pertemua dan perpisahan,
adat manusia biasa,
jauh dimata, di hati jangan lupa,
berdoalah kita agar sihat sentiasa....
tersentuh hati, melihat seorang demi seorang adik kesayangan aku pergi meninggalkan bumi ilmu ini, awal mereka datang aku menyambut mereka dengan tangan yang terbuka, hari ini mereka pergi aku juga yang menghantar mereka pulang....kesedihan adalah rakan utama kepada perpisahan, namun kita kena redha, mereka pergi kerana mereka berjaya menamatkan pengajian...3 tahun berjuang di perbatasan ilmu ini dan hari ini mereka menamatkan pengajian... aku bangga...cukup bangga...melihat mereka jatuh dan bangun kembali, melihat ketawa dan air mata sepanjang bersama mereka...sukar untuk diluahkan betapa pedih dan sedih hati ini saat memeluk dan mencium dahi mereka...tak terluah apa perasaan melihat air mata mereka jatuh, menitis di pipi...tak terucap di bibir...doaku mengiringi perjalanan kalian dik...semoga korang berjaya diluar sana, menempuh alam kerjaya dengan tabah....
No comments:
Post a Comment