WELCOME

...inilah kehidupan

Monday, October 11, 2010

APA ITU CINTA

Semalam balik dari field-work yang penat~ dan lapar yang amat.. sampai sebelum maghrib, tak sabar rasanya untuk landing dirumah sendiri dan menikmati makanan dengan kepuasan sendiri, maklumlah ditempat orang, kena makan apa sahaja yang dihidangkan, rindu pada adik aku tidak tertahan, tp dia kata malam baru jumpa~ haish demam2 pun berjalan juga...maka aku jumpa adik2 yang lain dulu, shahdan dan yusri~online fb...maka segalanya pun bermula, sekali lagi aku tidak terkejut tp ada keluhan kecewa yang lahir dari bibir, dada rasa sesak, bergenang air mata dikelopak, aku takkan menagis! itu janji ku...akhirnya terlerai juga mutiara jernih dari mata seorang lelaki, hahah...zaki masuk aku berkata dengan kuat, jgn sebut apa2...nada bergurau tp penuh kecewa...aku menghadap skrin laptop shahdan dengan hati bercampur-baur, update segala status, aku keluar saat sudah 10 minit maghrib masuk, keluar mandi dan menunaikan suruhan Allah itu, usai solat maghrib aku berdoa, untuk adik syasya yang berada di HKL, dan untuk aqim supaya dia segera sembuh, air mata terus menitis saat aku menadah tgn memohon dipermudahkan urusan dan dilapangkan hati~ kenapa air mata ini perlu mengalir? kerana dia? hahaha..apa hubungan aku dengan dia? bf? blm lagi...namun jauh disudut hati aku terlalu kecewa dengan tindakan manusia...orang yang dekat dgn aku, yang tahu apa yang tersirat dihati dan perasaan ini sejak pertama kali kaki si dia melangkah masuk ke UKM ini dan orang itu yang merampas dengan kejam apa yang pernah aku mimpikan~ zalim atau tidak? tafsirkan lah sendiri... gaduh? hanya untuk seorang perempuan tidak mungkin.. aku hidupkan enjin kereta, ada juga yang menahan melalui mesej2 yang bersimpati dengan aku...aku biarkan semuanya tanpa balasan...aku memandu tanpa arah tuju...dengan hanya berkain pelikat dan baju melayu~ biarkan hati ini tenang!! aku hairan, aku melihat puluhan komen yg mengucapkan selamat berbahagia, gembira dan sebagainya...tapi bila melihat aku kecewa mereka mengalih simpati pada aku?? hipokritnya kamu manusia!! hahaha... aku ketawa melihat karenah insan2 kerdil ini...dan untuk pertama kalinya aku berkata~ untuk apa tangisan ketika menghalang aku pergi dulu, tangisan itu hanya untuk melihat aku lebih terseksa disini, melihat batinku derita dengan sandiwara manusia sekelilingku...hahaha..kalian masih muda adik2 ku~ satu hari kalian akan rasa apa yang aku rasa~ satu masa aku akan pergi tanpa melihat wajah kalian lagi...satu masa aku melangkah pergi tanpa kalian tahu bila aku pergi~ ketawa ini aku cipta untuk kamu semua..namun dalam hati ini Allah saja yang tahu~ aku akan jadi setabah mungkin~ namun aku juga sedang belajar menjadi seorang pendendam....apa yang aku ada orang ambil dengan kejam..terduduk aku menyaksikan kata2 sayang namun penuh pura2...kata2 rindu penuh kepalsuan...aku bosan dengan sandiwara dunia...aku cuba beri yang terbaik pada semua..namun ini adalah balasan terhebat yang kalian hadiahkan pada aku...aku hargainya..

Wednesday, September 29, 2010

PENIPU

semalam, hari yang berat buat aku...segalanya berat...tanggungjawab dan segalanya, semalam juga hari yang sedih untuk aku, setiap kali aku ingat kata2 yang keluar dari mulut orang yang paling aku sayang tu aku jadi sedih...hiba...dan yang paling pedih bila aku dituduh menipu...aku sakit dalam hati...sangat sakit...kalau dia tahu kenapa aku buat semua ni...tergamak kah dia gelar aku sebagai "PENIPU"?? aku buat semua ni sebab aku t5ak nak kau malu..aku tak nak orang kutuk kau..kalau sbb ni aku digelar begitu...aku tarik diri..buatlah..aku tak halang...susah jadi penagih kasih orang ni...aku ingat segalanya akan baik...sebenarnya dalam hidup aku..aku terlalu banyak jaga hati orang dari fikirkan hati dan perasaan sendiri...bila aku diam korang cari...bila aku ada korang buat aku macam ni...

Sunday, September 26, 2010

liku kehidupan....

"hidup ini tidak seindah hari2 berlalu, ada panas selepas hujan, ada ribut selepas redup, segalanya adalah ketentuan yang maha esa"

selepas aku buat keputusan untuk tinggal sedikit masa lagi di daerah ini, hanya satu yang aku harapkan, biarlah tiada kekecewaan yang melanda hati sehingga aku rasa keputusan yang aku buat adalah silap, dan aku menyesali keputusan itu...siddiq kata "tak baik cakap mcm tu, segalah yang berlaku adalah ketentuan ilahi, dia tahu mana baik dan buruknya"...penuh pengertian...dan untuk kesekian kalinya aku menangis hanya kerana desakan perasaan hati dan naluri cinta kepada seorang wanita yang aku angkat sebagai antara insan yang istimewa dalam hidup aku...dia pergi...setelah menyemai bunga2 cintanya...dan setelah ia membuai hati dan perasaan ini dia pergi berdampingan dengan insan lain...seorang lelaki yang faham benar perasaan aku pada wanita itu...wah..dunia ini membawa aku ke alam kepedihan realiti cinta insan...pertamanya aku pilu....namun hari ini aku pasrah...kadang2 aku tidak pasti samada air mata ini mengalir kerana kecewa atau kerana apa...ye..benar..ramai yang memahami hati dan perasaan aku, bersama memimpin tgn atau memberikan telinga untuk mendengar setiap keluhan dan rintihan aku...namun apa yang ditanggung hanya hati dan diri ini yang tahu pedih dan sakitnya...aku berjanji aku takkan letakkan lagi cinta dalam hati ini sehingga satu masa aku benar2 bersedia...terlalu banyak kecewa sampai takut untuk berlaku lagi...kini aku hidup untuk diri aku...untuk mak dan abh..untuk adik2 aku...dan untuk semua yang ikhlas sayang aku...aku harap hari esok yang hadir adalah lebih baik dari hari ini...

Thursday, September 16, 2010

SALAM LEBARAN

Assalamualaikum~
hai semua, salam aidilfitri untuk semua yang terbaca tentang post aku ni, dah lama tidak menulis dengan tenang di sini, terlalu banyak perkara yang berlaku dalam 3 bulan kebelakangan ini...macam2 masalah...family, diri sendiri, kawan-kawan dan segalanya.

pertama sekali aku nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin pada semua yang kenal aku, maaf salah silap aku yer, termakan dan terminum minta halal, terlaser dan terumpat mohon maaf bnyk2...kalau ada sesapa terbaca tentang perpisahan dan bnda sedih2 dalam blog ni, ok sekarang aku akan jelaskan semuanya, sebenarnya aku memang akan pindah dari UKM ni dan letakan jawatan, itu pasti, dan sepatutnya ia dah berlaku 2 bulan lepas...namun aku masih juga disini..kenapa yer?? sebab aku sayang sgt tempat ni ke?? memang sayang pun..tapi ada sebab lain..budak2 blok aku siap dah beli kan kek perpisahan untuk aku dah..haha..terima kasih dan minta maaf lambt lagi nk kuar ni..heheh...sebenarnya kalau nk ikutkan aku memang dah keluar sebab aku dah tak ada apa2 kaitan lagi dengan UKM bermula 31 ogos 2010, tapi mungkin allah dengan doa aku, seminggu selepas tarikh tu aku dapat satu lagi tawaran kerja di UKM, aku bincang dengan pihak pengurusan samada aku boleh terusa dilanjutkan d sini atau tidak, pihak pengurusan melebarkan tangan tanda merestui aku disini..dan aku juga masih ada tangungjawab perlu aku lunaskan, janji aku pada shahdan, pada aqim, pada rooza...hahaha...aku tak mahu jadi pemungkir janji..

pada yang tak suka aku terus kat sini, sabarlah yer..aku ada janji dengan adik2 aku..kalau tak suka diam jer..kalau aku tnya jangan cakap..hahah...pada yg pernah menitiskan air mata untuk insan yang tak seberapa ini...aku minta maaf..abg ijan minta maaf...ini adalah takdir...aku nk ucapkan terima kasih pada memet saiful kawan di FB bf kpd Rooza...dia bnyak sedarkan aku, masa kami balas2 komen kat fb dulu2..haha..masa tu aku dah siap kemas barang dah...mungkin ada setahun lagi, atau mungkin lebih atau mungkin juga kurang..apa pun aku tidak akan selamanya di sini, satu masa aku akan pergi..heheh...

Wednesday, August 18, 2010

2 minggu lagi...

jika diikutkan pada kiraan kalendar aku 2 minggu saja lagi maka akan berakhirlah segala tugas ku disini...berakhirnya tugas bukan bererti aku menoktahkan kasih dan cinta aku pada warga dan tempat ini...perlahan-lahan aku belajar melepaskan segalanya yang aku pegang disini satu persatu...aku menutup satu persatu buku kenangan...panjang umur dan usia aku pasti kembali kesini..melihat apa yg akan berlaku di sini...pada insan-insan tersayang abg mu ini pasti kembali melihat kamu....segak bergaya memakai jubah konvokesyen...

junior pilihan hati : seorang junior tahun 1 dtg awal sehari melihat dimana bumi ilmu akan dipijak nanti...paginya dia hadir penuh bergaya lagak seorang wanita berjaya...terpesona pada keayuan dan lembut tutr katanya...aku simpan dalam hati andai dia milikku...hahaha...sehingga kini titik perkenalan ku biarkan antara felo dan pelajar tidak lebih dari itu...aku juga punya rasa tidak mahu ditolak cintanya...dan dia juga masih baru lagi bertatih disini....

adik yang pertama (firdaus) : aku hanya mahu melihat dia berjaya menjadi lelaki yang sempurna...biarpun rapatnya kami, pernah aku suarakan aku tidak mahu menjadi penghalang kepada hubungan dua hati...hahaha...biarpun hanya menumpang sedikit ruang dihatinya...aku cukup puas memberikan sepenuh kasih sayang seorang abg padanya...kalau nmpk kami sgt rapat itulah kasih sayang abg dan adiknya...

adik kedua (Shah) : pada penglihatanku..adik ku ini sempurna sudah sbgai seorang lelaki...beruntung mana2 wanita yng mendampinginya...ilmu agamanya ada, pekertinya elok, tuturnya juga hebat...kami juga rapat...sgt rapat...aku doakan dia berjaya dalam hidup...dan dapat wanita yg baik sebagai peneman hidupnya...sayang pada kamu tidak pernah susut...

adik ketiga (Mustaqim) : adik yang manja...saya tidak pernah tahu bila kami mulai rapat...apa yg aku tahu bila saja aku bgn dari tidur aku sudah ada adik ini... setiap malam tidak sepi tanpa mesej selamat malam...aku sayang dia sebnyak tarikan nafas ku...sama seperti yang lain...ketahuilah ketiga2 adik ku...abgmu ini terlalu cemburu...hahaha....

Sunday, August 1, 2010

JAMUAN BLOK D

hye2...heheh...30 julai 2010, seluruh blok D berkumpul dibawah pohonan rendang sebelah blok D lelaki meraikan kejayaan menjuarai hari keluarga izish 2010... seronok...teringat kenangan2 lama masa budak2 2nd yr sekarang ni tahun 1... kat bawah pokok tulah aku dan mereka main mercun sebelum balik raya...bawah pokok tulah kami buat jamuan blok lelaki...yang happening dan penuh kerinduan...mereka adalah keluarga aku... aku sayang blok D...sayang seluruh warganya...2 tahun membenih kasih disini...bersam warga blok ini...kini kalau senior2 aku datang ibu zain, mereka mesti tak percaya blok D jadi segah ini...ini kenangan aku dan seluruh warga blok D...
malam itu juga...kek untuk aku...?? owh...gugur air mata mereka....gugur air mata aku juga....aku peluk semua adik aku...aku sayang mereka...azrin dan syakir pun ada...dimana pun mereka..mereka adalah adik aku...aku yang sambut diorang..jaga diorang...maaf yer adik2...abg ijan pergi dulu sebelum sempat melihat korang berjaya... tapi abg ijan percaya korang pasti berjaya...untuk siddiq, helmi, mamat.. jaga adik2 abg ijan baik2...kalau diorang leka tegur2kan...ain, dani, sue...tlg nasihtkan adik2 di blok perempuan tu yer...Luqman dan syana, abg ijan tak dapat sama2 meraikan kegemilangan blok D ni...jga blok kesayangan kita ni baik2 k...abg ijan akan lepaskan amanah ini....terima kasih untuk kenangan yg pernah tercipta antara kita semua....