WELCOME

...inilah kehidupan

Thursday, May 20, 2010

Perihal MEP 2010/2011


Shahdan (K.E) - Shahdan @ Adan ni pendiam orangnya, tapi kadang2 kelakar juga, bab makan dan berjalan dia tak pernah tolak, hebat main bowling, dan sudah berpunya...hehehe...Abg ijan doakan shahdan jadi pemimpin yang berjaya...

Qaneah (TKE) - Nea ni manja orangnya, kadang2 sensetip lah pula...pantang kena marah menagis lah dia, tp dia tetap mendengar kata, azam dia tak nak jadi kak jurina katanya...hahaha...kek coklat jgn dilupa...

Nabilah (S/U) - Mek Nab nama manjanya, wanita besi gaya lakunya, bertangungjawab dalam kerja, kadang2 dia gila2, kadang2 dia blur2...hahahah...semoga nabila berjaya jadi S/U yang bergaya....

Ming Yan (Bendahari) - Dengan yan tak ler kenal lama, tapi dah lama kerjasama oklah jadinya, orangnya biasa-biasa saja, tp oklah kepala gila2...semoga duit MEP bertambah hendaknya...

Rooza (Akademik) - roozalena nama betulnya, adik saya yang jelita dan manja, lembut jer tutur katanya, pernah dulu MMP kena marah dengan saya, sampai sekarang dia ingat pula..hahaha...
sayang rooza sepenuh jiwa..hahaha

Hidir (Kebudayaan) - Hidir atau Didy nama manjanya, orangnya manja banyak berkata-kata, maklumlah juara debat kaedahnya...suka menjerit tak kira masa, tp hidir tak makan pedas, kerana nnt berair mata...hahahha

Mustaqim (Usahawan) - MEP usahawan lelaki pertama dibawah saya, setelah 2 tahun wanita yg jadi penerajunya, adik saya paling bergaya, berjalan, merayap, berfoya2 memang hobinya...tak taulah nak kata apa...abg doakan aqim berjaya, semoga usahawan banyak untungnya....

Azrin (BIP) - Azrin @ erin..hahaha....budak ni banyak loyar buruk, kalau sembang pasti tak kering gusi, ada jer ayat dia yang mencuit hati, harap2 Azrin jadi MEP berdedikasi, bangunkan G-Net agar berfungsi...jaga diri di blok A nanti...ingat Abg ijan yang jauh di mata dekat di hati...

Syakir (Kerohanian) - Syakir Rozlan empunya nama, kerohanian dan sivik tanggungjawab diberi, orang baik berbudi pekerti, semester depan pindah blok A lah juga...biar dimana kamu berada kami di Blok D letakan kamu dalam jiwa...semoga tangungjawab dijunjung setingginya..agar menjadi insan berguna...

Nik (Sukan) - Wanita sukan yang pertama, dari FPI pula fakultinya, orangnya cantik tinggi budinya, pada sahabat tak sombong lakunya, seronok saya mengenal ustazah...harap kekal selama-lamanya....

Nisha (HELA) - Nisha ni pendiam saja, kalau tak diusik lamat senyap lah dia, orangnya baik senyum sahaja, hal ehwal luar dan antarabangsa jadi tunjangnya, agak2 tahun ni nak ke negara mana?? ajaklah saya kalau ada lebihnya..hahahha

Jie Wei (Kebajikan) - Budak baik dari mukanya, orangnya biasa2 je..tp petah berkata2...penuh tangunjawab dalam dirinya, menjaga kebajikan dah jadi hobinya..moga jie wei happy sentiasa...kekal kita dalam bahagia...

Aryma (Integrasi) - Saya selalu kata dialah senyuman saya...bersama dia tiada air mata, agak pelik kalau dia menangis kerana dialah sumber ketawa rakan-rakan semua..Aryma, abg ijan sayang aryma sampai syurga....hahaha (harap2 aryma masuk sana) opss~

Athirah (Siswi) - Athirah ni agak pendiam juga, tp dah kenal dia gila2...ok jer dengan semua, sama jahat sama perangainya..hhahaha...

Ucapan saya buat semua, terajui kepimpinan ini dengan bergaya, jadi lah insan luhur budinya, jangan sekali mengundang sengketa, sama teman jaga hatinya...



1 comment: