WELCOME

...inilah kehidupan

Friday, April 3, 2015

Lama tidak mencoret....

Lama dah rasa tidak menulis diruangan hidup aku ni....
dari yang terakhir aku baru grad master je masa tu, dan sekarang banyak yang dah berubah...

2015...

1. Aku dah dapat kerja dalam bidang yang memang aku impikan sejak dulu, PENSYARAH. Walaupun hanya di kolej swasta tapi ini adalah permulaan yang indah buat aku. Alhamdulillah.

2. Tahun ni juga aku kembali menyambung pengajian Ph.D aku, walau sedikit mencabar dengan kerja dan belajar tapi aku harus kuat untuk melangkah demi masa depan dan cita-cita.

3. Aku masih di KIZ, menanti #budakkecik yang tersayang.... siapa budak kecik ni? hahaha...biarlah menjadi rahsia aku dan dia sahaja...

kehidupan aku sekarang banyak mengubah cara aku berfikir, yelah dah masuk 30 tahun kan, kena matang. Kesilapan2 lepas yang aku anggap seperti bodoh perlu aku tinggalkan, mungkin pada usia begini aku perlu lebih dekat dengan Allah. hahahah... seseungguhnya aku insah jahil yang sedang mencari jalan pulang....

Thursday, June 19, 2014

Buat Adik2 Maahad saya....

lama x update blog... bnyak sbnrnya nk aku ceritakan tapi aku update yang ni dulu lah...sbb yang ni paling terkini... hahaha... aku nak ceritakan tentang satu hubungan dan sebuah kasih sayang... 2 tahun aku kenal mereka... bdk tingkatan 4 sekolah agama.... budak Maahad... dari tak pandai berpantun sampailah mereka mewakili negeri Selangor ke Kebangsaan... walaupun kalah semalam tp xpe... namun apa yang menghibakan aku sepanjang 2 tahun ni... bila semalam aku memeluk mereka dengan linangan air mata... aku peluk mereka penuh kasih sayang...aku peluk mereka sebagai tanda perpisahan... aiman , alimi dan izzudin... nama kalian takkan pernah abg lupakan sepanajang kehidupan ini... 

tak ada kata yang abang boleh ungkapkan melihat kalian beraksi di pentas budaya ini... tak terungkap dengan kata2 betapa beruntungnya mengenali kalian sebagai anak didik abg... korang nakal, korang hambar... haha... tapi korang berjaya mengetuk hati orang tua ini untuk menitiskan air mata semalam... bila balik ke kolej tgk bilik tu kosong... sarapan sorang2... sedih rasa hati...

adik2 abg...
belajar rajin2 ye... buat yang terbaik untuk SPM... korang budak2 pandai...abg yakin korang akan berjaya dalam SPM... jangan malas... gantung cita2 dan kejar... bersama korang ibarat mengisi air dalam bekas yang kosong dan sekarang bekas itu dah penuh...dan abg perlu berhenti...


Sunday, January 5, 2014

apa yg aku mahu pada 2014?

2014
tidak pernah mengharapkan apa2 yg ajaib berlaku, sekadar bersyukur dan memohon agar hidup terus diberkati...

2014
aku padamkan segala kesilapan lepas, bukan tidak mahu menjadi pengajaran...tapi biarlah menjadi satu anjakan paradigma kepada sesuatu yang lebih baik... yg lepas dah jadi sejarah... prinsip aku yg x suka sejarah ni "melihat kebelakang akan hanya menyebabkan kita akan ditinggalkan"

2014
aku nak semua yang aku sayang bahagia...capai apa yang mereka ingin capai...

2014
aku akan pergi dari tempat yang aku sayang ni... its call HIJRAH... In Sha Allah~

2014
berusaha mengubah hidup... kahwin? no...no....no...hahaha

Wednesday, December 25, 2013

Ijazah Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu)


Haiii.... selepas 2 tahun saya nekad menukar arah...
dari Ekonomi ke Sastera Melayu


Rakan-rakan seperjuangan..
kalian terbaikk... ingatkan aku tentang kuliah
ingatkan aku tentang assignment yg kena submitt...
sentiasa share apa je yang korang dapat untuk bantu aku yg bodoh ni...
Sahabat till Jannah!!



mereka-mereka yang sentiasa menyokong aku dari belakang...
program sama-sama...
nangis sama-sama....
gelak sama-sama
wei abg ijan sayang korang gile!!!
hahaha


 dan saya doakan mereka ini sentiasa berjaya dalam hidup
graduat seperti saya
dan mencapai apa yg mereka impikan...
abg ijan sayang korang...
terima kasih untuk kenangan ini...muah2!

2014 mengetuk pintu... 2013 melambai pergi



Assalamualaikum....

2013 tinggal beberapa hari saja lagi akan melabuhkan tirainya... sudahkah azam yg dikarang awal tahun lalu sudah dilaksanakan sepenuhnya? pasti ada yg sudah dan ada yang masih lupa "pernah ke aku buat azam?" atau "eyhh..apa azam aku eyk?" hahaha...

Untuk aku, 2013 adalah kenangan terindah, konvo dan kini memiliki Ijazah Sarjana Sastera (Kesusasteraan Melayu) adalah sesuatu yang sangat tidak dapat aku ungkapkan rasa syukurnya... kepayahan dan cabaran dapat aku tempuh dengan baik sekali... yeaayyy!!! bangga untuk diri sendiri. Namun, sehingga sekarang aku masih terfikir2 apa perancangan aku dengan 2014? hahaha...aku neves sebenarnya... pertambahan usia itu sudah pasti, lagi??!! apa lagi??!! 

"KAWIN"

"PhD"

"ANAK"

"HARTA"

Oh My Goddd!!!

namun apapun azam aku untuk 2014 ni, aku kena hadapi mentari 2014 dengan yakin dan penuh keazaman... hellouuwwww (meniru gaya lulu) aku dah 29 tahun ok... dah tua... haisshhh...

untuk semua yang membaca blog ni... SELAMAT TAHUN BARU 2014! semoga kalian happy menyambut tahun baru ini dengan penuh keazaman dan kesyukuran.

Wednesday, June 5, 2013

Dedikasi Untuk Anak Abah


Sharifuz Zulfadli....
pelik skit namanya...
tak pernah ada kenalan nama sharifuz ni
tapi sekarang dah ada...
2 tahun kenal dia
tp sesi pengajian akan datang
dia dah jauh
jauh mana?
jauh lah gak...

setiap hari dengan dia
lawak dia
mengarut dia
mesti aku rindu nanti...

dialah GPS aku secara tak langsung
tunjukan aku yang buta jalan ni
tapi...
dia pergi jauh dari aku
bukan dia tak suka aku (agaknyalah)
tapi dia anak yang baik
dia kena jaga Abi
tak pe...aku rela lah

hari-hari tanpa zul...
abah tak boleh nak bayangkan lagi lah zul...
malam-malam g mamak tanpa zul
abah belum mampu gambarkan lagi
walaupun zul kata...
"ramai lagi anak2 abah ada"
tapi..pergi sorang
anak xde pengganti
abah hilang anak abah....
susah gak tu...

zul anak yang baik...
jaga abi baik2 ye...
jangan lupakan abah, airil dan kwn2 kat ibu zain ni...
ada masa dtg jmpa kami ye...
kita g Malis Corner...
sama mcm dulu2 ye...

dan kalau abah yang pergi plak
hmmm...abah xrela anak2 abah
lupakan abah...

Sunday, May 12, 2013

MALAM ANUGERAH TAHUNAN KOLEJ KE-17

10 Mei 2013 - MATK-17 berlangsung dengan meriahnya, tak tergambar seronok dan penatnya, tp Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik, sedikit-sedikit berlaku juga kekurangan dan kesilapan, tetapi tak pe semuanya In Shaa Allah menjadi pelajaran kepada adik-adik aku yang sama-sama bertungkus-lumus dalam menjayakan dinner tu...


terima kasih x terhingga pada semua yang membantu menjayakan dinner ni...terutama untuk AJK2 yang sangat komited dalam menjalankan tugas...jasa kalian Allah jua yang mampu membalasnya....