WELCOME

...inilah kehidupan

Wednesday, August 18, 2010

2 minggu lagi...

jika diikutkan pada kiraan kalendar aku 2 minggu saja lagi maka akan berakhirlah segala tugas ku disini...berakhirnya tugas bukan bererti aku menoktahkan kasih dan cinta aku pada warga dan tempat ini...perlahan-lahan aku belajar melepaskan segalanya yang aku pegang disini satu persatu...aku menutup satu persatu buku kenangan...panjang umur dan usia aku pasti kembali kesini..melihat apa yg akan berlaku di sini...pada insan-insan tersayang abg mu ini pasti kembali melihat kamu....segak bergaya memakai jubah konvokesyen...

junior pilihan hati : seorang junior tahun 1 dtg awal sehari melihat dimana bumi ilmu akan dipijak nanti...paginya dia hadir penuh bergaya lagak seorang wanita berjaya...terpesona pada keayuan dan lembut tutr katanya...aku simpan dalam hati andai dia milikku...hahaha...sehingga kini titik perkenalan ku biarkan antara felo dan pelajar tidak lebih dari itu...aku juga punya rasa tidak mahu ditolak cintanya...dan dia juga masih baru lagi bertatih disini....

adik yang pertama (firdaus) : aku hanya mahu melihat dia berjaya menjadi lelaki yang sempurna...biarpun rapatnya kami, pernah aku suarakan aku tidak mahu menjadi penghalang kepada hubungan dua hati...hahaha...biarpun hanya menumpang sedikit ruang dihatinya...aku cukup puas memberikan sepenuh kasih sayang seorang abg padanya...kalau nmpk kami sgt rapat itulah kasih sayang abg dan adiknya...

adik kedua (Shah) : pada penglihatanku..adik ku ini sempurna sudah sbgai seorang lelaki...beruntung mana2 wanita yng mendampinginya...ilmu agamanya ada, pekertinya elok, tuturnya juga hebat...kami juga rapat...sgt rapat...aku doakan dia berjaya dalam hidup...dan dapat wanita yg baik sebagai peneman hidupnya...sayang pada kamu tidak pernah susut...

adik ketiga (Mustaqim) : adik yang manja...saya tidak pernah tahu bila kami mulai rapat...apa yg aku tahu bila saja aku bgn dari tidur aku sudah ada adik ini... setiap malam tidak sepi tanpa mesej selamat malam...aku sayang dia sebnyak tarikan nafas ku...sama seperti yang lain...ketahuilah ketiga2 adik ku...abgmu ini terlalu cemburu...hahaha....

Sunday, August 1, 2010

JAMUAN BLOK D

hye2...heheh...30 julai 2010, seluruh blok D berkumpul dibawah pohonan rendang sebelah blok D lelaki meraikan kejayaan menjuarai hari keluarga izish 2010... seronok...teringat kenangan2 lama masa budak2 2nd yr sekarang ni tahun 1... kat bawah pokok tulah aku dan mereka main mercun sebelum balik raya...bawah pokok tulah kami buat jamuan blok lelaki...yang happening dan penuh kerinduan...mereka adalah keluarga aku... aku sayang blok D...sayang seluruh warganya...2 tahun membenih kasih disini...bersam warga blok ini...kini kalau senior2 aku datang ibu zain, mereka mesti tak percaya blok D jadi segah ini...ini kenangan aku dan seluruh warga blok D...
malam itu juga...kek untuk aku...?? owh...gugur air mata mereka....gugur air mata aku juga....aku peluk semua adik aku...aku sayang mereka...azrin dan syakir pun ada...dimana pun mereka..mereka adalah adik aku...aku yang sambut diorang..jaga diorang...maaf yer adik2...abg ijan pergi dulu sebelum sempat melihat korang berjaya... tapi abg ijan percaya korang pasti berjaya...untuk siddiq, helmi, mamat.. jaga adik2 abg ijan baik2...kalau diorang leka tegur2kan...ain, dani, sue...tlg nasihtkan adik2 di blok perempuan tu yer...Luqman dan syana, abg ijan tak dapat sama2 meraikan kegemilangan blok D ni...jga blok kesayangan kita ni baik2 k...abg ijan akan lepaskan amanah ini....terima kasih untuk kenangan yg pernah tercipta antara kita semua....

Wednesday, July 21, 2010

JUNIOR

MMP sudah hampir sebulan melabuhkan tirai...hari keluarga juga sudah berlansung dengan meriahnya...junior2 tahun satu sudah mula belajar memegang jawatan, membuat banner dan sebagainya...ada yang mahu belajar dgn ikhlas..ada yang terpaksa belajar...dan ada yang lansung tak mahu belajar...hehehe....seronok tengok keletah dan perangai junior yang macam2 ni...kalau ikut perkiraan ini adalah junior ke-5 aku sepanjang berada di bumi ibu zain ni...masih baru dan masih dalam proses mengenali mereka...mungkin mereka belum mengenali aku sebenarnya...kalau ada junior yang terbaca post ni..abg ijan orang yang garang!~ hahah...dah tu je...sebelum2 ni junior2 adalah kawan aku...mereka ni mcm adik2 aku...makan, study, jalan, sembang kami buat sama2...dari aku student sampailah aku dah kerja ni dah jadi felo merekalah yg berada dekat dengan aku...shah, daus, aqim, cdiq, helmi antara junior yg paling dekat dengan aku...bila aku rapat dengan seseorang junior tu bukan bermakna aku "suka" mereka..tp aku rasakan mereka sama mcm adik aku...dan sebagai abg aku rasa aku perlu mendekati mereka dan sebagai felo aku juga perlu mesra dgn mereka supaya mereka boleh share masalah nanti...tidaklah timbul nanti isu tertekan dan tekanan perasaan...juga satu proses penilaian kepada mereka...kepada semua junior IZISH~ berseronoklah di kolej yang permai ini...anda tidak akan menemuinya dimana2 kolej lain seluruh dunia...hahaha....

Sunday, July 18, 2010

HARI KELUARGA IZISH 2010

18 Julai 2010, seluruh warga IZISH berkumpul di Padang Pavillion UKM untuk bersama memeriahkan Hari Keluarga IZISH 2010...memang meriah...meriah dengan lagu, sorakan, cheer blok...semua junior memberikan kerjasama yang baik...sedikit menyedihkan bila sambutan dari barisan senior sgt teruk...padahal dulu masa diorang jd pengarah, mep dan seumpamanya diorang paksa orang trn padang...apa pun hari keluarga ni aku kira dah berjaya...tahniah untuk semua warga kerjanya...MEP dan semua yang trlibat secara lansung dan tidak lansung...BLOK D sekali lagi menjadi JUARA...padahal awal2 rasa macam dah nak kalah dah..tp akhirnya berjaya juga membawa kegemilangan...melompat sakan aku depan semua student..apa punya felo lah ni...hahaha...over...semua kenangan ini membawa aku kepada kenangan terindah...siapa sangka ini adalah Family Day terakhir aku....hahahaha....

Friday, June 25, 2010

tangisan 25 Jun 2010

kamu tidak akan tahu betapa sukarnya menghadapi perpisahan sehingga kamu melihaT gugurnya air mata dari orang yg kamu sayang...owh..berat sungguh rasa dihati...melihat adik2 aku menitiskan air mata...tangisan dan esakan buat aku merasakan aku adalah manusia paling jahat sekali dalam hidup ni...melihat air mata mereka menitis sedih sangat...aku bukan nak pergi..tapi aku terpaksa melangkah pergi...kalau kalian boleh selami sedalamnya hati dan perasaan ini kamu akan faham betapa aku tidak pernah redha menghadapi perpisahan maha hebat ini...bukan meninggalkan seorang tapi berpuluh jiwa yang dah sebati dalam hati ini...setiap hari aku berfikir dan meratapi...takut menghadapi saat dan ketika aku harus melangkah pergi...aku minta pada Allah agar biarkan aku lama di sini..bersama kalian..meniti hidup..mengajar dan memberi ilmu... aku masih menanti saat dan ketikanya...sehingga hari ini..melihat kotak2 barang dan pakaian yg akan dibawa pulang nanti...hati diruntun sayu...aku harap tiada hari esok..supaya Allah panjangkan masa aku bersama mereka...agar terubat kerinduan... ingin sekalai aku memeluk mereka erat...andai satu hari nanti perpisahan berlaku redhakan pemergianku...kalain tetap dalam doaku...hapuskan air matamu...kita meniti hari2 bersama yg semakin sedikit ini penuh dengan senyuman...aku tidak sanggup melihat kalian menangis lagi...

Thursday, June 24, 2010

hehehe

dugaan dalam hidup adlah satu lagi warna dalam kehidupan...maha hebat...pada ketika ini kita akan belajar tentang sabar dan memikir cara terbaik untuk selesaikan masalah itu....sekuat manakah aku?? tidak pasti...apa yang aku tahu hati aku terlalu rapuh... ibu zain aku akan tinggalkan bumimu...ukm aku akan pergi jauh dari mu....terima kasih kerana memberikan aku peluang dan ruang untuk mendamba kasih disini...adik2 ku...selamat tinggal..kali ini ia akan benar2 terjadi..tiada lagi pengorbanan...tiada lagi dilema dalam hati...doa ku mengiringi langkah kalian...bagaiman nak suarakan pada mereka keadaan dan situasiku sekarang...setiap kali aku terfikirkan tentang perpisahan ini aku jadi tak seronok...tak gembira lansung...meningglkan bumi bangi dan semuanya... aku lemah tak berdaya...terduduk dalam linangan air mata...semuanya, maafkan setiap kesalahanku...setiap tingkahlaku ku yg mengguris hati kalian sama ada sedar atau tidak...halalkan yg termakan dan terminum...terima kasih untuk semuanya...

Monday, June 21, 2010

PUISI HATI

awal melangkah...
disini bermula...
sendiri tanpa insan yg mengenali...
mendamba ilmu di perbatasan ini...
penuh ranjau...
ketawa dan air mata...

bulan berganti bulan...
tahun berganti tahun...
terlalu banyak yang aku pelajari dan fahami..
erti kasih sayang dan kecurangan...
persahabatan dan permusuhan..
abadi dan hakiki...

masa terus membawa aku...
mengecap seribu satu memori demi memori...
aku kembali ke bumi ini...
bukan seperti yang lama...
tp insan baru...
tapi tujuan yang sama...
ditanah ini aku semaikan budi dan bakti...
di tanah ini aku taburkan kasih sayang...
supaya nanti ia mekar mengharum untuk semua isinya...

masa semakin hampir...
pada adik2 ku aku ingin sekali berpesan...
bumi ini bumi bertuah...
dalamnya ada kisah kita bersama...
kita ketawa dan menagis...
tangungjawab ini hampir terlerai...
keputusan dicipta pada hati yang maha tidak rela
maha berat...aku terseksa...
bila sampai waktu dan ketikanya...
bumi ini akan kutinggalkan...
namun kedamaian aku letak dihati...
supaya bila aku rindu aku mahu bisikan pada angin
biar dia sampaikan salam rinduku pada mereka...
aku mahu mengis dalam hujan...
supaya mereka tidak sedar aku menangis...

adik-adiku...
tuntutlah ilmu...
ini masa dan ketikanya...
kamu akan belajar dan diajar...
kasih sayang dan kerinduan...
ketawa dan air mata...
semoga kalian berjaya....
kita berjaya....