WELCOME

...inilah kehidupan

Tuesday, June 7, 2011

warna-warni kehidupan.....

pengalaman kehidupan banyak mengajar aku erti hidup, dalam tak sedar usia kini beranjak kesatu dimensi baru yang lebih luas, yang lebih menuntut banyak pengorabanan hati dan perasaan, banyak menuntut dan mengajar aku erti tangungjawab, aku sentiasa mengharapkan sinar mentari esok membawa khabar yang paling gembira buat aku, benar kata orang penantian satu penyiksaan, dan aku berharap penderitaan dan kesedihan semalam tidak lagi akan berulang sampai bila-bila, aku dah penat menangis, aku dah penat bersedih, sehinggakan aku tak tahu mengapa air mata ini terlalu mudah mengalir, aku lelaki, lelaki perlu kuat, lelaki perlu tabah, lelaki tak boleh merengek, lelaki tak boleh menangis....namun sekali sekala hati ini perlu menangis agar ia tahu bahawa hidup tidak selalunya ketawa...owh...aku tahu itu, dan aku tak mahu itu....semalam yang aku tinggalkan penuh dengan cerita, suka dan duka, ketawa dan airmata, memainkan dan dipermainkan, mengata dan dikata, memujuk dan dipujuk, dan paling pedih bila diri ditinggalkan oleh orang yang paling disayangi~ aku tak mahu ingat lagi kenangan 2010 yang pahit, tiada satu pun kemanisan yang mahu aku kenang...2010 bukan dimensi yang baik untuk aku, dan keluarga...ya aku pasrah pada suratan takdir dan aturan kehidupan~ tapi sampai bila??? sehingga aku tega membina azam, aku tak benarkan air mata ini mengalir lagi~ Alhamdulillah, aku bersyukur hati ini sedikit demi sedikit ia kuat, ia pejal...ia kering, kutuklah apa pun, aku tak kisah, buatlah apa pun pada aku, satu hari aku akan balas balik...hidup aku kini untuk aku, abah dan mak, setelah adik pergi kami menjadi sangat rapat, kami pasti merindui adik~ perginya kepada penciptaNya adalah sesuatu yang tidak kami rancang tapi telah tersurat didalam takdir Ilahi, dan kami redha~ makam adik telah kami bina indah, bersama titipan doa semoga adik bahagia dan tenang di sana bersama pencipta sekalian alam~ hidup aku?? masih lagi disini, mengutip pengalaman, menyemai kasih sayang, menitip bantuan~ terkadang penat, terkadang bosan, terkadang give-up!! sampai bila harus begini, kawan2 sudah ramai yang sudah terbina kehidupan, ramai yang dah mula mengecap kebahagiaan, dan aku, aku bahagia, dan aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang, persoalanya sampai bila harus di sini?? adakah sama seperti mereka2 yang dah berusia itu?? risau juga~ tapi setiap kali ada peluang melangkah aku mesti berpatah balik, kenapa ya? badi sungguh tempat ini~ beratus2 adik2 telah aku bimbing, seawalnya aku sambut mereka dan akhirnya aku juga menghantar mereka pergi~ aku tak mahu menjadi hamba yang tidak bersyukur, dalam diam pengajianku menemui penghujungnya, Alahamdulillah~ tak perlu dihebahkan, tesis, viva, xm, keputusan dan semuanya, dalam diam aku juga mampu menamatkan kembara pendidikan, insyallah kalau ada rezeki, aku akan kembali menyambung pengajian, kerana jalan2 ilmu ini tidak pernah berakhir, biarlah....setiap orang ada jalanya, dan setiap orang berhak memilih jalan hidupnya sendiri....kita hanya mampu merancang, Allah jua yang tahu baik dan buruk setiap yang berlaku~

No comments:

Post a Comment