WELCOME

...inilah kehidupan

Sunday, August 5, 2012

CERPEN 1 : Saat Kau Tiada

kringggg!!!!...
loceng pagi mengejut subuh begitu membingitkan telinga warga Asrama Sekolah Tenung Kasih (ASTK)...
Ijam, Petir, Iban, Bronjol mengelisat di atas katil, kedinginan pagi itu, sangat-sangat membuatkan mereka malas untuk bangun ke bilik air. Bukan hari itu sahaja malah hari-hari yang lain juga mereka memang antara pelajar yang selalu dicatatkan namanya dalam buku lewat untuk solat subuh berjemaah.

dum! dum!

"Bangun woiii!!!"

Jeritan Ombak Exco Surau dan Solat menjerit mengetuk pintu Dorm Al-Malazi, seperti namanya ahli dormnya pun begitulah jugak keadaanya.

"Wei bangun wei", Iban menyentuh katil Petir dalam keadaan mata masih tertutup rapat. Ijam dan Bronjol sudah mencapai tuala dan meletakan ubat gigi pada berus gigi masing-masing. Hari ini hari sabtu semua pelajar ASPURA wajib turun jogging untuk kesihatan dan kecerdasan! ahh..!!! malasnya!!!

********

"hari ni keluar bandar tak?" tanya Ijam pada kawan-kawan baiknya sewaktu mereka sedang menikmati sarapan pagi selepas pulang dari aktiviti riadah pagi.

"kau nak keluar ke Jam?" soal Petir yang asyik sekali menggit tulang ayam. "Macam nak, nak beli sabun basuh dan biskut sikit, stok dah habis wei", jawab Ijam. "Kau Bronjol? nak ikut tak?" soal Ijam kepada Bronjol. "Hari ni tak boleh bang, saya ada latihan dikir barat pagi ni dengan Had". Bronjol ni junior kami, pelajar tingkatan 4, disebabkan kami ni satu dorm maka kami sangat rapat antara satu sama lain. "Oklah kalau macam tu, kirim salam kat cikgu Siti tau", jawab Ijam sambil berlalu ke arah sinki untuk meletak pinggan dan membasuh cawan yang digunakan tadi, kawan-kawan yang lain juga menurut sama.

Pada waktu pagi hari sabtu ini, kebiasannya pelajar ASTK akan menggunakan masa yang ada untuk membasuh kasut dan pakaian yang seminggu tidak diurus, ada juga yang mengambil peluang ini untuk keluar ke bandar Inderagiri untuk membeli keperluan dan sedikit makanan ringan, ada juga pelajar yang menyambung tidur hingga ke waktu makan tengahari. Beginilah kehidupan pelajar asrama pada hujung minggu jika tidak ada kelas tambahan.

********

Kehidupan di asrama berjalan seperti biasa, kenakalan dan persahabatan terus mekar terjalin ibarat kuntuman bunga yang harum dan mekar mewangi. Semua pelajar tingkatan 5 sibuk mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan SPM semakin hampir. Ijam, Petir, Hamzi juga tidak ketinggalan, walaupun mereka nakal namun pelajaran tetap menjadi keutamaan. Kelas tambahan pula menjadi rutin harian mereka, selepas tamat waktu sekolah, dan apabila pulang ke asrama, mereka bersama teman-teman yang lain akan menyambung ulangkaji di bilik MPC (Markas Pelajar Cemerlang), bilik yang mereka letakan kawasan larangan untuk pelajar junior menjejakan kaki.

Suatu pagi, ketika semua pelajar sesi pagi sedang bersiap untuk ke sekolah tiba-tiba Hamzi pengsan di tangga dorm budi. Semua pelajar yang ketika itu sedang menunggu rakan-rakan untuk ke sekolah bersama-sama terkejut dan mendapatkan Hamzi.

"Hamzi! Hamzi" , Petir melaung nama Hamzi sambil menepuk-nepuk perlajan pipi Hamzi. Tiada respon.

Adi berlari ke arah rumah warden untuk memberitahu Ustaz Mohammad, semua orang dalam keadaan kecoh dan bimbang.

"Beb, bangun beb... jangan buat kitorang macam ni beb...bangun", Ijam sudah mula mengalirkan air mata, dia memang nakal, namun Ijam sangat menyayangi Hamzi, sahabat yang dikenalinya sejak mereka tingkatan 1 lagi, begitu juga Petir, mereka terkenal dengan jolokan "Three Stoogers" kerana kenakalan mereka bertiga yang sering sahaja mengenakan pelajar-pelajar tingkatan menengah rendah, namun begitu mereka amat disenangi oleh pelajar junior dan rakan-rakan lain kerana mereka sangat baik hati dan tidak lokek dengan ilmu.

Apabila Ustaz Mohammad datang, rakan-rakan tingkatan 5 bersama mengangkat Hamzi untuk dibawa ke kereta warden untuk dibawa ke hospital.

********

Sudah seminggu Hamzi terlantar di hospital, petang itu Ijam, Petir dan Bronjol duduk di tepi kolam ikan yang menghiasi landaskap taman asrama, masing-masing diam dan berwajah murung.

"Ustaz, Hamzi sakit apa?", tanya Ijam sewaktu dia balik dari sekolah dan berselisih dengan Ustaz Mohammad.

"Doktor belum pasti lagi, kita tunggu dan doakan dia selamat ok", jawab Ustaz dan berlalu meninggalkan Ijam.

Sewaktu Ijam, Petir dan kawan-kawan lain melawat Hamzi di hospital, Hamzi kelihatan sangat lemah, muka pucat dan tidak bermaya, semua melahirkan rasa simpati kepada Hamzi.

sebelum pulang Ijam memeluk Hamzi erat.

"Beb, kita kawan dah lama, aku nak kau kuat, aku, Petir dan kawan-kawan kita yang lain sentiasa doakan kau sihat, bulan depan kita ada qiamullail, ko ingat tak apa jadi tahun lepas? kita dengki budak junior, aku tak nak tahun ni aku dengan Petir je buat semua tu, aku nak kau ada, banyak benda aku nak cerita dengan kau, kau sihat cepat tau, kami tunggu kau kat asrama", bisik Ijam dengan linangan air mata, air mata persahabatan.

Kawan-kawan lain turut mengalirkan air mata, ada titisan jernih keluar dari mata Hamzi sewaktu kawan-kawan melangkah keluar dari wad itu. 

"panjang umur aku pasti kembali, andai tidak kenang aku dalam doa kalian" bisiknya dalam hati.

Petang dia dimasukan ke wad, doktor telah memberitahu dia dan keluarganya bahawa dia menghidap ketumbuhan di kepala, dan kini ketumbuhan itu sudah merebak ke kawasan otak. Panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan turun di tengahari.

"Hanya ada dua pilihan sahaja puan, encik, sekiranya dia dibedah, dia berkemungkinan dia akan menjadi tidak normal adalah tinggi, dan jika dia tidak dibedah, ketumbuhan itu akan meragut nyawanya"

Hamzi diam, ibu bapanya juga diam, air mata sudah cukup menunjukan yang dia sedang dilanda kejutan yang maha hebat.

********

Hari ini adalah hari keputusan peperiksaan SPM diumumkan, Dewan Bijak Pandai sudah dipenuhi dengan pelajar-pelajar SPM yang akan mengambil keputusan mereka. setelah berhempas pulas berbulan-bulan hari ini adalah penentuan apa yang mereka usahakan, ibarat menanam padi, kini waktu menuai sudah tiba. Sebaik sahaja Pengetua Sekolah Tenung Kasih melangkah masuk ke dalam dewan semua pelajar bertepuk tangan, debaran di hati kian terasa. Ijam, Petir dan kawan-kawan tingkatan lima ASTK juga turut berada dalam dewan tersebut, debaran dan kesedihan bersarang dalam hati mereka.

"Kan best kalau Hamzi ada sekali dengan kita kan..." Petir memecahkan kesunyian kumpulan itu.

"Hmmm.... Allah lebih sayangkan dia, biarkanlah dia pergi kita doakan rohnya tenang di alam sana", sampuk Jefry sambil menepuk bahu Petir.

Petir mengangukan kepala. "Walaupun dia tak ada bersama kita sekarang aku rasa semangatnya sewaktu exam dulu, aku rasa dia mendorong aku", sambung Petir.

********

Jam menunjukan pukul 4.30 petang, waktu itu pelajar tingkatan lima ASTK baru sahaja pulang dari kelas hikmah untuk pelajar tingkat lima yang akan menduduki peperiksaan SPM. Mereka terus menuju ke Dewan Makan untuk minum petang, itulah rutin mereka untuk beberapa bulan ini, berjuang untuk mengambil SPM, percaturan masa depan. Tiba-tiba corong pengumuman berbunyi suara Ustaz Mohammad.

"Kepada Saudara Khairul Nizam pelajar tingkatan 5 Sastera Ikhtisas 2, diminta ke pejabat pentadbiran untuk mengambil kiriman"

"Ustaz panggil kau lah Jam", beritahu Hamzah kepada Ijam.

Ijam berlari ke pejabat pentadbiran.

Terasa bagai halilintar yang menyambar, luruh kertas dari genggaman tangan Ijam, terduduk dia di kaki lima pejabat itu, ustaz cuba menenangkan Ijam. Ijam seorang atlit sekolah dan exco asrama yang tegas, kali ini dia kalah, kalah kerana isi kandungan surat itu, dia kalah dengan suratan takdir yang telah tertulis untuk sahabatnya.

"Hamziiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Semua pelajar yang mendengar jeritan itu keluar dari dorm masing-masing, semua tertanya-tanya apa yang sedang berlaku, kenapa abang senior mereka menjerit begitu.

Ijam dan kawan-kawan yang aku sayang,
bila kau sedang baca surat ini, bermakna aku sudah tiada di bumi Allah ini, aku sudah kembali kepada pencipta kita, Allahurabbi. Aku menulis surat ini, saat aku merasakan impian dan harapan aku untuk bersama mengecapi kejayaan SPM bersama kalian semakin menipis dan seakan hilang bersama semangat aku.

Beb, 
jangan nangis tau, aku tak menangis pun...hehehe...jangan bersedih untuk aku, aku nak korang teruskan apa yang tak dapat aku teruskan. Aku mahu kau semua berjaya dalam SPM. Aku happy sangat sepanjang perkenalan kita, kamu semua sahabat, teman dan adik beradik aku dunia akhirat.

Aku rindu saat nakal kita bersama, kacau budak junior malam 1 April dengan kejutan-kejutan seram, aku rindu nak kacau korang time study lewat malam, rindu nk kejut budak-budak awal time qiamulail, rindu nk buat orientasi dengan budak tingkatan 1 sampai diorang masuk dalam kolam ikan ustaz. Ahhh...aku rindu semua tu, dan aku terpaksa tinggalakan kenangan tu, berpisah dari alam dunia ini, maka terpisahlah aku dari kalian dan kenangan-kenangan itu semua.

Aku minta maaf setiap salah dan silap aku pada korang, aku happy sangat ada adik beradik macam korang, sampaikan salam maaf aku pada adik-adik junior semua, maaf sebab aku selalu dengki diorang, maaf untuk ustaz yang aku selalu lawan, halalkan makan dan minum aku. Jangan salahkan pertemua andai berlaku perpisahan ini. 

Ijam, petir, Bronjol jaga diri baik-baik, jangan nakal-nakal lagi tau, belajar rajin-rajin, kalau rindu aku doakan kesejahteraan aku di sana ok... aku nak pergi jauh ni... akau pergi dulu... pergi tak kembali... aku sayang korang...

ikhlas,
Mohammad Aidil Hamzi Bin Abd. Jaafar.

"Pertemuan, kita di suatu hari, menitipkan ukhwah yang sejati, bersyukur ku ke hadrat Ilahi, di atas jalinan yang suci...." bergema lagu itu dalam fikiran Ijam dan rakan-rakan tingkatan lima. Air mata sajalah yang mampu dilahirkan pada saat ini, sesungguhnya mereka sedih dengan pemergian sahabat mereka itu.

********
"Alhamdulillah....Syukur!!" 

terserlah kegembiraan pada wajah Ijam dan Petir, mereka mendapat 9A dalam peperiksaan SPM. Jefry, 8A , Hamzah 8A dan semua pelajar ASPURA ASTK mendapat keputusan yang cukup membanggakan. Kegembiraan itu dikongsi bersama warden asrama mereka Ustaz Mohammad.

Hamzi,
walaupun kau tiada bersama kami
semangat kau terus subur bersama kami
bersemadilah kau dengan tenang
kami sentiasa doakan kesejahteraan kau di sana.
Al-Fatihah~




No comments:

Post a Comment