WELCOME

...inilah kehidupan

Saturday, December 31, 2011

2011 in memory~

365 hari bukanlah satu tempoh masa yang sangat panjang~ terasa baru semalam aku dapat ucapan tahun baru dari rakan-rakan, hari ini 2011 itu sudah dipenghujungnya...bermacam peristiwa, pahit dan manis dilalui dengan cukup sabar...dalam tempoh yang 365 hari, ada kejayaan, ada kedukaan, ada kenangan dan ada kebencian...aku tak harap bnyak 2012 ni, cukup aku dapat tempuhi nya dengan tabah, bertambah erat kasih sayang dgn family dan mereka yang berada dikeliling aku...setahun dah adik meninggalkan kami sekeluarga, semoga adik dilmpahi rahmat ilahi...2011 dah ada kereta baru, rezeki Allah yg tak pernah putus...tak perlu kaya untuk bahagia, cukup segalanya kalau bersederhana... 2011 gak menyambung pengajian aku dalam bidang yg amat aku minat..sastera melayu...hahaha...Alhamdulillah~ dan 2011 ni, doktor bgtau buah pinggang aku bermasalah..huhu...aku redha...
semoga mentari 2012 esok akan membawa sinar harapan untuk aku dan keluarga, untuk kawan2 dan semua yang sayang aku...aku doakan korang berjaya dan terus berjaya....love u~!

Monday, November 21, 2011

dari hati cik janjan

nak gelarkan diri aku ni ~ cik janjan lah~
ok hari ni cik janjan nak cerita pasal seseorang, tidak lah seistimewa mana, tapi raapt jugalah dengan dia, haish...cik janjan kenal dia sbb dia join kelab cik, pastu dia jadi orang penting kelab, banyak jugaklah yg kami rancangkan bersama, dan 2 program kami sudah berjaya, Alahamdulillah, selepas beberapa cerita cintanya seakan menjadi buah mulut, dia kian berubah....dia x mcm dulu...cik janjan perlukan dia yang dulu...dia yang semangat... bukan dia yang hambar... haish rasa nak salahkan takdir plak sekarang ni, sbb cinta itu dia mahu pergi, kalau dia pergi siapa nak jaga kelab cik janjan...cik janjan x mampu nak uruskan sendiri...nak dirayu, itu masa depan dia dan dia ada hak untuk itu, sbnarnya jauh disudut hati cik janjan support dia pergi...biar dia rasa tempat orang...tapi dalah satu bahagian hati lagi..cik janjan sedih...rasa nak nagis pun ada...kalaulah dia tahu dan baca tulisan ni...cik janjan nak dia tahu..cik janjan kagum dengan dia...dia yg terbaik untuk kelab cik ni... kalau itu keputusan dia, cik janjan rela...kami akan doakan dia berjaya~

Wednesday, October 26, 2011

politik oh politik

isu politik kampus tidak pernah mahu sampai kepenghujungnya~ sehari ke sehari begitu bnyak isu panas yang kita dengar, dari blog, dari golongan akademik, dari mulut ke mulut, aku hairan sehingga bila segalanya akan berakhir? mungkin tidak akan berakhir...bila membaca setiap tulisan yang muncul, aku berfikir tentang sesuatu, kita mahu mengubati atau terus menyimbah cuka pada luka yang memang berdarah? kenapa kita tidak menjadi orang tengah yang memulihkan segenap salah faham, dari terus tampil menuduh dan menuding jari?

awal aku masuk ke bumi UKM ini waktu itu ASPIRASI memegang tampuk kepimpinan,awal MMM mereka dtg beramai2 bertemu dgn pelajar2 baru, memberi risalah dan sebagainya, menjelang hari undi beberapa bulan selepas itu, pelbagai risalah masuk bawah pintu, kami junior masa tu x tahu apa2 tentang politik kampus ni, menjadikan risalah dari kedua2 pihak sbgai bahan cerita kelakar, sbb apa?? dua2 cuba memburukan antara satu sama lain, disamping senior2 bgtahu kalau x undi aspirasi akan dibuang kolej, masa tu kami junior masih takut dgn isu buang kolej, lebih2 aku yang dtg dari kampung ni, klau kena buang kolej nk dok mana? mak dgn abah bukan oang senang. tapi itu cerita 6 tahun dulu, waktu aku tahun 1, hingusan lagi masa tu. apa yang pelik waktu itu, sewaktu barisan PMUKM dtg jmpa junior, senior2 kami, akak2 dan abg2 PC buat muka, dan mengutuk PMUKM, tp selepas MMM kami dikerah masuk kelab Aspirasi, diorang kata kalau masuk kelab ni confirm stay kolej! tp aku masa tu yg cukup gah dipentas debat dan pantun, aku cuba untuk tidak join, aku ckp dalam hati, diorang nk buang aku x kalau x join..hahaha..jahat gak tu...masa kawan2 hntr borang aku x hantar...kAWAn2 trn warna banner calon aku tgk jer dari atas bukit, kawan2 x g kelas esok nya sbb sibuk jadi jentera, aku pun tgk jer...semangtnya kawan2 ni...masa hari mengundi, aku tanda mana2 jer..tak tahu pun mana aspirasi dan mana GMUKM (kalau x silap MAMPU masa tu) akhirnya aspirasi menang, smua warga jentera happy~ sbb berpenat lelah, sbgi habuan dptlah g sungai congkak....x berbaloi pun..hahah... selepas menang aku tgk sama jer..xde apa pun yg jadi lebih baik...dari sebelumnya...

masuk tahun kedua, aku jadi MEP , budak yg x join jentera ni jadi MEP? hehehe... dan masa tu aku tgk kawan2 aku yg jadi jentera dulu ada yg dibuang kolej kata orang sbb diorang join TSB dan masa tu aku pun memang tak tahu apa bezanya TSB dgn Aspirasi tulin...bodohnya aku pasal politik masa tu, seperti biasa waktu 3M PMUKM dtg, kami sambut dgn baik, dan selepas tu ada lagilah kelab aspirasi, aku tetap perjuangkan kelab usahawan aku jer...join aspirasi dpt apa,,join usahawan dpt ilmu niaga..lagi best..masa tu lah...satu masa ada perjumpaan PMUKM dgn budak thn 1 dan MEP, kira lawatan pemimpin melihat nasib rakyat lah...malam tu kami barisan MEP hadir...kami tuntut bas naik ke ibu zain, president masa tu Mazuan rasanya~ dia bgtahu kami x boleh janji..aku cabar dia, kalau x boleh janji jgn jadi president, sbb dah bertahun2 kami buat aduan dan rayuan untuk dptkan bas ke ibu zain, xde satu pmukm pun yg mampu menaikan bas tu ke ibu zain...kawan2 lain menyokong, sampai waktu hbs slot tu diorang pergi tnpa bersalam dgn kami,kami x kesah, kalau mahu jd pemimpin ini lah yg kamu perlu terima..hahah...selepas tu nak pilihan raya lagi, jentera wujud, sapa jadi jentera disuap dgn rokok dan nasi goreng ayam, ramailah jnr yang dtg...haish..wlaupun mas tu aku MEP aku tak lah join sgt..aku tgk2 jer...sbb pemikiran aku masih sama...apa yg diperjuangkan oleh kedua2 pihak masih kabur~ mcm ayam bercakap dgn itik...x tahu siapa betul...

masuk tahun 3, kawan aku K.E ibu zain, dia tegas, aspirasi dibawah takluknya, dia uruskan smua, keadaan masih sama, sampaikan masa hari mengundi aku yg bodoh politik ni jer yg trn mengundi wakil pelajar tahun akhir, mana kawan2 aku yg sibuk jadi jentera dulu eyk masa thn 1? mana jnr2 aku yang terpengaruh dgn rokok dan makanan percuma tu yerk?? senario politik ini tak pernah berubah, keadaan masih sama, dan yg pelik mas tu, mereka mencalonkan mereka yg tidak aktif dikolej, apa tu?? sekadar ada orang nk bertanding supaya pembangkang x menang percuma...hahahah...ada seorang sahabat berkata, kalau mcm tu letak kucing tepi jalan tu bertanding pun boleh..hahah...

masa terus berlalu, aku jadi felo, tapi aku tetap melihat senario yang sama, walaupun setelah bebrapa tahun ibu zain dapat bas untuk naik atas, terima kasih pada yg masih berjuang untuk itu...rasanya tupun usaha MEP kebajikan bukan PMUKM, dah jadi felo aku masih sama, politik kampus ni sgt keanak-anakan...bila junior masuk dan sibuk dgn aspirasi dan GM segalanya, aku hnya senyum dan berkata, apa yg kau juangkan? dan apa kau dapat selepas perjuangan ini berakhir? result kau yang teruk tu akan meningkat jd baik?? tdak...kepimpinan akan jadi lebih baik?? itu bergantung pada pemimpin tu sendiri....

dan hinggalah hari ini, GMUKM memegang takhta, 6 tahun yang aku rasa tiada fungsi PMUKM hari ini masih sama, tergelak2 baca manifesto nak bertanding, nak buat itu dan ini, mana janjinya?? walaupun janji hnya sebuah mesin RO water di FSSK...dan ATM di FST...kami masih menuntut...jgn jadikan janji tinggal janji, dikolej pula masih lagi ada yg cuba menggerakan gerkaan rahsia pihak yg tewas, memperjuangkan kononya...sehingga hari ini aku menanti hasilnya....aku tak memandang rendah kepada kedua2 pihak, tp alang2 bergaduh dan memfitnah antara satu sama lain, cuba buktikan kepada kami rakyat jelata ni kamu mampu...dua2 pihak juga diterajui leh mereka yang disebut ISLAM~ mungkin tulisan ini dilahirkan dari sudut pandangan mata dan pengalaman, sekadar berkongsi...

Monday, October 17, 2011

tak matured ke ngada2~

hai nasib~
sukar sekali aku nak duga apa yang berlaku dan akan berlaku,
bila kita baik, kau plak buat taik, mcm2 cerita aku dengar pasal kau kutuk aku, tapi aku tak kisah pun, sbb apa yang kau buat tu akhirnya akan kembali pada kau, kau dtg dengan muka tak bersalahnya, tak ke kau sedar kau tu sebenarnya gunting dalam lipatan, musuh dalam selimut, selepas ni aku tak nak ambil tahu pasal kau, apa kau cakap semuanya dusta, sbb aku dah rasa..kenapa kau nak ambil apa yang aku ada? kau puas dgn sakitkan hati aku? hahaha..kau silap sebenarnya...semua tu akan buat kau lebih kecewa dan tertekan sebenarnya...kau fikirlah baik2...apa gunanya semua yang kau buat ni? aku takkan mati dengan cemburu...aku takkan lemah dengan carutan dan umpatan kau~ kau malukan aku depan junior...silakan..kau boleh cerita apa sahaja depan jnr...mulut kau kan...tapi lama2 jnr akan tahu jugak siapa kau sebenarnya..aku tak perlu buat semua tu...org akan kenal kau!

Thursday, October 6, 2011

kehidupan




damai itu ada~ setiap yg berlaku ada hikmah disebaliknya...jadikan yg buruk itu pengajaran dan yang baik itu ikutan...benar kubur kita lain2..tapi dipadang masyhar nnt kau ditanya aku juga akan dipersoalkan...

Wednesday, October 5, 2011

Sunday, September 4, 2011

tell me how?!

macamanalah aku nak kerja dengan kau kalau dalam hati aku ni dah siap sedia aku tak suka perangai ko!haish....terpaksa lah hipokrit!!! aku rasa baik aku blah jer...lagi senang...kenapalah ko ditempat itu dan bukanya orang lain..dah lah x cantik~ perangai plak pelik!~

SELAMAT HARI RAYA

30 OGOS 2011~ bersamaan dengan 1 Syawal...sebulan berpuasa, puasa sorang2 di kolej, agak boring, tapi awal2 puasa bersama mak dan abah..cool ok~ hehehe....sepanjang puasa tak ada apa yang menarik untuk dikongsi selian daripada puasa, buka dgn 3 kpg roti setiap hari dan berterawih...cuti raya seminggu perlu aku gunakan sepenuhnya...heheeh... beraya sakan aku dengan kawan2 baik aku..ekyn, meg dan leha~ riuh rendah...selagi tak jejeak malam memang tak balik lah kitorang, 1st hari raya, pagi2 lepas subuh menziarahi kubur adik~ hampir setahun adik pergi, dan ini kali pertama kami sekeluarga beraya tanpa adik~ menitis air mata aku sewaktu membacakan yassin untuk adik...sayu sekali...semoga roh adik tenang di atas sana~ raya kedua, aku tak pergi mana2...duduk rumah jer...tunggu pakcik dan makcik datang kerumah~ raya ketiga aku ke kulai umah ekyn...meriah raya ok...hahaha...



dari kulai kami ke JB~ seronok betul merayap~ heheh...sekejap jer masa berlalu....haish dah kena balik semla UKM~ ada tanggungjawab perlu diselesaikan...

Tuesday, August 23, 2011

Subhanallah~ berikan aku kekuatan

hari ni...
sedih melanda hati~
dah lama tak rasa mcm ni
dalam semangat yang berkobar-kobar
aku luluh dalam kepayahan
aku tersungkur dalam mencari jalan terang
Ya Allah~ padamu aku berserah
serahkan semuanya pada mu
sesungguhnya kau tahu apa yang terbaik untuk diriku
andai ketntuanmu begini aku pasrah
dan andai sebaliknya aku juga pasrah
namun dalam keredhaan aku menangis Ya Allah
sesungguhnya berikan aku sedetik kegembiraan
untuk aku terus bernafas
dalam kepayahan
aku memilih jalan mencari ilmu Ya Allah
namun langkahku tak bertopang
terhincut-hincut minta dipapah
ditolak aku jatuh
rebah dalam lumpur
aku buntu Ya Allah
aku menanti hikmahmu penuh sabar Ya Allah
sesungguhnya kau maha berkuasa~
aku insan kamil yang penuh dosa
andai kesedihan ini adalah penawar kepada dosaku
aku redha
andai ujianmu ini adalah untuk menjadikan aku lebih kuat
aku juga pasrah
kerana aku bernaung dibawah lembayung kasihmu~
andai benar ada yang terbaik untukku
tunjukanlah
Ya Allah~ taubatku padamu
Ya Allah~ kau memiliki nyawa ini dan kau berhak mengambilnya kembali
Ya Allah~ biarkan aku pergi dalam imanku tegak kepadamu
membilang hari hayat hidupku
ibarat jam detik yang menti untuk meledak...

Monday, July 18, 2011

stupid

"dalam dunia ni ada 2 jenis orang, pertama yang bertuah, dan yang ke dua adalah orang bodoh..."

~ bodoh ke aku menanti di sini hanya untuk 'kasih sayang'?

~ bodoh ke aku menolak semua tawaran kerja hanya untuk menanti 'adik' habis belajar dan selsaikan tanggungjawabnya?

~ bodohkah aku terus menyayangi mereka yang tidak pernah menghargai aku?

~ bodohkah aku mengharap pada satu janji yang tak pernh ditunaikan?

~ bodohkah aku??

Thursday, July 14, 2011

mana hujung minggu ku?? (errkk..)

huaarrgghhhh!!~ sebulan yang sangat penat..dengan kursus setiap hujung minggu aku belum lagi dapat menikmati keindahan hujung minggu yang cukup tenang~ boleh bgn lambat dan boleh tak mandi sampai petang!!~ hahaha....kesian aku dan kawan2 yang sama2 bertungkus lumus untuk menjayakan semuanya..kursus induksi felo, kursus induksi JAKSA, kursus PC and esok kursus pembina, sebelum2 tu pun ada gak gerak kerja..tapi aku seronok dgn semua ni bnyak pengalaman yang aku timba dari pelbagai ragam orang...bila aku btl2 dapat cuti, aku nak balik kampung!!!!hehehe...nak puasa dgn mak dan abah!!~

Friday, June 17, 2011

sambungan X

X call...dan aku angkat panggilanya...OMD! teettt....terpana aku seketika, nasib baik hp aku murah tak boleh MMS~ kalau x aku dah siarkan wajahnya disini..hahaha....X semakin baik plak..hari2 ada panggilan dari dia..kadang2 aku angkat, kadang aku tak layan pun..malas...aku berfikiran terbuka~ bukan bermakna aku suka dia...

Friday, June 10, 2011

kisah si X

hahaha..kelakar lah sungguh bila tiba-tiba dapat pesanan sms daripada seorang yang tidak aku kenali~ haishh...bila ditanya tak mahu beritahu nama, lelaki atau perempuan pun aku tak pasti...berhari2 dia kerap telefon dan sms, panggilanya tak pernah aku jawab, sebabnya aku tak kenal dia siapa, sms nya aku balas sekali sekala...tapi ada sesuatu yang aku cukup curiga dan tertanya2...dia tahu tentang aku! di FB hmm rasanya tidaklah aku ceritakan semuanya...

aku gelarkan dirinya X sbb itu yang terbaik dari letak nama bukan2 dan maki-makian..hahaha... dia caring sgt dengan aku, tiap2 malam hantar mesej, gud nite, gud morning...dia tahu aku tak sihat..aduhai..kalau aku tau kau siapa aku mesti jatuh cinta...ha cinta?? itulah yang dia harapkan..aku takut sbnrnya...sbb aku ni choossy sikit..hahah....dan kalau tetiba bercinta eyh lelaki rupanya..masalah negara..takkan aku nak bawak balik menantu lelaki untuk mak aku..mau pengasan mak dgn abah aku..hahah...bila aku tnya kenapa aku?? dia kata dia kagum dgn aku!~ hahahah...lawak yg kedua dia buat selepas 2 minggu aku secara halimunan berkawan dengan dia..hahaha

dia suka baca blog aku, dia kata...dia tau semua pasal aku dari blog aku, dia kata dia dah kerja, nak bg aku mcm2..haish...aku pun dah kerja..mcm2 tu mcm2 lah..hahaha aku takut...dalam dunia ni mcm bnyak sgt benda macam ni, tp X cakap dia jujur...haish...X kalau X baca entri ni, sorry to say, saya bukan x suka, tp saya pelik....hahahahhaha...nanti saya sambung lagi yer...nak g kelas...tanggungjawab ni..bubye... terima kasih topupkan saya, dan jgn ambil serius pasal HP baru tu yer...saya belum sedia nak terima....

Wednesday, June 8, 2011

hambik kau!~

ini kisah seorang budak~
pelik dan membosankan
awal2 pertemuan
ditemukan dalam satu bidang yang sama
namun berbeza kelebihan
aku jurulatih/felo
dia cuma freshie
kenal x sampai seminggu
dia dah tahu nangis dibahu aku
tak kisah lah tu

dia duduk blok aku
adeih~ kenalah jaga dia
awal2 tak susah nak jaga
sbb dia pun masih baru
tapi lama2 dia makin banyak karenah
euwww...bosan ok~

bila dia jadi MEP
aduhai~ lagi teruk
perangai yang pelik makin pelik
aduh..kalau ko terbacalah
coretan ni
aku nak cakap, aku memang....
memang banyak sangat kutuk kau!
sbb...ada sbb ok...
sebab ko tu cepat sangat terasa
aduh..adik2 lah kau!
kau tu suka sangat feeling lebih2
down lah kau...
kau over emotion
(eyh macam dah ulang jer)
ko ada perangai pelik yang menjengkelkan!~
bnyak nya dosa...dosa kau
bukan aku..hahaha

tapi masa berlalu
memabawa kita kepada dimensi kematangan
masa aku sedih,
kau hantar mesej
macam kau tahu aku tngh sedih
masa aku hilang orang yg aku sayang
kau turut sama memberi semangat untuk aku terus hidup
kau kata kau pernah melaluinya
ya...aku faham
terima kasih untuk setiap semangat yg kau tiup

mulai sat itu,
aku mahu kau jadi kuat
perkara lepas biarlah jadi sejarah
kau pun tahu aku bnyak kutuk kau
hahaha....
aku nak kau tabah
aku tak nak kau lembik
aku tak nak kau cepat terasa....
aku kutuk kau depan2
time buat pgram bila aku bengang ko jadi tempat aku maki
sbb....ada sbb gak k
aku tak nak kau terus leka dan lemah
aku tak nak kau terikat dgn kasih sayang
macam aku

masa ni aki makin kenal kau
bnyak kot bnda yg terkongsi bersama
dan banyak juga benda bodoh yg kita buat sesame
hahaha...
tapi nanti bila aku dah tak de kat sini
kalau ko kutuk2 aku
aku doakan 'buah' ko hilang selamanya
hahaahah....

ingat tu,
aku tak boleh selamanya dengan kau
sampai satu masa aku terpaksa berundur
aku akan pergi
ko??
tinggalah kat sini
hahaha...
padan muka....
selamat malam...
kalau dia baca mesti dia faham ini untuk dia...
hahaha...

Tuesday, June 7, 2011

warna-warni kehidupan.....

pengalaman kehidupan banyak mengajar aku erti hidup, dalam tak sedar usia kini beranjak kesatu dimensi baru yang lebih luas, yang lebih menuntut banyak pengorabanan hati dan perasaan, banyak menuntut dan mengajar aku erti tangungjawab, aku sentiasa mengharapkan sinar mentari esok membawa khabar yang paling gembira buat aku, benar kata orang penantian satu penyiksaan, dan aku berharap penderitaan dan kesedihan semalam tidak lagi akan berulang sampai bila-bila, aku dah penat menangis, aku dah penat bersedih, sehinggakan aku tak tahu mengapa air mata ini terlalu mudah mengalir, aku lelaki, lelaki perlu kuat, lelaki perlu tabah, lelaki tak boleh merengek, lelaki tak boleh menangis....namun sekali sekala hati ini perlu menangis agar ia tahu bahawa hidup tidak selalunya ketawa...owh...aku tahu itu, dan aku tak mahu itu....semalam yang aku tinggalkan penuh dengan cerita, suka dan duka, ketawa dan airmata, memainkan dan dipermainkan, mengata dan dikata, memujuk dan dipujuk, dan paling pedih bila diri ditinggalkan oleh orang yang paling disayangi~ aku tak mahu ingat lagi kenangan 2010 yang pahit, tiada satu pun kemanisan yang mahu aku kenang...2010 bukan dimensi yang baik untuk aku, dan keluarga...ya aku pasrah pada suratan takdir dan aturan kehidupan~ tapi sampai bila??? sehingga aku tega membina azam, aku tak benarkan air mata ini mengalir lagi~ Alhamdulillah, aku bersyukur hati ini sedikit demi sedikit ia kuat, ia pejal...ia kering, kutuklah apa pun, aku tak kisah, buatlah apa pun pada aku, satu hari aku akan balas balik...hidup aku kini untuk aku, abah dan mak, setelah adik pergi kami menjadi sangat rapat, kami pasti merindui adik~ perginya kepada penciptaNya adalah sesuatu yang tidak kami rancang tapi telah tersurat didalam takdir Ilahi, dan kami redha~ makam adik telah kami bina indah, bersama titipan doa semoga adik bahagia dan tenang di sana bersama pencipta sekalian alam~ hidup aku?? masih lagi disini, mengutip pengalaman, menyemai kasih sayang, menitip bantuan~ terkadang penat, terkadang bosan, terkadang give-up!! sampai bila harus begini, kawan2 sudah ramai yang sudah terbina kehidupan, ramai yang dah mula mengecap kebahagiaan, dan aku, aku bahagia, dan aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang, persoalanya sampai bila harus di sini?? adakah sama seperti mereka2 yang dah berusia itu?? risau juga~ tapi setiap kali ada peluang melangkah aku mesti berpatah balik, kenapa ya? badi sungguh tempat ini~ beratus2 adik2 telah aku bimbing, seawalnya aku sambut mereka dan akhirnya aku juga menghantar mereka pergi~ aku tak mahu menjadi hamba yang tidak bersyukur, dalam diam pengajianku menemui penghujungnya, Alahamdulillah~ tak perlu dihebahkan, tesis, viva, xm, keputusan dan semuanya, dalam diam aku juga mampu menamatkan kembara pendidikan, insyallah kalau ada rezeki, aku akan kembali menyambung pengajian, kerana jalan2 ilmu ini tidak pernah berakhir, biarlah....setiap orang ada jalanya, dan setiap orang berhak memilih jalan hidupnya sendiri....kita hanya mampu merancang, Allah jua yang tahu baik dan buruk setiap yang berlaku~

Monday, May 23, 2011

saya sayang awak~



saya sangat sayangkan mereka yang berada disekeliling saya...maafkan saya kalau saya ada buat silap...maafkan saya kalau saya ada tersinggung perasaan sesiapa...kadang2 saya rasa saya cuma mahu melakukan yang terbaik untuk mereka yang saya sayang...tapi saya tak sedar bukan semua orang suka...maaf....dan dalam video tu dia dermakan mata, tp saya x buat smua tu..tp saya cuba untuk menunjuk jalan saat kalian tidak nampak...saya benar2 sayang kamu...

bila kamu sudah dimiliki.....


dulu-dulu,
masa tu kamu rapat sangat dengan saya,
kita rapat,
saya anggap kamu macam adik beradik saya sendiri,
segalanya bersama,
tapi kamu semakin dewasa,
saya faham selamanya saya tidak dapat memegang kamu,
kerana satu hari kamu akan pergi,
bersama mereka-mereka yang kamu sayang,
awalnya saya akan sedikit terasa,
kerana apa?
saya yang jumpa kamu dahulu,
saya yang jaga kamu dulu,
dan saya yang rasa sayang kamu dulu,
macam adik2 saya,
tapi tak mengapa,
asalkan kamu semua bahagia,
hati yang terasa ni?
ala...lama2 dia akan ok sendiri,
bila kamu mula ada seorang yang kamu sayang,
dan ada orang lain yang sayang kamu,
pada hubungan yang lebih istimewa,
ya..mereka ambil kamu dari saya
seorang demi seorang,
hahaha....
saya doakan,
kamu semua bahagia,
bersama dia,
atas dasar CINTA

Monday, May 16, 2011

hanya kerana sedikit jasa~

kenapakah begitu sampai hati kau mengungkapkan itu?? apa masalah kau sebenarnya?? bila aku kongkong kau?? bila aku kawal kau?? tulah...masa mulut aku jahat dulu kau kata aku jahat, bila aku diam, kau plak minta mulut aku cakap bukan2...manusia tak pernah puas...aku jaga kau, aku tolong kau dan kawan2 kau...ini balasan kau pada aku??? bila aku atur hidup kau?? hidup kawan2 kau?? bila? kau menuduh aku dengan begitu hina... seakan aku lah punca segalanya...tapi kau tak tahu apa yg berlaku sebenarnya...benar cakap orang.. terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata....ko faham2 lah sendiri... fine!! aku takkan amik tahu lagi...aku takan paksa kau buat apa2 lagi... kalau aku seorang guru...aku dah haramkan semua ilmu yang aku beri...tapi aku tidak sezali itu..sebab aku sayang kau...mcm adik aku sendiri...hari ni memang aku kecil hati...tapi tak plak terniat untuk pinggirkan kau dari hidup aku....aku minta maaflah kalau selama ni kau rasa aku mengawal dan mengongkong kau dan kawan2...aku tak perasan...

silap aku kot~

kau tahu...setiap hari aku ingatkan kau...setiap hari aku akan kata aku rindu kau...dan kau balas rindu aku juga...tapi mana bukti rindu kau?? mana janji kau kata sayang aku?? kau tipu kan?? sebab aku tak pernah ada dalam hati kau...aku tak pernah wujud sebagai orang yang kau sayang...hahahah....satu dah pasti satu hari kau akan pergi tinggalkan aku..sbb kau memang orang mcm tu...2 hari lepas hari jadi aku~ aku tak harapkan kek atau sambutan apa2...cukup untuk kau wish pada aku...kalau x jadi orang pertama mungkin yang kedua...brpuluh-puluh mesej masuk, namun bukan kau...hinggalah keesokan harinya...aku sendiri mesej pada kau yg arini hari jadi aku...hahaha...kenapa eyk aku buat mcm tu?? ntah aku tak tahu...bila kau tanya aku marah ke x? aku tak tahu apa jawapanya...aku dah 26 tahun...aku takkan jadi budak2 yang menangis minta disayang dan dibelai...aku biarkan mesej demi mesej menerjah masuk ke inbox..aku tak ada perasaan...walaupun malam tu meriah nyanyian lagu happy birthday untuk aku dan sebiji kek yang sedap....silapkah aku sbb sayang kau?? entahlah...walu apapun aku tetap pegang janji ni..aku sayang kau bukan sekali tapi untuk selamanya...biarlah aku sakit...biarlah aku derita...xpe...tapi aku hairan...kenapa kau boleh plak hargai orang lain dan tidak aku??? hahahhaha.... manusia tidak sempurna..ah..alasan.....hahahaha....

Sunday, May 15, 2011

HAPPY 26TH BIRTHDAY

aku rasa meningkat usia aku ke 26 tahun maka sudah setahunlah blog ini wujud...heheh... apa yang berlaku untuk sambutan 26 taun ini?? hmmm....cukup menyakitkan hati dan mengundang geram dan air mata, kali ini ia disambut ketika aku di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu, fasilitator untuk Kursus Induksi MEP 2011/2012, kronologi ceritanya agak menarik, kami tiba di Batu Burok jam 12 tengahari, cuaca sangat panas, pas makan tidur dan solat, 2.30 kami kumpul semula untuk sesi ice-breaking, tiba2 smua MEP tarik muka dengan aku,tak faham betul ni....its ok... dan bila sart keluar perkataan, "jangan layan dia"....aku dah mula rasa x best pun...semua yang abg man buat selaku moderator dah tak berjaya menarik minat aku lagi, aku buat tak tahu jer...sampai petang...hp aku plak hilang...dah lah aku bengang dgn budak2 tu, hp plak hilang...bertambah tension, aku kol cdiq untuk amik aku kat resort dan bawak g beli hp, nasib baik ada cdiq kat t'ganu....bila sampai betul2 depan kedai hp, chang ee kol cdiq bgtau supaya aku jgn beli hp...kononya hp tu dah dijumpai oleh receptionist... aku dengan bengang balik semula ke resort...dah dapat hp, makan malam sorang2...dan sepanjang malam untuk game perang2 tu aku xde mood lansung...buat2 happy jer...buat2 ketawa...lebih kurang pukul 1 pagi..game pun tamat dan balik lah semua ke resort dgn penat lelahnya, dengan baju yang penuh dengan tepung (bukan kerana sambutan birthday, tapi kerana berperang)...sampai di resort aku disambut dengan sebiji kek coklat yang di atasnya tertulis "happy birthday abg ijan yang ke-26" dibawa olah aty fadzil yang bgtau jagn layan aku!!! arggghhhhh!!!! kenapa setiap kali sambutan birthday mesti ada mcm ni?? dan abdillah yang sama2 bersekongkol dalam menjayakan misi adalah orang yg kononya menjumpa hp aku..hahaha...down ok!!! terima kasih pada korang...ini kali ke2 sambut birthday macam ni...huhu...namun sedikit terkilan, bila orang yg kononya paling dekat dgn aku tak menghantar selembar mesej pun pada hari itu..hahah...hingga aku yang beritahu sendiri "today is my birthday" hahaha....its ok...im 26....

Thursday, May 12, 2011

Majlis Eksekutif Pelajar

masa teruskan berputar....menyintai kamu penuh rasa sabar....
sakit hati ini bila ditinggalkan...

3 tahun berlalu terasa terlalu pantas...dan sepanjang itu sudah 3 generasi MEP bersama ku...maknanya 42 orang semuanya...ramai sekali...hahaha....dan setiap tahun itu, aku pasti sukar untuk membuat keputusan untuk diri sendiri, mereka menjadi keutamaan ku... aduh..sampai bila agaknya...lahir generasi baru ini 2011/2012, aku cuba menjarakan diri dari mereka, bukan aku membenci dan bukan aku tak sayang...tapi aku takut, takut sekiranya aku terlafaz janji...aku takut andai aku terlebih menyayangi...itu yang paling aku takuti, aku perlu cari masa depan...aku perlu fikir masa depanku sendiri...tp bukan bermakna aku tak sayang...sementara jasad ini disini,aku akan terus membantu, aku akan terus mencurah ilmu, aku akan terus dan terus dan terus....hahaha... langkah pertama aku dan mereka baru bermula, merancang aktiviti, takwim dan sebagainya...awal2 perlu dipimpin..nanti bila dah pandai berjalan dan berlari, aku pun akan ditinggalkan dibelakang...hahaha....aku beritahu mereka yg baru ini...aku terlalu sayangkan batch 2010/2011...sgt sayang...aku ceritakan pada mereka semua yg kami lakukan bersama...dan yg baru ini seakan mengharap segala yg sama...sayang, saya ajar kamu memancing....dan saya takkan pernah beri kamu ikan...sebab dulu mereka ada yg melukakan hati saya dengan teruk...dan saya menangisi kelukaan itu....andai ditakdirkan saya terus disini, saya pasrah...dan kalau saya perlu pergi......saya akan pergi....

Monday, April 18, 2011

...entah mengapa perpisahan yang kau pinta

akhirnya,
dalam ketawa gugur juga air mata,
dia akan berkahwin!
ya berkahwin dan membina keluarga...
mana janji-janji dulu??

awak,
dulu kita pernah bahagia,
seperti remaja lain,
dating, bercerita tentang alam dewasa,
dan merancang warna pelamin hari indah kita...

awak,
dulu kita berutus surat cinta,
kata-kata cinta yang indah,
semangat untuk terus berjaya,
dan membina keluarga bersama....

awak,
setelah 5 tahun,
cinta remaja kita putus ditengah jalan,
kerana orang ketiga,
dan awak...menghapus semua janji setia,
saya seorang lelaki,
ada ego, ada maruah,
adakah mampu saya melihat awak bersama orang lain?
adakah mampu saya terima yang awak cerita semua tentang kita pada lelaki lain?
adakah saya mampu untuk menerima awak memgang tangan lelaki lain sblm saya pernah menyentuh awak?
hhahahahhaha....hati lelaki ini ada tahap sabarnya...
hubungan itu putus,
di malam hari jadi awak,
dan itu bukan hadiah hari jadi awak...
lelaki itu terlalu yakin menyatakan "biar dia memilih..antara aku atau kau!"

hubungan itu terputus,
satu masa kita kembali berhubung,
awak kata hubungan awak dan dia tak direstui keluarga,
saya macam happy..tapi tak tahu kenapa...
tapi bila awak beritahu,
"saya akan kahwin"
saya celaru....
dan saya harap dapat jumpa awak
sebelum awak sah menjadi milik dia....
kita bertemu...
dan pada pertemuan itu,
setelah 4 tahun kita tak jumpa...
saya terkejut...
awak dah berubah..
mana baju kurung yg melitupi badan?
mana tudung yg sedikit labuh dulu?
ah..serius saya kecewa...
aksi2 manja awak dan dia
melatari pertemuan kita....
ah..saya sekali lagi kecewa...
saya tahu awak akan bahagia dengan dia
tapi hormati perasaan saya
hormati kenangan silam kita...
untuk terakhir kali ini...

setelah itu saya pasti,
mengengam erat kad jemputan perkahwinan mu
saya berlalu bersama hati yang hancur...
air mata adalah jawapan kepedihan hati ini...
ia mengalir dan mengalir...
saya doakan awak bahagia...
dan mesej terakhir saya...
"lenyap sudah sejarah silam kita,
kisah silam percintaan dua remaja,
saya doakan awak bahagia,
hati saya?? ia sudah biasa terluka...
dan anggaplah kita tidak pernah mengenali antara satu sama lain...
selamat pengantin baru...sayang..."

Sunday, April 10, 2011

ini tentang mereka...

beberapa hari saja lagi mereka akan tinggalkan saya, mereka yang sentiasa bersama saya, mereka yang simple jer, mereka yang best, mereka yang sentiasa buat saya ketawa dan tersenyum, dan kali ini mereka buat saya menangis...saya pasti saya akan menangis~ namun pertemuan kami pertemuan ilmu, dan berpisah kami juga kerana berkat ilahi, kami yakin, dimana pun kami berada, dalam hati kami tetap takkan lupa~ ok nak mula satu2, kalau cakap mcm tak lepas, tapi tulis boleh luahkan segalanya....

DANI ~ dia ni cukup simple, dan yang penting tak menyakitkan hati, best kawan dengan dia, selalu jer aku kutuk2 tempat tinggal dia, sebab kiri, kanan hutan jer..hahah.. tp dia ok jer...sempoi giler...dani!! abg ijan pasti akan rindu dani nanti, dani yang sempoi, dani yang simple, dani yang paling neutral...kalau abg ijan dok lobi pas ni mesti ingat dani punyer...jangan lupa abg ijan plak yer...kawin nnt jemput..sbb abg ijan nak bgtau kat husband dani, yg dani ni keras macam kayu!! hahahha...dan 1st time tgk dani menangis kat Ampang..hahahah

DAYAH ~ dia ni pun best, simple, sama mcm dani, sbb tu diorang freinds forever tahap cium2 mulut lah...hahah....perempuan yang simple, perempuan ke?? aku kenal family dia, dah g umah dia 2 kali kot, mak dgn ayah dia sporting tp takut aku kidnap anak lelaki dia..hahah...i normal pakcik, makcik...hahah...dayah!! i'll miss u...dok lobi ingt kamu ..lalu kat tol simpang ampat ingt kamu..hahah...bnyak btl kenangan kita... tak tahu mcmana masa korang balik nanti...

IKA ~ budak ni penuh dengan pesanan mak nya..hari2 ada pesanan mak..."mak ika kata.." hahha...dia ni emo like2 ni..hahaha...tp dia ok..best...dengan ika bnyak gak kenangan, marah dia, apa2 lagi lah..hahah..sapa suh jadi MEP! hahha...abg ijan akan rindu ika....

AIN ~ wanita gagah perkasa...hehehe...ain adik yang baik, tp emosi nya melampau..hahah last program dengan ain di ampang...best..lama tak pgram dgn dia..MEP usahawan yang berdikari..dan tabah...untung usahawan berlipat ganda...hehehe...tq ain jadi mep usahawan..walaupun awal2 x nk..sekarang ain ada dalam susur galur keusahawanan yang hebat...abg ijan 1st sebagai wali songo..hahah

NAIM ~ naimmmm!!!!! miss u..muah2...naim best..suka kawan dgn naim...kita mcm sehati sejiwa kan...boleh masuk tema lady gaga dgn a.emi dan a.cdiq..hahah...naim budak baik, manja...pandai belakon..suka tgk dia belakon...mesti naim akan nagis masa nk balik nnt..hahaha...abg ijan pun...ngs gak..pasti..huk..sekarang pun dah basah muka..hahah...

STELLA ~ 1st tgk dia..CANTIK!!~ heheh..stell memang cantik, manja...pasti rindu stell, berkayak dan merayap ke putrajaya...kalau jadi model nanti mesti meletops...nk sign tau!!! ah..rindunya pada korang nanti...sob..sob...

abg ijan minta maaf yer kalau sepanjang kita kenal, abg ijan ada sakitkan hati korang, abg ijan ada salah cakap, halalkan termakan dan terminum k...simpan semua kenangan kita sama2 k...semoga kita akan jumpa lagi...tak..kita pasti jumpa lagi!!!
reunion k...nnt nak balik jmpa abg ijan ramai2 tau sekali ngs jer..nnt sorang2 ngs bnyk kali..takut buta..hahaha...abg ijan sayang korang sangat2..sbb korang BESSSSTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! muahx2!!~

Saturday, April 9, 2011

FAMILY MATK-15






BALIK DARI AMPANG UNTUK PROGRAM MOTIVASI
BERANGKAT ESOKNYA KE PORT DICKSON PULA
BERSAMA KELUARGA MATK-15
YANG CERIA DAN SENTIASA GEMBIRA
KAMI SANGAT RAPAT BERSAMA
BAHAGIA MEMBINA KELUARGA
PENGEMBARAAN BERMULA
SEMUA BAGAI TAK SABAR
MALUMLAH PERCUTIAN INI DITAJA~
SAMPAI DI PD
SEMUA TAK SABAR TENGOK SWIMMING POOL YANG BESAR
INDAH DAN MEMIKAT
SEMUA TAK SABAR NAK MERASAKAN KEDINGINAN AIRNYA
AKU TIDUR YANG PERTAMA
PENAT SEMALAM MASIH BERSISA
MALAMNYA KAMI BER BBQ BERSAMA
ESOKNYA MANDI LAGI SAMPAI PUKUL 11
READY UNTUK PULANG
YANG LAIN KE MELAKA
AKU KEMBALI KE UKM
BADAN RASA NAK DEMAM TAK BOLEH BLAH BEB
ADUH…RINDU SAMA KALIAN
BILA LAGI DAPAT BERSUA
ENTAHKAN ESOK
ENTAHKAN LUSA
AKU AKAN PERGI DARI TEMPAT INI
MEMBAWA BERSAMA KEANGAN KITA
PASTI DENGAN TITSAN AIR MATA~
KALIAN YANG MASIH DISINI
JAGA DIRI BAIK2
ADAT BERTEMU PASTI BERPISAH
NAMUN KENANGAN BERSAMA TAK MUNGKIN DILUPA
SAMPAI BILA-BILA
HINGGA HUJUNG NYAWA
KALIAN JUGA PENAWAR DUKA DIHATI INI…
SALAM SAYANG UNTUK FAMILY MATK-15
SEMUANYA….

Thursday, March 24, 2011

untuk kamu~

andai semangat ini kabur...sinarkanlah ia...andai semangat ini luntur... baharuilah ia...andai semangat ini hilang...aku pasti sudah tiada...

dalam kehidupan ini saya selalu dengan ungkapan sayang...kadang2 ia membuatkan saya semangat untuk melangkah kadang2 ia buat saya lemah dan tak mampu bertahan....

"kamu bagai lilin yang membakar diri sendiri untuk menerangi hidup orang lain... jika kamu berkata demikian.. andai saya memilih jalan itu! saya akan berkata "ini adalah semangat ABANG saya untuk terus berjuang"..


terima kasih atas semua didikan mu... terase menitis airmate membaca amanah mu itu~ akan ku semat dalam hati, dan akan ku jadikan peringatan dan semanagt bagi meneruskan perjuangan itu...


satu pintaku wahai abangku... andai diri ini berada diatas, ingatkan supaya sedar asalnya saya ini dari bawah~
saya sayang kamu! thanx for everything my big bro!"

saya sedang memimpin tangan kamu, menunjukan jalan mana yang perlu, ingat satu perkara..saya bukan yang terbaik, dan saya tidak mampu menjadi paling sempurna...tapi saya ada untuk kamu...walau dimana saya berada saya akan ingat pada kamu..semangat saya dah saya tinggalakan untuk bekalan kamu, setiap kali kamu terjatuh bangkit dengan tongkat semangat saya...masa depan saya jgn kamu fikirkan..saya tahu mengaturnya..saya tahu mencoraknya..kerana saya terlalu bnyak terluka..kerana saya terlalu banyak terjatuh dan saya kembali bangkit... satu pesan saya...ikhlaskan hati...pangkat bukan penentu kamu akan sentiasa di atas...kita hidup ibarat roda....i love u~

Wednesday, March 9, 2011

PPB'11

dah lama tak menulis....banyak yang nak update ni, hmmm...strat from Pesta Pantun Bestari 2011, tahun ni adalah tahun akhir aku join pantun ni, tp kerana juri yang hampeh kami teruji, kali ini lebih teruk kami tak layak pun ke peringkat suku kahir, haish....down sangt rasanya masa tu, tapi buat2 cool jer...tak mampu nk menangis lagi...dah memang dah ditentukan kot...

Wednesday, February 2, 2011

ini kehidupan yg perlu dinikmati...







thnx pada yg terlibat untuk semua ni..aku sangt menghargai setiap kenangan ini...semoga kita kaan terus kekal begini...ukhwah penjalin ikatan hati...

Saturday, January 29, 2011

masanya sudah tiba~

assalamualaikum dan salam satu malaysia,
hari ini rasa mahu meluahkan semuanya,
bukan cerita sedih yang dibuat-buat,
bukan juga cerita lawak yang direka-reka,
satu keputusan maha berat,
tapi hati ini kena belajar untuk menerima,
hahahahahahahahha,
tahun ini adalah tahun terakhir aku disini,
kali ini pasti,
biarkanlah aku pergi, redhakan lah aku pergi,
jangan menghalang langkah ini lagi,
aku dah tunaikan janji, aku dah puas berbakti,
pada adik2 aku, aku dah lakukan yg terbaik untuk kamu,
banyak yg aku dah korbankan,
3 tahun sebagai felo disini,
mengajar aku perlbagai perkara,
kalian juga mengajar aku tentang sesuatu,
jun 2011 aku akan tamatkan segalanya,
mungkin ogos 2011 aku akan melangkah pergi dari sini,
meninggalkan tempat penuh kenangan ni,
aku berjanji aku mahu dakap semua adik2 aku,
sebelum mereka pulang bercuti,
aku mahu menatap wajah mereka puas2,
sebab mereka tidak akan tahu bila dan kenpa aku pergi,
aku mahu berpesan pada mereka,
"jaga diri kalian baik2"
"belajar rajin-rajin"
aku mahu beri peluang pada diri ini
untuk menikmati suasan baru diluar sana
menatap mentari dan pelangi dengan lebih bebas,
aku pergi bukan sbb aku berduka atau kecil hati,
aku mahu pergi kerana hati ini mahu pergi
jangan risau, tidak perlu kek perpisahan spt sebelumnya
tidak perlu jamuan atau hadiah
DAN YG PENTING TIDAK PERLU AIR MATA YG DIPERAH2~
cukuplah perpisahan ini perpisahan yg diredhai
perpisahan ini bukan pemutus ikatan hati2 kita,
kalian dah dewasa
bijak dengan aturan hidup sendiri...
sepanjang kita bersama, aku akan berikan senyuman,
semanis madu...
aku titipkan doa buat kalian
bekalan sepanjang ranjau kehidupan,
tanpa aku kalian pasti akan terus ketawa
bahagia...percayalah...
doakan juga untuk aku...
supaya aku bahagia...
dasn aku tahu ada yg membenci ku disini
pada mereka yg membenci ku...
ada aku kesah?? hahah
aku minta maaf...
bukan kuasa aku untuk korang suka aku,
minta maaf banyak2...
janji yg merantai kaki dan jiwa ini
aku rasakan semakin longgar
kerana waktu dan ketikanya hampir tiba
untuk dirungkai segala ikatan...
I LOVE U UKM~
I LOVE U IZISH~
I LOVE U BLOK K18D~
I LOVE U ADIK2~
I MISS U~

Monday, January 24, 2011

PESTA BOWLING PELAJAR TAHUN AKHIR DAN ALUMNI IZISH MERIAH!











22 januari 2011, hari berkumpul semua pelajar tahun akhir dan alumni IZISH di Warta untuk Pesta Bowling KPTA 2011...thnx to organizer yang sudi buat pertandingan ni dan kepada semua KPTA yang join thnx u so much!! semoga ukhwah antara kita berkekalan selamanya...

Monday, January 3, 2011

HAPPY NEW YEAR 2011

Alhamdulillah...2011 menunjukan sinar dan berundurlah 2010...semalam 2010 dan 2011 hari ini...haish...sekejap saja masa berlalu, dan sepanjang tempoj itu terlalu bnyak kenangan ketawa dan air mata yang menghiasi hidup aku...2011 aku tidak minta yang lebih-lebih, tapi cukuplah hati ini tenang, dan segala urusan aku dipermudahkan, azam tahun baru, baru dua aku buat..hehe...

1. aku mahu hati ini gembira dan aku mahu orang juga gembira.

2. aku mahu adik aku berjaya dalam pelajaran dan dalam hidupnya, walaupun aku tak dapat selalu bersamanya.

3......masih belum difikirkan...hehehe

memeori tahun baru aku buka dengan senyuman, jalan2, gelak tawa, dan aku panajtkan kesyukuran pada Allah memberi aku sedikit lagi ruang untuk terus bernafas di atas bumi Nya...andai usia ku berakhir pada tahun ini aku pasti aku redha...knp?? biarlah rahsia..heheh...

pada semua kawan2, adik2, dan semua yang kenal aku, aku cuma insan biasa...dipinjamkan ke bumi allah sama seperti kalian semua...yang di atas itu Maha Berhak mengaturkan hidup kita, yang terleka sedarlah, yang menyonsang btlkan lah perjalanan, kita tidak mampu mencatur hidup sendiri...ajal dan maut pada tangan Allah...hadapi tahun baru ini dengan senyuman dan kesyukuran. aku doakan semua kita dilimpahi rahmat yang berpanjangan...

adik2 ku, harap2 2011 adalah menjadikan kita lebih menghargai antara satu sama lain...salam tahun baru 2011