, HAM

2. Tesis Sarjana, VIVA Tesis, Tesis ditolak, Penyelia bertukar, Presentation...

3. Program2 Kelab : Kelab Fasi, Kelab Kerohanian, Kelab Siswaniaga

sikit x? hahaha.... Ya Allah, Kau Permudahkanlah urusanku Ya Allah semoga aku terus gagah berdiri dan melangkah!

ni yang aku dah nampak lah...yang mendatang2 tu aku serahkan semuanya pada Allah...dia maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya ini....

KAHWIN? SAHABAT? ADIK2?

Entahlah...kahwin tu kalau ada jodoh pasti akan tiba masanya... teringat plak masa aku menangis masa Muzz kawin...hahaha...tp sedih kot...dia kawan, adik, yang takkan ada penggantinya.... tacink wooo!!!! sahabat2 aku ramai yang dah kawin...dah lama betul x jumpa diorang, masing2 bawak haluan hidup masing2...aku bukan lupakan korang weii...aku sayang korang...tp aku kat sini ada tanggungjawab...huhu...

adik2 merangkap anak2 aku.... Airil, Zulfadli, Amir, In, Fizi....huhu... abah doakan korang mencapai kejayaan yang gemilang...abah sayang korang...sayang sangat... kalau abah habis sem depan dan abah pindah... korang akan tetap akan jadi anak2 abah...sampai bila2...jangan lupa abah woo... mesti abah akan rindu kuar mamak dengan korang, g makan kfc, layan karenah korang yang mcm2...hahahha

Mustaqim? hmmm... dia akan tetap jadi adik aku.... walaupun aku sedang menanti pertemuan terakhir...hahaha... kisah aku dan dia, terlalu panjang nk dituliskan...hahaha.... pedih jiwa raga...

2013

aku doakan semua yang sayang aku, terus ikhlas sayang aku...

aku doakan semua yang dekat dengan aku bahagia dan gembira

aku doakan adik2 aku, anak2 aku berjaya dengan cemerlang dan gembira selalu...

aku doakan junior2 tahun 1 ibu zain thn ni terus bersama dan kukuh ukhwahnya...

aku harap aku kuat dan terus gembira.....

BYE2 2012~ WELCOME 2013 =)

Tuesday, August 14, 2012

SELAMAT HARI RAYA



SALAM LEBARAN
KURANG DARI SEMINGGU SAHAJA LAGI 
AKAN MENJELMA LEBARAN DINANTI
SETELAH SEBULAN TAK SARAPAN PAGI
PAS NI BOLEH MAKAN NASI LEMAK HARI-HARI

BULAN SYAWAL BULAN MULIA
SIBUK BERKUMPUL SANAK SAUDARA
SALAH DAN SILAP KIRA HALAL JE...
BULAN GEMBIRA JANGAN SENGKETA

BALIK KAMPUNG JUMPA FAMILY
MAK DAN ABAH GIGIH MENANTI
ANAKANDA MU INI KAN PULANG NANTI
TAPI KUIH RAYA BELUM BELI LAGI...

Tuesday, August 7, 2012

alahai anak abah~

selamat pagi dan salam sahur,
apa yang best arini ye...
jumpa anak aku...
gile rindu...
dan dia pun rindu aku gak tu...
gile happy bila jumpa
hehehe...
tunggu lagi yang lain
3 minggu lagi...
abah tunggu ye...hehehe

Sunday, August 5, 2012

CERPEN 1 : Saat Kau Tiada

kringggg!!!!...
loceng pagi mengejut subuh begitu membingitkan telinga warga Asrama Sekolah Tenung Kasih (ASTK)...
Ijam, Petir, Iban, Bronjol mengelisat di atas katil, kedinginan pagi itu, sangat-sangat membuatkan mereka malas untuk bangun ke bilik air. Bukan hari itu sahaja malah hari-hari yang lain juga mereka memang antara pelajar yang selalu dicatatkan namanya dalam buku lewat untuk solat subuh berjemaah.

dum! dum!

"Bangun woiii!!!"

Jeritan Ombak Exco Surau dan Solat menjerit mengetuk pintu Dorm Al-Malazi, seperti namanya ahli dormnya pun begitulah jugak keadaanya.

"Wei bangun wei", Iban menyentuh katil Petir dalam keadaan mata masih tertutup rapat. Ijam dan Bronjol sudah mencapai tuala dan meletakan ubat gigi pada berus gigi masing-masing. Hari ini hari sabtu semua pelajar ASPURA wajib turun jogging untuk kesihatan dan kecerdasan! ahh..!!! malasnya!!!

********

"hari ni keluar bandar tak?" tanya Ijam pada kawan-kawan baiknya sewaktu mereka sedang menikmati sarapan pagi selepas pulang dari aktiviti riadah pagi.

"kau nak keluar ke Jam?" soal Petir yang asyik sekali menggit tulang ayam. "Macam nak, nak beli sabun basuh dan biskut sikit, stok dah habis wei", jawab Ijam. "Kau Bronjol? nak ikut tak?" soal Ijam kepada Bronjol. "Hari ni tak boleh bang, saya ada latihan dikir barat pagi ni dengan Had". Bronjol ni junior kami, pelajar tingkatan 4, disebabkan kami ni satu dorm maka kami sangat rapat antara satu sama lain. "Oklah kalau macam tu, kirim salam kat cikgu Siti tau", jawab Ijam sambil berlalu ke arah sinki untuk meletak pinggan dan membasuh cawan yang digunakan tadi, kawan-kawan yang lain juga menurut sama.

Pada waktu pagi hari sabtu ini, kebiasannya pelajar ASTK akan menggunakan masa yang ada untuk membasuh kasut dan pakaian yang seminggu tidak diurus, ada juga yang mengambil peluang ini untuk keluar ke bandar Inderagiri untuk membeli keperluan dan sedikit makanan ringan, ada juga pelajar yang menyambung tidur hingga ke waktu makan tengahari. Beginilah kehidupan pelajar asrama pada hujung minggu jika tidak ada kelas tambahan.

********

Kehidupan di asrama berjalan seperti biasa, kenakalan dan persahabatan terus mekar terjalin ibarat kuntuman bunga yang harum dan mekar mewangi. Semua pelajar tingkatan 5 sibuk mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan SPM semakin hampir. Ijam, Petir, Hamzi juga tidak ketinggalan, walaupun mereka nakal namun pelajaran tetap menjadi keutamaan. Kelas tambahan pula menjadi rutin harian mereka, selepas tamat waktu sekolah, dan apabila pulang ke asrama, mereka bersama teman-teman yang lain akan menyambung ulangkaji di bilik MPC (Markas Pelajar Cemerlang), bilik yang mereka letakan kawasan larangan untuk pelajar junior menjejakan kaki.

Suatu pagi, ketika semua pelajar sesi pagi sedang bersiap untuk ke sekolah tiba-tiba Hamzi pengsan di tangga dorm budi. Semua pelajar yang ketika itu sedang menunggu rakan-rakan untuk ke sekolah bersama-sama terkejut dan mendapatkan Hamzi.

"Hamzi! Hamzi" , Petir melaung nama Hamzi sambil menepuk-nepuk perlajan pipi Hamzi. Tiada respon.

Adi berlari ke arah rumah warden untuk memberitahu Ustaz Mohammad, semua orang dalam keadaan kecoh dan bimbang.

"Beb, bangun beb... jangan buat kitorang macam ni beb...bangun", Ijam sudah mula mengalirkan air mata, dia memang nakal, namun Ijam sangat menyayangi Hamzi, sahabat yang dikenalinya sejak mereka tingkatan 1 lagi, begitu juga Petir, mereka terkenal dengan jolokan "Three Stoogers" kerana kenakalan mereka bertiga yang sering sahaja mengenakan pelajar-pelajar tingkatan menengah rendah, namun begitu mereka amat disenangi oleh pelajar junior dan rakan-rakan lain kerana mereka sangat baik hati dan tidak lokek dengan ilmu.

Apabila Ustaz Mohammad datang, rakan-rakan tingkatan 5 bersama mengangkat Hamzi untuk dibawa ke kereta warden untuk dibawa ke hospital.

********

Sudah seminggu Hamzi terlantar di hospital, petang itu Ijam, Petir dan Bronjol duduk di tepi kolam ikan yang menghiasi landaskap taman asrama, masing-masing diam dan berwajah murung.

"Ustaz, Hamzi sakit apa?", tanya Ijam sewaktu dia balik dari sekolah dan berselisih dengan Ustaz Mohammad.

"Doktor belum pasti lagi, kita tunggu dan doakan dia selamat ok", jawab Ustaz dan berlalu meninggalkan Ijam.

Sewaktu Ijam, Petir dan kawan-kawan lain melawat Hamzi di hospital, Hamzi kelihatan sangat lemah, muka pucat dan tidak bermaya, semua melahirkan rasa simpati kepada Hamzi.

sebelum pulang Ijam memeluk Hamzi erat.

"Beb, kita kawan dah lama, aku nak kau kuat, aku, Petir dan kawan-kawan kita yang lain sentiasa doakan kau sihat, bulan depan kita ada qiamullail, ko ingat tak apa jadi tahun lepas? kita dengki budak junior, aku tak nak tahun ni aku dengan Petir je buat semua tu, aku nak kau ada, banyak benda aku nak cerita dengan kau, kau sihat cepat tau, kami tunggu kau kat asrama", bisik Ijam dengan linangan air mata, air mata persahabatan.

Kawan-kawan lain turut mengalirkan air mata, ada titisan jernih keluar dari mata Hamzi sewaktu kawan-kawan melangkah keluar dari wad itu. 

"panjang umur aku pasti kembali, andai tidak kenang aku dalam doa kalian" bisiknya dalam hati.

Petang dia dimasukan ke wad, doktor telah memberitahu dia dan keluarganya bahawa dia menghidap ketumbuhan di kepala, dan kini ketumbuhan itu sudah merebak ke kawasan otak. Panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan turun di tengahari.

"Hanya ada dua pilihan sahaja puan, encik, sekiranya dia dibedah, dia berkemungkinan dia akan menjadi tidak normal adalah tinggi, dan jika dia tidak dibedah, ketumbuhan itu akan meragut nyawanya"

Hamzi diam, ibu bapanya juga diam, air mata sudah cukup menunjukan yang dia sedang dilanda kejutan yang maha hebat.

********

Hari ini adalah hari keputusan peperiksaan SPM diumumkan, Dewan Bijak Pandai sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar SPM yang akan mengambil keputusan mereka. setelah berhempas pulas berbulan-bulan hari ini adalah penentuan apa yang mereka usahakan, ibarat menanam padi, kini waktu menuai sudah tiba. Sebaik sahaja Pengetua Sekolah Tenung Kasih melangkah masuk ke dalam dewan semua pelajar bertepuk tangan, debaran di hati kian terasa. Ijam, Petir dan kawan-kawan tingkatan lima ASTK juga turut berada dalam dewan tersebut, debaran dan kesedihan bersarang dalam hati mereka.

"Kan best kalau Hamzi ada sekali dengan kita kan..." Petir memecahkan kesunyian kumpulan itu.

"Hmmm.... Allah lebih sayangkan dia, biarkanlah dia pergi kita doakan rohnya tenang di alam sana", sampuk Jefry sambil menepuk bahu Petir.

Petir mengangukan kepala. "Walaupun dia tak ada bersama kita sekarang aku rasa semangatnya sewaktu exam dulu, aku rasa dia mendorong aku", sambung Petir.

********

Jam menunjukan pukul 4.30 petang, waktu itu pelajar tingkatan lima ASTK baru sahaja pulang dari kelas hikmah untuk pelajar tingkat lima yang akan menduduki peperiksaan SPM. Mereka terus menuju ke Dewan Makan untuk minum petang, itulah rutin mereka untuk beberapa bulan ini, berjuang untuk mengambil SPM, percaturan masa depan. Tiba-tiba corong pengumuman berbunyi suara Ustaz Mohammad.

"Kepada Saudara Khairul Nizam pelajar tingkatan 5 Sastera Ikhtisas 2, diminta ke pejabat pentadbiran untuk mengambil kiriman"

"Ustaz panggil kau lah Jam", beritahu Hamzah kepada Ijam.

Ijam berlari ke pejabat pentadbiran.

Terasa bagai halilintar yang menyambar, luruh kertas dari genggaman tangan Ijam, terduduk dia di kaki lima pejabat itu, ustaz cuba menenangkan Ijam. Ijam seorang atlit sekolah dan exco asrama yang tegas, kali ini dia kalah, kalah kerana isi kandungan surat itu, dia kalah dengan suratan takdir yang telah tertulis untuk sahabatnya.

"Hamziiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Semua pelajar yang mendengar jeritan itu keluar dari dorm masing-masing, semua tertanya-tanya apa yang sedang berlaku, kenapa abang senior mereka menjerit begitu.

Ijam dan kawan-kawan yang aku sayang,
bila kau sedang baca surat ini, bermakna aku sudah tiada di bumi Allah ini, aku sudah kembali kepada pencipta kita, Allahurabbi. Aku menulis surat ini, saat aku merasakan impian dan harapan aku untuk bersama mengecapi kejayaan SPM bersama kalian semakin menipis dan seakan hilang bersama semangat aku.

Beb, 
jangan nangis tau, aku tak menangis pun...hehehe...jangan bersedih untuk aku, aku nak korang teruskan apa yang tak dapat aku teruskan. Aku mahu kau semua berjaya dalam SPM. Aku happy sangat sepanjang perkenalan kita, kamu semua sahabat, teman dan adik beradik aku dunia akhirat.

Aku rindu saat nakal kita bersama, kacau budak junior malam 1 April dengan kejutan-kejutan seram, aku rindu nak kacau korang time study lewat malam, rindu nk kejut budak-budak awal time qiamulail, rindu nk buat orientasi dengan budak tingkatan 1 sampai diorang masuk dalam kolam ikan ustaz. Ahhh...aku rindu semua tu, dan aku terpaksa tinggalakan kenangan tu, berpisah dari alam dunia ini, maka terpisahlah aku dari kalian dan kenangan-kenangan itu semua.

Aku minta maaf setiap salah dan silap aku pada korang, aku happy sangat ada adik beradik macam korang, sampaikan salam maaf aku pada adik-adik junior semua, maaf sebab aku selalu dengki diorang, maaf untuk ustaz yang aku selalu lawan, halalkan makan dan minum aku. Jangan salahkan pertemua andai berlaku perpisahan ini. 

Ijam, petir, Bronjol jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal lagi tau, belajar rajin-rajin, kalau rindu aku doakan kesejahteraan aku di sana ok... aku nak pergi jauh ni... akau pergi dulu... pergi tak kembali... aku sayang korang...

ikhlas,
Mohammad Aidil Hamzi Bin Abd. Jaafar.

"Pertemuan, kita di suatu hari, menitipkan ukhwah yang sejati, bersyukur ku ke hadrat Ilahi, di atas jalinan yang suci...." bergema lagu itu dalam fikiran Ijam dan rakan-rakan tingkatan lima. Air mata sajalah yang mampu dilahirkan pada saat ini, sesungguhnya mereka sedih dengan pemergian sahabat mereka itu.

********
"Alhamdulillah....Syukur!!" 

terserlah kegembiraan pada wajah Ijam dan Petir, mereka mendapat 9A dalam peperiksaan SPM. Jefry, 8A , Hamzah 8A dan semua pelajar ASPURA ASTK mendapat keputusan yang cukup membanggakan. Kegembiraan itu dikongsi bersama warden asrama mereka Ustaz Mohammad.

Hamzi,
walaupun kau tiada bersama kami
semangat kau terus subur bersama kami
bersemadilah kau dengan tenang
kami sentiasa doakan kesejahteraan kau di sana.
Al-Fatihah~




Sunday, July 1, 2012

Qaneah


Qaneah,
pun tak pernah ada kenalan nama Qaneah ni
pelik jer bunyinya...sepelik budaknya...
hahahah... [carut jugakkk]
qaneah dan aku?
memang rapat...rapan kan??? heheh
kalau x rapat xkn dia nangis masa nk pindah aritu....
heheheh

1. TKE yang pernah berjanji dengan aku
"saya janji xkn buat abg ijan mcm diorang buat abg ijan"
hehehe... tp buat gak kan..hahaha
tak kisah lah...
2. budak baik yg suka nangis
3. selalu kena marah dengan aku masa buat KAS
4. orang yg selalu buatkan kek coklat untuk aku...tp dah lama x dapat...dan tak dapat lagi kot... hehe
5. orang yg selalu aku kutuk sbb clash dgn bf..hahaha
6. dia salah kan aku sbb x ajak dia g lcct masa zul nk g korea..hahaha
7. belanja aku g Gambang! hahah

hmm....semua ni kenangan yg terindah
kenangan yang tak mungkin aku lupakan...
diorang selalu usik emosi aku...
suka susahkan aku...hahahah
kalau tak dah lama aku pergi...
hehehe...
tp lambat lagi kot... hbskan belajar dulu lah...
ini impian aku sekarang....
nk dtg diorang konvo x?
hmmm...masa aku konvo dulu pun bukan diorang dtg...
hahahaha.....
banyak kenangan yg aku ukir bersama mereka...
walaupun aku kadang2 sekadar pelengkap kepada team diorang
walaupun aku adalah orang terakhir yg diundang
tp aku x kisah... buat tak reti je..hahaha...
take care nea...
semoga nea berjaya dalam hidup...
dapat suami yg penyayang mcm abg ijan...
ingat pesan abg ijan tau...
bye2....

Shahdan



shahdan,
1st time kenal orang nama shahdan, sebelum ni shahidan, hahaha
budak tinggi lampai, putih merah2, berdagu panjang dan sedikit hambar...
hahahah... [mengutuk dulu kaedahnya...]
terlalu banyak kenangan dengan dia, setiap ruang dalam ibu zain ada kenangan aku dan dia
sayang?
mestilah...nk tau kenapa?

1. dialah yg tolong hantar aku g klinik kalau aku sakit
2. belikan aku makanan kalau aku malas
3. teman aku g mana2 kalau aku keseorangan
4. selalu tengok aku menangis
5. suka tengok aku senyum dan ketawa
6. tempat aku meluahkan perasaan
7. sentiasa ada saat aku ketawa dan gembira
8. jarang-jarang tinggalkan aku keseorangan
9. orang yg selalu teman aku g cool blog!
10. suka layan karenah aku yang bukan2...
11. orang yg sebabkan aku menangis 3 hari lamanya sbb dia pindah

ok dah... cukup lah tu kan...
3 tahun aku dgn dia, sbb dia dok blok aku kan
jaga MEP dia yang degil dan beremosi..hahaha
masa dia nk pindah, aku bg dia video
video kenangan aku dan dia
siap ada air mata lagi...aku terasa kehilangan dia
sangat2 terasa....
sem depan dia xde aku rasa kosong...
sbb 11 bnda kat atas tu lah aku rasa kosong...
tp aku doakan dia akan dapat yg terbaik..
dapat isteri yang terbaik
dapat kawan yg terbaik
dapat kerja yang terbaik
sebab dia baik....
shahdan,
ingat abg ijan ye...
shahdan kata nk msg abg ijan hari2 kan...hahaha....

Thursday, June 14, 2012

kisah benar ni!

seminggu ni aku lihat drama air mata... orang yg dekat dengan aku tp x perlu lah aku sebut namanya...kasih sayang itu hebat juga sebenarnya...dia bisa menggugurkan air mata seorang lelaki...aku rasa x percaya pun ada...tp itu yg berlaku dan aku lihat sendiri... kasih sayang abg dan adik... biar aku ceritakan pengalaman aku...ini kisah benar....

.:kisah 1:. 

 kisah ni baru je berlaku...salah faham kecil je...tulisan2 dalam blog dan msg akhirnya menjadi mimpi ngeri untuk aku...hehehe... aku x sangka si abang begitu punya sayang pada si adik ni, sampaikan si abg yg aku kenal cukup jantannya menitiskan air mata, sampai habis basah baju aku..hahah...kali kedua jumpa pun sama gak... kesian aku tgk.. apa yg mampu aku buat adalah nasihat dari seorang abg kepada adiknya...aku cuma boleh cakap sabar jer... tu je pun perkataan yg mampu aku fikir... buntu nk menghulur pertolongan..argghhh...kata nk jadi robin hood..heheh...tp akhirnya masalah selesai... kalau dia baca tulisan aku ni..aku nk minta maaf kat dia sbb buat dia rasa x tenang bila adik dia rapat dengan aku... xpe untuk kasih sayang ni aku x nk tgk dia sedih dan kecewa lagi..aku sedih gak...aku akan bina jarak antara aku dan adik dia... bukan sbb benci tp aku nk bg ruang mereka mencambah kasih sayang...=) 

  .:kisah 2:.

ini dari seorang teman...saat aku menegur dia tentang hubungan dia dgn seseorang... dia kata "sama mcm kau gak" aku sentap tp aku diam...sbb aku dah tua...org tua kena bnyak sabar..hahaha... dengan tenang aku bgtau dia... aku dan adik aku x sama mcm kau dgn pasangan kau... demi Allah aku ikhlas anggap dia sebagai adik aku... 3 tahun dia jadi adik aku...kalau aku mcm kau...dah lama kami buat haluan masing2 sbb semua atas dasar 'lain'...tp aku ikhlas...aku sayang dia sama mcm adik aku sendiri...kami gaduh kalau kira sepanjang 3 tahun ni...ratus kali kot...seminggu sekali..hahah...kalau aku x sayang dia dah lama aku tinggalakan je dia...sbb aku blh dapat lebih baik dari tu...tp aku bgtau kau ni k...sbb kami lain dari ko..air dicincang xakan putus ok! sbb tu aku rela..aku jaga dia sbb aku rasa aku bertanggungjawab pada adik aku...biarlah dia buat aku mcmana pun aku tetap sayang dia.... sedih aku tgk ko! .....dia diam dan blah...dan pasti aku akan dicarut dalam laman sosial...hahahha to be continued.....heheheh

Thursday, March 22, 2012

meniti kehidupan

aku tidak pernah mencari kesempurnaan, tapi cukup satu penghargaan...
sebenarnya hakikat hidup ini tidak semanis impian, namun pasrah dalam menentukan perjalanan... dalam ranjau hidup maha hebat ini, kita tak perlu nmpak hebat untuk disanjung, tak perlu nampak kacak untuk disayangi...cukup dengan ikhlas, cukup dengan setia...aku suka cara begini, simple, kenangan lalu aku akan tinggalkan sedikit demi sedikit, kenangan pahit dah lama jadi pengajaran, yang manis sedang aku ukirkan senyuman... sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hidup...turun dan naik itu biasa...aku pernah tewas...aku pernah kalah...aku pernah sedih dan aku pernah ketawa...aku juga pernah menang...

Tuesday, January 31, 2012

PESTA PANTUN INTEGRASI BUDAYA 2012

Salam,
percaya atau tidak UKM akan menganjurkan Pertandingan Pantun Integrasi Budaya 2012, huh...kalau khalid ada impian HAM aku juga ada impian untuk ini..hehehe...dan kami sedang sama2 merealisasikan impian kami... setakat ni ada 8 IPT termasuk UKM akan jadi peserta, percubaan pertama nmpaknya Alhamdulillah...

1. UKM
2. UPM
3. USM
4. UIAM
5. UNISZA
6. UiTM
7. UTM
8. IPGBM, KL

Sesapa yang terbaca blog ni anda dijemput hadir ke UKM, final pada 18hb februari 2012 di Dewan Pusat Pengajian Siswazah. kiranya ni adalah sirkit jelajah pantun... mcm dato nicol david tu jelajah squasy.. heheheh

Thursday, January 12, 2012

redha dan pasrah

kalau kamu tahu kecil hati
saya juga tahu

kalau kamu tahu penat
saya juga tahu

kalau kamu tahu bosan
saya juga tahu

kalau kamu tahu tension
saya juga tahu

kalau kamu tahu membenci
saya blm lagi mahu...

sbb??
saya sayang kamu~
dan
saya ingat janji kamu
"selepas saya mati, baru hubungan ini putus"
dan hari ini
kamu buat saya mati
perasaan saya celaru
otak saya kelam kabut!

Wednesday, January 11, 2012

dedikasi untuk zULhELmI

Assalamualaikum~
post cik janjan malam ni untuk saudara Zulhelmi Abd Razak...siapa dia ni?? dia MEP Usahawan dibawah seliaan cik janjan...

kenapa ada post untuk dia?
sbb dia nak g korea..

tp kenapa untuk dia??
ni ceritanya.... hahah

awal dulu dia tahun 1, komited dalam kelab cik janjan, cik janjan lamar dia untuk jd MEP, sbb dia bagus...mula2 dia tak nak, tapi pujuk punya pujuk akhirnya dia terima, happy btl masa tu...sampaikan masa interview cik janjan x bg felo lain nk amik dia jd TKE masa tu...penat2 aku pujuk orang nk amik plak... cik janjan pernah bg dia surat sbgi kata semangat dan gerak kerja keusahawanan... hahaha.. agak2 dia simpan lagi x?? surat merah tu...hahaha...bgsnya dia ni sbb dia pandai dan otak bisnes, dalam 1 sem jer...kitorang dah berjaya buat 2 program...dia memang ikut cakap dan bertanggungjawab walaupun mata dia x besar...hahaha...namun kekayaan ni blm kami sempat nikmati bersama sbb dia akan pergi...haish...kalau nk tahu masa dapat surat perletakan jawatan dia, menitis air mata jantan cik janjan... sedih btl... sem depan siapalah nk jaga kelab kita mcm zul jaga...dan cik janjan gak request supaya tiada yg menggantikan jawatan dia...biar jawatan tu kosong atau dipangku sahaja..Alhamdulillah, kawan2 dia juga sedih kehilangan sahabat mcm dia... dia kedekut dan berkira tapi dia terbaik sepanjang cik janjan jadi felo usahawan...buat zul, semoga zul berjaya dan pulang dgn selamat...6 bulan akan menamatkan bnyak benda...semoga kembali ke ibu zain...kim salam wonder girl k..hahaha....