30 November 2010,
hampir sebulan adik tinggalkan angah, mak dan abah,
angah rindu sangat kat adik,
menitis air mata ini,
al-fatihah untuk adik,
semoga adik tenang di sana,
di sisi pencipta adik dan seluruh umat manusia.
hari ni juga,
tergerak hati nak menulis,meluahkan segenap rasa dalam hati,kalau mahu menangis, aku mahu menagis semahunya, biar keluar segala kesedihan yang bersarang dalam hati aku ni, dikesempatan ini juga, kalau ada sesapa yang terbaca dan terasa aku minta maaf sangat2...minta maaf pada mereka yang mesejnya tidak aku balas, mesej selamat malam, mesej rindu dan segalanya...aku minta maaf sangat2...bukan mahu lari dari kalian, namun aku tidak punya jawapan semuanya...aku tak reti...tak faham...aku jadi bodoh... aku delete facebook aku, biar tiada yang tahu apa yang berlaku pada aku, biar tiada mereka tahu aku ketawa atau menangis, biar mereka tak tahu hidup atau mati aku ni....juga aku lakukan tanpa sebab yang pasti dan alasan...keliru dengan kehidupan kot..ahahah....saat mereka akan pulang, aku tidak akan menyambut mereka kali ini, kalau kalian terbaca...sesungguhnya aku amat merindui kalian...sangat2 merindui kalian...aku minta maaf...semua yang berlaku ada alasanya yang tersendiri kan... aku mahu memeluk kalian erat, mengucup dahi dan pipi penuh kerinduan abang kepada adik2nya...aku tak pasti masihkan ia akan berlaku...
kehidupan adalah sesuatu yang indah...dan ia perlu dihayati...ada air mata dan senyuman...menjadikan kehidupan itu penuh warna-warni...
WELCOME
...inilah kehidupan
Tuesday, November 30, 2010
Wednesday, November 17, 2010
Andai saya kuat
kehidupan penuh dengan cabaran, saat kita diperlukan kita akan disanjung bagai perwira, saat ada yang menggantikan tempat kita, kita dibuang elok sikit dari sampah...inilah lumrah kehidupan, perhubungan, kasih sayang dan segalanya... ada cerita seorang teman, sayang sesorang ibarat saudara sendiri, namun dia ditinggalkan akhirnya kerana ada lagi orang yang mampu membuatkan saudaranya itu gembira...owh...aku rasa ianya tidak adil...takutnya kalau aku mengalami nasib yang sama seperti sahabat itu...kelemahan aku yang palingn yata adalah : MUDAH SANGAT SAYANG ORANG! itu paling aku tak suka sebenarnya...kerana kelemahan itu ramai yang buat aku terguris hati~ meninggalkan aku tanpa bicara dan alasan. huhu...namun bila bercerita tentang kasih sayang, aku suka pada kolej ibu zain, kerana di sini terlalu banyak kasih sayang, tidak hairanlah kalau aku mampu berada disini hampir 6 tahun, ini kerana KELEMAHAN & KEBODOHAN diri..hahah...pertama bila ada yang sayang, aku terima tanpa banyak soal...menerima sayang orang tanpa aku fikir apa yang berlaku selepas ini...saat aku ditinggalkan aku luluh tanpa kata...terdiam...owh inilah kasih sayang rupanya...hahaha...menarik...lama kelamaan aku jadi positif, andai kau mahu pergi...pergilah aku lepaskan...jangan kembali lagi...ada juga manusia yang hanya hadir saat kesusahan atau kesunyian..selepas itu sekali lagi aku ditinggalkan..bagaikan aku tak pernah berbuat apa2...hahaha....aku ketawa memikirkan semua ini...saat kau bahagia...kau pergi...saat kau sunyi dan susah aku jadi tempat kau mengih kasih dan pertolongan...adilkah ini untuk aku??...tp hanya d sini...dihati tidak sampai kelubuk paling dalam untuk aku luahkan secara terang...aku juga sangat2 menghargai kasih sayang...INSYALLAH...aku janji aku akan sayang mereka yang ikhlas sayang aku..terima kasih sangat2...yang dah bosan/dah tak de lagi rasa sayang kat aku....pergilah..aku maafkan semua kesalahan kau...aku redha..aku doakan kau bahagia adikku/kekasihku/dan semuanya...
Saturday, November 13, 2010
Monday, November 8, 2010
WARKAH UNTUK ADIK
adik,
masih segar dalam ingatan,
10 tahun lalu,
adik hadir dalam keluarga,
sangkanya angah takkan dapat adik lagi,
rupanya adik paling bongsu,
15 tahun jarak umur kita.
adik,
masa adik kecik2 dulu,
angah jaga adik,
masa tu angah baru lepas SPM,
buaikan adik tidur,
pakaikan adik baju,
ikatkan rambut adik.
masa umur 5 tahun,
adik sekolah tadika,
hari2 angah tunggu adik balik sekolah,
adik angah paling cantik,
kulit putih gebu,
rambut panjang hitam pekat,
cantik sangat.
adik budak pandai,
selalu dapat no.1 dalam kelas,
sekolah rendah mahupun sekolah agama,
bila masuk pertandingan,
adik mesti sunguh-sungguh,
angah ingat,
bila adik kalah adik demam,
sebab adik berusaha keras untuk menang.
adik teman abah dan mak,
saat kami along dah pindah JB,
angah plak kat Bangi,
uda kat KL,
dan acik di UTHM,
adik tolong kami jaga mak dan abah.
satu hari masa adik 10 tahun,
adik sakit perut,
adik kena bedah,
masa kat Hospital Kluang...
doktor kata adik appendix,
tapi bila di HKL,
Doktor kata ada ketumbuhan dalam ovari,
doktor nak bedah adik,
adik nangis tak mahu,
angah rayu pada doktor,
jangan bedah adik,
tak sanggup tengok adik sakit lagi,
doktor kata tak boleh,
nanti makin besar adik lagi sakit,
angah cakap dengan mak dan abah itu yang terbaik untuk adik,
abah tandatangan surat bedah,
lepas adik dibedah,
angah datang tengok adik,
tapi adik masih belum sedar masa tu,
esoknya angah datang lagi,
adik nangis...adik kata...
"kau suruh aku bedah tapi kau tak datang tgk aku"
angah datang dik,
tp adik belum sedar masa tu.
esoknya angah datang lagi,
angah belikan adik KFC,
angah doakan adik sihat mcm dulu,
raya aidilfitri dah dekat.
hari raya,
adik tak boleh jalan bnyak sangat,
angah bawa adik balik dari HKL ke rumah,
1 syawal adik baring jer atas kerusi,
tapi adik ceria,
mak pakaikan adik baju baru...baju raya warna purple...
adik baring jer...tengok TV.
5 Oktober 2010
doktor sahkan adik ada kanser ovari
angah tengok adik nangis peluk mak
mak kata..."selagi mak hidup mak akan jaga adik"
angah sedih tengok adik
Ya Allah dugaan apakah ini....
adik kena masuk hospital semula
doktor nak buat Kemoterapi untuk rawat sakit adik,
along tak bagi,
pagi tu angah telefon along suh cari ubat untuk adik
angah dengan along nak adik sehat...
angah menangis
tapi akhirnya abah tandatangan surat Kemoterapi
doktor yang suruh dik,
kami tak tahu...
masa adik buat kemoterapi angah datang HKL
mak kata adik tak nak makan
angah belikan adik KFC
kita bergurau...ketawa...
ingat lagi masa tu...
kalau lah angah tahu itu kali terakir angah bergurau dengan adik...
angah sedih...
itu kali terakhir angah jumpa adik....
ketawa dengan adik...
3 November 2010,
jam 3 pagi,
acik telefon,
acik menangis...
acik kata..."angah adik dah tak ada"
angah nangis semahunya
angah peluk shahdan erat,
dia pujuk angah,
angah peluk siddiq,
diorang teman angah balik tengok adik untuk kali terakhir,
diorang baik dik tolong angah masa susah,
kak ema dan kak aryma pun nangis masa tu,
masa sampai rumah,
adik baring tenang,
angah nangis peluk mak
mak nangis teruk,
angah pujuk mak
abah sedih
abah tak nangis
tapi abah kata
"sampai hati adik tinggalkan abah dengan mak"
kami sedih sangat
tapi kami redha
kami tak nak adik terus derita
tak nak adik terus sakit
biarlah adik pergi
adik budak baik
anak yang taat
pelajar pintar
cikgu pun cakap mcm tu....
adik maafkan angah yer...
angah tak jadi abang yang baik untuk adik
masa adik sakit angah jarang datang jenguk adik
mak kata adik selalu tanya kalau angah tak datang
uda pun menyesal panjang sebab marah adik
dia tak sangka tu kali terakhir dia cakap dengan adik...
angah hantar adik sampai kubur...
angah sedekahkah adik Al-Fatihah
angah doakan roh adik dicucuri rahmat
dan semoga adik tenang di sana
bersama pencipta adik....
mak dengan abah angah akan jaga baik2...
dan angah harap angah dapat sayang adik2 angah sepenuh hati
tak kisahlah adik kandung atau adik angkat
selagi ia angah rasa ia adik
angah akan sayang....
angah tak nak menyesali setelah ia pergi...
DEDIKASI UNTUK ADIK BONGSU SAYA ALLAHYARHAMAH NUR NATASYA NADHIRAH BT THEIS
YANG PULANG KERAHMATULLAH PADA 3 NOVEMBER 2010.
masih segar dalam ingatan,
10 tahun lalu,
adik hadir dalam keluarga,
sangkanya angah takkan dapat adik lagi,
rupanya adik paling bongsu,
15 tahun jarak umur kita.
adik,
masa adik kecik2 dulu,
angah jaga adik,
masa tu angah baru lepas SPM,
buaikan adik tidur,
pakaikan adik baju,
ikatkan rambut adik.
masa umur 5 tahun,
adik sekolah tadika,
hari2 angah tunggu adik balik sekolah,
adik angah paling cantik,
kulit putih gebu,
rambut panjang hitam pekat,
cantik sangat.
adik budak pandai,
selalu dapat no.1 dalam kelas,
sekolah rendah mahupun sekolah agama,
bila masuk pertandingan,
adik mesti sunguh-sungguh,
angah ingat,
bila adik kalah adik demam,
sebab adik berusaha keras untuk menang.
adik teman abah dan mak,
saat kami along dah pindah JB,
angah plak kat Bangi,
uda kat KL,
dan acik di UTHM,
adik tolong kami jaga mak dan abah.
satu hari masa adik 10 tahun,
adik sakit perut,
adik kena bedah,
masa kat Hospital Kluang...
doktor kata adik appendix,
tapi bila di HKL,
Doktor kata ada ketumbuhan dalam ovari,
doktor nak bedah adik,
adik nangis tak mahu,
angah rayu pada doktor,
jangan bedah adik,
tak sanggup tengok adik sakit lagi,
doktor kata tak boleh,
nanti makin besar adik lagi sakit,
angah cakap dengan mak dan abah itu yang terbaik untuk adik,
abah tandatangan surat bedah,
lepas adik dibedah,
angah datang tengok adik,
tapi adik masih belum sedar masa tu,
esoknya angah datang lagi,
adik nangis...adik kata...
"kau suruh aku bedah tapi kau tak datang tgk aku"
angah datang dik,
tp adik belum sedar masa tu.
esoknya angah datang lagi,
angah belikan adik KFC,
angah doakan adik sihat mcm dulu,
raya aidilfitri dah dekat.
hari raya,
adik tak boleh jalan bnyak sangat,
angah bawa adik balik dari HKL ke rumah,
1 syawal adik baring jer atas kerusi,
tapi adik ceria,
mak pakaikan adik baju baru...baju raya warna purple...
adik baring jer...tengok TV.
5 Oktober 2010
doktor sahkan adik ada kanser ovari
angah tengok adik nangis peluk mak
mak kata..."selagi mak hidup mak akan jaga adik"
angah sedih tengok adik
Ya Allah dugaan apakah ini....
adik kena masuk hospital semula
doktor nak buat Kemoterapi untuk rawat sakit adik,
along tak bagi,
pagi tu angah telefon along suh cari ubat untuk adik
angah dengan along nak adik sehat...
angah menangis
tapi akhirnya abah tandatangan surat Kemoterapi
doktor yang suruh dik,
kami tak tahu...
masa adik buat kemoterapi angah datang HKL
mak kata adik tak nak makan
angah belikan adik KFC
kita bergurau...ketawa...
ingat lagi masa tu...
kalau lah angah tahu itu kali terakir angah bergurau dengan adik...
angah sedih...
itu kali terakhir angah jumpa adik....
ketawa dengan adik...
3 November 2010,
jam 3 pagi,
acik telefon,
acik menangis...
acik kata..."angah adik dah tak ada"
angah nangis semahunya
angah peluk shahdan erat,
dia pujuk angah,
angah peluk siddiq,
diorang teman angah balik tengok adik untuk kali terakhir,
diorang baik dik tolong angah masa susah,
kak ema dan kak aryma pun nangis masa tu,
masa sampai rumah,
adik baring tenang,
angah nangis peluk mak
mak nangis teruk,
angah pujuk mak
abah sedih
abah tak nangis
tapi abah kata
"sampai hati adik tinggalkan abah dengan mak"
kami sedih sangat
tapi kami redha
kami tak nak adik terus derita
tak nak adik terus sakit
biarlah adik pergi
adik budak baik
anak yang taat
pelajar pintar
cikgu pun cakap mcm tu....
adik maafkan angah yer...
angah tak jadi abang yang baik untuk adik
masa adik sakit angah jarang datang jenguk adik
mak kata adik selalu tanya kalau angah tak datang
uda pun menyesal panjang sebab marah adik
dia tak sangka tu kali terakhir dia cakap dengan adik...
angah hantar adik sampai kubur...
angah sedekahkah adik Al-Fatihah
angah doakan roh adik dicucuri rahmat
dan semoga adik tenang di sana
bersama pencipta adik....
mak dengan abah angah akan jaga baik2...
dan angah harap angah dapat sayang adik2 angah sepenuh hati
tak kisahlah adik kandung atau adik angkat
selagi ia angah rasa ia adik
angah akan sayang....
angah tak nak menyesali setelah ia pergi...
DEDIKASI UNTUK ADIK BONGSU SAYA ALLAHYARHAMAH NUR NATASYA NADHIRAH BT THEIS
YANG PULANG KERAHMATULLAH PADA 3 NOVEMBER 2010.
Monday, October 11, 2010
APA ITU CINTA
Semalam balik dari field-work yang penat~ dan lapar yang amat.. sampai sebelum maghrib, tak sabar rasanya untuk landing dirumah sendiri dan menikmati makanan dengan kepuasan sendiri, maklumlah ditempat orang, kena makan apa sahaja yang dihidangkan, rindu pada adik aku tidak tertahan, tp dia kata malam baru jumpa~ haish demam2 pun berjalan juga...maka aku jumpa adik2 yang lain dulu, shahdan dan yusri~online fb...maka segalanya pun bermula, sekali lagi aku tidak terkejut tp ada keluhan kecewa yang lahir dari bibir, dada rasa sesak, bergenang air mata dikelopak, aku takkan menagis! itu janji ku...akhirnya terlerai juga mutiara jernih dari mata seorang lelaki, hahah...zaki masuk aku berkata dengan kuat, jgn sebut apa2...nada bergurau tp penuh kecewa...aku menghadap skrin laptop shahdan dengan hati bercampur-baur, update segala status, aku keluar saat sudah 10 minit maghrib masuk, keluar mandi dan menunaikan suruhan Allah itu, usai solat maghrib aku berdoa, untuk adik syasya yang berada di HKL, dan untuk aqim supaya dia segera sembuh, air mata terus menitis saat aku menadah tgn memohon dipermudahkan urusan dan dilapangkan hati~ kenapa air mata ini perlu mengalir? kerana dia? hahaha..apa hubungan aku dengan dia? bf? blm lagi...namun jauh disudut hati aku terlalu kecewa dengan tindakan manusia...orang yang dekat dgn aku, yang tahu apa yang tersirat dihati dan perasaan ini sejak pertama kali kaki si dia melangkah masuk ke UKM ini dan orang itu yang merampas dengan kejam apa yang pernah aku mimpikan~ zalim atau tidak? tafsirkan lah sendiri... gaduh? hanya untuk seorang perempuan tidak mungkin.. aku hidupkan enjin kereta, ada juga yang menahan melalui mesej2 yang bersimpati dengan aku...aku biarkan semuanya tanpa balasan...aku memandu tanpa arah tuju...dengan hanya berkain pelikat dan baju melayu~ biarkan hati ini tenang!! aku hairan, aku melihat puluhan komen yg mengucapkan selamat berbahagia, gembira dan sebagainya...tapi bila melihat aku kecewa mereka mengalih simpati pada aku?? hipokritnya kamu manusia!! hahaha... aku ketawa melihat karenah insan2 kerdil ini...dan untuk pertama kalinya aku berkata~ untuk apa tangisan ketika menghalang aku pergi dulu, tangisan itu hanya untuk melihat aku lebih terseksa disini, melihat batinku derita dengan sandiwara manusia sekelilingku...hahaha..kalian masih muda adik2 ku~ satu hari kalian akan rasa apa yang aku rasa~ satu masa aku akan pergi tanpa melihat wajah kalian lagi...satu masa aku melangkah pergi tanpa kalian tahu bila aku pergi~ ketawa ini aku cipta untuk kamu semua..namun dalam hati ini Allah saja yang tahu~ aku akan jadi setabah mungkin~ namun aku juga sedang belajar menjadi seorang pendendam....apa yang aku ada orang ambil dengan kejam..terduduk aku menyaksikan kata2 sayang namun penuh pura2...kata2 rindu penuh kepalsuan...aku bosan dengan sandiwara dunia...aku cuba beri yang terbaik pada semua..namun ini adalah balasan terhebat yang kalian hadiahkan pada aku...aku hargainya..
Wednesday, September 29, 2010
PENIPU
semalam, hari yang berat buat aku...segalanya berat...tanggungjawab dan segalanya, semalam juga hari yang sedih untuk aku, setiap kali aku ingat kata2 yang keluar dari mulut orang yang paling aku sayang tu aku jadi sedih...hiba...dan yang paling pedih bila aku dituduh menipu...aku sakit dalam hati...sangat sakit...kalau dia tahu kenapa aku buat semua ni...tergamak kah dia gelar aku sebagai "PENIPU"?? aku buat semua ni sebab aku t5ak nak kau malu..aku tak nak orang kutuk kau..kalau sbb ni aku digelar begitu...aku tarik diri..buatlah..aku tak halang...susah jadi penagih kasih orang ni...aku ingat segalanya akan baik...sebenarnya dalam hidup aku..aku terlalu banyak jaga hati orang dari fikirkan hati dan perasaan sendiri...bila aku diam korang cari...bila aku ada korang buat aku macam ni...
Sunday, September 26, 2010
liku kehidupan....
"hidup ini tidak seindah hari2 berlalu, ada panas selepas hujan, ada ribut selepas redup, segalanya adalah ketentuan yang maha esa"
selepas aku buat keputusan untuk tinggal sedikit masa lagi di daerah ini, hanya satu yang aku harapkan, biarlah tiada kekecewaan yang melanda hati sehingga aku rasa keputusan yang aku buat adalah silap, dan aku menyesali keputusan itu...siddiq kata "tak baik cakap mcm tu, segalah yang berlaku adalah ketentuan ilahi, dia tahu mana baik dan buruknya"...penuh pengertian...dan untuk kesekian kalinya aku menangis hanya kerana desakan perasaan hati dan naluri cinta kepada seorang wanita yang aku angkat sebagai antara insan yang istimewa dalam hidup aku...dia pergi...setelah menyemai bunga2 cintanya...dan setelah ia membuai hati dan perasaan ini dia pergi berdampingan dengan insan lain...seorang lelaki yang faham benar perasaan aku pada wanita itu...wah..dunia ini membawa aku ke alam kepedihan realiti cinta insan...pertamanya aku pilu....namun hari ini aku pasrah...kadang2 aku tidak pasti samada air mata ini mengalir kerana kecewa atau kerana apa...ye..benar..ramai yang memahami hati dan perasaan aku, bersama memimpin tgn atau memberikan telinga untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan aku...namun apa yang ditanggung hanya hati dan diri ini yang tahu pedih dan sakitnya...aku berjanji aku takkan letakkan lagi cinta dalam hati ini sehingga satu masa aku benar2 bersedia...terlalu banyak kecewa sampai takut untuk berlaku lagi...kini aku hidup untuk diri aku...untuk mak dan abh..untuk adik2 aku...dan untuk semua yang ikhlas sayang aku...aku harap hari esok yang hadir adalah lebih baik dari hari ini...
selepas aku buat keputusan untuk tinggal sedikit masa lagi di daerah ini, hanya satu yang aku harapkan, biarlah tiada kekecewaan yang melanda hati sehingga aku rasa keputusan yang aku buat adalah silap, dan aku menyesali keputusan itu...siddiq kata "tak baik cakap mcm tu, segalah yang berlaku adalah ketentuan ilahi, dia tahu mana baik dan buruknya"...penuh pengertian...dan untuk kesekian kalinya aku menangis hanya kerana desakan perasaan hati dan naluri cinta kepada seorang wanita yang aku angkat sebagai antara insan yang istimewa dalam hidup aku...dia pergi...setelah menyemai bunga2 cintanya...dan setelah ia membuai hati dan perasaan ini dia pergi berdampingan dengan insan lain...seorang lelaki yang faham benar perasaan aku pada wanita itu...wah..dunia ini membawa aku ke alam kepedihan realiti cinta insan...pertamanya aku pilu....namun hari ini aku pasrah...kadang2 aku tidak pasti samada air mata ini mengalir kerana kecewa atau kerana apa...ye..benar..ramai yang memahami hati dan perasaan aku, bersama memimpin tgn atau memberikan telinga untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan aku...namun apa yang ditanggung hanya hati dan diri ini yang tahu pedih dan sakitnya...aku berjanji aku takkan letakkan lagi cinta dalam hati ini sehingga satu masa aku benar2 bersedia...terlalu banyak kecewa sampai takut untuk berlaku lagi...kini aku hidup untuk diri aku...untuk mak dan abh..untuk adik2 aku...dan untuk semua yang ikhlas sayang aku...aku harap hari esok yang hadir adalah lebih baik dari hari ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)