WELCOME

...inilah kehidupan

Friday, June 17, 2011

sambungan X

X call...dan aku angkat panggilanya...OMD! teettt....terpana aku seketika, nasib baik hp aku murah tak boleh MMS~ kalau x aku dah siarkan wajahnya disini..hahaha....X semakin baik plak..hari2 ada panggilan dari dia..kadang2 aku angkat, kadang aku tak layan pun..malas...aku berfikiran terbuka~ bukan bermakna aku suka dia...

Friday, June 10, 2011

kisah si X

hahaha..kelakar lah sungguh bila tiba-tiba dapat pesanan sms daripada seorang yang tidak aku kenali~ haishh...bila ditanya tak mahu beritahu nama, lelaki atau perempuan pun aku tak pasti...berhari2 dia kerap telefon dan sms, panggilanya tak pernah aku jawab, sebabnya aku tak kenal dia siapa, sms nya aku balas sekali sekala...tapi ada sesuatu yang aku cukup curiga dan tertanya2...dia tahu tentang aku! di FB hmm rasanya tidaklah aku ceritakan semuanya...

aku gelarkan dirinya X sbb itu yang terbaik dari letak nama bukan2 dan maki-makian..hahaha... dia caring sgt dengan aku, tiap2 malam hantar mesej, gud nite, gud morning...dia tahu aku tak sihat..aduhai..kalau aku tau kau siapa aku mesti jatuh cinta...ha cinta?? itulah yang dia harapkan..aku takut sbnrnya...sbb aku ni choossy sikit..hahah....dan kalau tetiba bercinta eyh lelaki rupanya..masalah negara..takkan aku nak bawak balik menantu lelaki untuk mak aku..mau pengasan mak dgn abah aku..hahah...bila aku tnya kenapa aku?? dia kata dia kagum dgn aku!~ hahahah...lawak yg kedua dia buat selepas 2 minggu aku secara halimunan berkawan dengan dia..hahaha

dia suka baca blog aku, dia kata...dia tau semua pasal aku dari blog aku, dia kata dia dah kerja, nak bg aku mcm2..haish...aku pun dah kerja..mcm2 tu mcm2 lah..hahaha aku takut...dalam dunia ni mcm bnyak sgt benda macam ni, tp X cakap dia jujur...haish...X kalau X baca entri ni, sorry to say, saya bukan x suka, tp saya pelik....hahahahhaha...nanti saya sambung lagi yer...nak g kelas...tanggungjawab ni..bubye... terima kasih topupkan saya, dan jgn ambil serius pasal HP baru tu yer...saya belum sedia nak terima....

Wednesday, June 8, 2011

hambik kau!~

ini kisah seorang budak~
pelik dan membosankan
awal2 pertemuan
ditemukan dalam satu bidang yang sama
namun berbeza kelebihan
aku jurulatih/felo
dia cuma freshie
kenal x sampai seminggu
dia dah tahu nangis dibahu aku
tak kisah lah tu

dia duduk blok aku
adeih~ kenalah jaga dia
awal2 tak susah nak jaga
sbb dia pun masih baru
tapi lama2 dia makin banyak karenah
euwww...bosan ok~

bila dia jadi MEP
aduhai~ lagi teruk
perangai yang pelik makin pelik
aduh..kalau ko terbacalah
coretan ni
aku nak cakap, aku memang....
memang banyak sangat kutuk kau!
sbb...ada sbb ok...
sebab ko tu cepat sangat terasa
aduh..adik2 lah kau!
kau tu suka sangat feeling lebih2
down lah kau...
kau over emotion
(eyh macam dah ulang jer)
ko ada perangai pelik yang menjengkelkan!~
bnyak nya dosa...dosa kau
bukan aku..hahaha

tapi masa berlalu
memabawa kita kepada dimensi kematangan
masa aku sedih,
kau hantar mesej
macam kau tahu aku tngh sedih
masa aku hilang orang yg aku sayang
kau turut sama memberi semangat untuk aku terus hidup
kau kata kau pernah melaluinya
ya...aku faham
terima kasih untuk setiap semangat yg kau tiup

mulai sat itu,
aku mahu kau jadi kuat
perkara lepas biarlah jadi sejarah
kau pun tahu aku bnyak kutuk kau
hahaha....
aku nak kau tabah
aku tak nak kau lembik
aku tak nak kau cepat terasa....
aku kutuk kau depan2
time buat pgram bila aku bengang ko jadi tempat aku maki
sbb....ada sbb gak k
aku tak nak kau terus leka dan lemah
aku tak nak kau terikat dgn kasih sayang
macam aku

masa ni aki makin kenal kau
bnyak kot bnda yg terkongsi bersama
dan banyak juga benda bodoh yg kita buat sesame
hahaha...
tapi nanti bila aku dah tak de kat sini
kalau ko kutuk2 aku
aku doakan 'buah' ko hilang selamanya
hahaahah....

ingat tu,
aku tak boleh selamanya dengan kau
sampai satu masa aku terpaksa berundur
aku akan pergi
ko??
tinggalah kat sini
hahaha...
padan muka....
selamat malam...
kalau dia baca mesti dia faham ini untuk dia...
hahaha...

Tuesday, June 7, 2011

warna-warni kehidupan.....

pengalaman kehidupan banyak mengajar aku erti hidup, dalam tak sedar usia kini beranjak kesatu dimensi baru yang lebih luas, yang lebih menuntut banyak pengorabanan hati dan perasaan, banyak menuntut dan mengajar aku erti tangungjawab, aku sentiasa mengharapkan sinar mentari esok membawa khabar yang paling gembira buat aku, benar kata orang penantian satu penyiksaan, dan aku berharap penderitaan dan kesedihan semalam tidak lagi akan berulang sampai bila-bila, aku dah penat menangis, aku dah penat bersedih, sehinggakan aku tak tahu mengapa air mata ini terlalu mudah mengalir, aku lelaki, lelaki perlu kuat, lelaki perlu tabah, lelaki tak boleh merengek, lelaki tak boleh menangis....namun sekali sekala hati ini perlu menangis agar ia tahu bahawa hidup tidak selalunya ketawa...owh...aku tahu itu, dan aku tak mahu itu....semalam yang aku tinggalkan penuh dengan cerita, suka dan duka, ketawa dan airmata, memainkan dan dipermainkan, mengata dan dikata, memujuk dan dipujuk, dan paling pedih bila diri ditinggalkan oleh orang yang paling disayangi~ aku tak mahu ingat lagi kenangan 2010 yang pahit, tiada satu pun kemanisan yang mahu aku kenang...2010 bukan dimensi yang baik untuk aku, dan keluarga...ya aku pasrah pada suratan takdir dan aturan kehidupan~ tapi sampai bila??? sehingga aku tega membina azam, aku tak benarkan air mata ini mengalir lagi~ Alhamdulillah, aku bersyukur hati ini sedikit demi sedikit ia kuat, ia pejal...ia kering, kutuklah apa pun, aku tak kisah, buatlah apa pun pada aku, satu hari aku akan balas balik...hidup aku kini untuk aku, abah dan mak, setelah adik pergi kami menjadi sangat rapat, kami pasti merindui adik~ perginya kepada penciptaNya adalah sesuatu yang tidak kami rancang tapi telah tersurat didalam takdir Ilahi, dan kami redha~ makam adik telah kami bina indah, bersama titipan doa semoga adik bahagia dan tenang di sana bersama pencipta sekalian alam~ hidup aku?? masih lagi disini, mengutip pengalaman, menyemai kasih sayang, menitip bantuan~ terkadang penat, terkadang bosan, terkadang give-up!! sampai bila harus begini, kawan2 sudah ramai yang sudah terbina kehidupan, ramai yang dah mula mengecap kebahagiaan, dan aku, aku bahagia, dan aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang, persoalanya sampai bila harus di sini?? adakah sama seperti mereka2 yang dah berusia itu?? risau juga~ tapi setiap kali ada peluang melangkah aku mesti berpatah balik, kenapa ya? badi sungguh tempat ini~ beratus2 adik2 telah aku bimbing, seawalnya aku sambut mereka dan akhirnya aku juga menghantar mereka pergi~ aku tak mahu menjadi hamba yang tidak bersyukur, dalam diam pengajianku menemui penghujungnya, Alahamdulillah~ tak perlu dihebahkan, tesis, viva, xm, keputusan dan semuanya, dalam diam aku juga mampu menamatkan kembara pendidikan, insyallah kalau ada rezeki, aku akan kembali menyambung pengajian, kerana jalan2 ilmu ini tidak pernah berakhir, biarlah....setiap orang ada jalanya, dan setiap orang berhak memilih jalan hidupnya sendiri....kita hanya mampu merancang, Allah jua yang tahu baik dan buruk setiap yang berlaku~