WELCOME

...inilah kehidupan

Sunday, September 26, 2010

liku kehidupan....

"hidup ini tidak seindah hari2 berlalu, ada panas selepas hujan, ada ribut selepas redup, segalanya adalah ketentuan yang maha esa"

selepas aku buat keputusan untuk tinggal sedikit masa lagi di daerah ini, hanya satu yang aku harapkan, biarlah tiada kekecewaan yang melanda hati sehingga aku rasa keputusan yang aku buat adalah silap, dan aku menyesali keputusan itu...siddiq kata "tak baik cakap mcm tu, segalah yang berlaku adalah ketentuan ilahi, dia tahu mana baik dan buruknya"...penuh pengertian...dan untuk kesekian kalinya aku menangis hanya kerana desakan perasaan hati dan naluri cinta kepada seorang wanita yang aku angkat sebagai antara insan yang istimewa dalam hidup aku...dia pergi...setelah menyemai bunga2 cintanya...dan setelah ia membuai hati dan perasaan ini dia pergi berdampingan dengan insan lain...seorang lelaki yang faham benar perasaan aku pada wanita itu...wah..dunia ini membawa aku ke alam kepedihan realiti cinta insan...pertamanya aku pilu....namun hari ini aku pasrah...kadang2 aku tidak pasti samada air mata ini mengalir kerana kecewa atau kerana apa...ye..benar..ramai yang memahami hati dan perasaan aku, bersama memimpin tgn atau memberikan telinga untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan aku...namun apa yang ditanggung hanya hati dan diri ini yang tahu pedih dan sakitnya...aku berjanji aku takkan letakkan lagi cinta dalam hati ini sehingga satu masa aku benar2 bersedia...terlalu banyak kecewa sampai takut untuk berlaku lagi...kini aku hidup untuk diri aku...untuk mak dan abh..untuk adik2 aku...dan untuk semua yang ikhlas sayang aku...aku harap hari esok yang hadir adalah lebih baik dari hari ini...

No comments:

Post a Comment